Friday 13 December 2013

Sinopsis Hanya Dia Suamiku

Assalamualaikum guys..

So pepagi buta ni Ira nak share kat korang tentang novel Ira yang buat sendiri . Tapi ni just sinopsis dia je . Penat tau perah otak buat novel ni . Ira create novel ni baru sampai Bab 20 . Jangan lupa komen ya ? Hehe :)

Sinopsis Hanya Dia Suamiku :

Nur Sofea Elyna seorang gadis yang ego telah bertembung dengan lelaki yang playboy. Tetapi, Amir Farhan sungguh mencintai gadis itu. Pada mulanya, Sofea enggan menerima Amir Farhan sebagai suaminya. Dia memberi pelbagai alasan untuk tidak berkahwin dengan lelaki yang playboy itu.

Akhirnya, Sofea berkahwin juga dengan Amir Farhan. Mereka bahagia seketika. Satu hari, Sofea kemalangan dan cedera parah di bahagian kepala. Sejak bekas kekasih Amir Farhan, Melissa kembali semula di dalam hidupnya, rumah tangga Sofea menjadi hura-hara. Tapi malangnya, Sofea hilang ingatan. Dia sukar ingat apa yang berlaku sebelum ini.

Setelah ingatan Sofea pulih, Amir Farhan sungguh gembira. Mereka bahagia semula. Tetapi, Melissa mempunyai pelbagai rancangan untuk memusnahkan rumah tangga mereka dan mendapatkan kekasihnya. Melissa nekad. Dia berkomplot dengan Adam Fahmy. Melissa dan Adam Fahmy merancang untuk menculik Sofea.

Bagaimanakah Amir Farhan akan menyelamatkan gadis yang dicintainya? Apakah yang terjadi pada rumah tangga mereka setelah Melissa kembali dalam hidupnya. Hanya Dia Suamiku ada jawapannya.

“Weh kau ni biar betul nak kahwin dengan aku! Aku tak suka kau lah.. Jangan nak memandai-mandai buat keputusan sendiri.” -Sofea Elyna

“Kali ni aku takkan lepaskan kau. Aku rasa tercabar maruah aku bila kau kasar-kasar dengan aku macam ni. Sebelum ni tak ada sorang perempuan pun yang berani tinggi suara dekat aku dan belum ada perempuan yang reject aku macam kau.” -Amir Farhan

 “Hello! Siapa cakap aku tak layak untuk Amir hah? Kalau aku cakap nak, nak lah! Aku dah nekad untuk dapatkan dia. Walau apa pun caranya, aku tetap nak dia. Tak ada siapa pun yang boleh halang aku.”-Melissa

"Fea lain.. Kan abang pernah cakap, abang cintakan Fea sebab Fea berbeza dengan yang lain. Abang tau Fea ikhlas dengan abang. Fea jujur. Sebab tu abang tak nak Fea curang. Abang tak nak Fea jadik macam Ariana.”- Amir Farhan




No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum ! Tinggalkan komen korang :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...