“Kak... Kenapa dengan Encik Amir tu?
Semacam je saya tengok dia hari ni..” Kataku kepada Kak Amira. “Entah lah Fea..
Akak pun tak tau. Fea pergi lah tanya dia sendiri.”
“Encik.. Boleh saya masuk?” Soalku
mengetuk pintu bilik Amir. “Sure Sofea.. Masuk lah.” Balas Amir. “Weh, kau
kenapa serabut je aku tengok kau hari ni? Ada apa-apa masalah ke?” Soalku
tenang.
“Sebernanya aku tengah fikirkan kau
Sofea! Bila kau nak berubah macam dulu? Aku nak isteri aku yang dulu.. Sofea
yang dulu! Aku benci kau yang sekarang.” Ujar Amir.
“Eh kau ni memang tak faham atau
buat-buat tak faham hah! Kau taukan aku ni masih belum pulih sepenuhnya. Aku
masih tak ingat apa-apa! Sebab tu aku cuba ingat siapa kau dalam hidup aku..”
Kataku. “Nur Sofea Elyna... Kenapa kau hilang ingatan! Ohh kau cuma anggap aku
ni orang asing je kan.. Sebab kau dah mula sukakan Shahrul! Kau mengaku jelah
yang kau suka dia.” Ujar Amir.
“Kau ni bodoh ke apa! Kenapa kau tuduh
aku yang bukan-bukan.. Dah Allah swt bagi ujian aku jadik macam ni. Kau kena
terima kenyataan aje lah! Memang mula-mula aku anggap kau orang asing. Tapi
setelah aku tau cerita sebenar, kau ni memang sah suami aku. Aku memang tak
boleh terima. Sebab aku tak cintakan kau! Aku dah cuba cintakan kau. Tapi tak
boleh.” Terangku. Air mataku deras mengalir. Aku terus keluar dari bilik itu.
“Sofea.. Kenapa ni?” Soal Shahrul. “Kau
jangan sibuk. Jangan ganggu aku lagi!” Kataku kepada Shahrul.
“Kenapa aku tak ingat apa-apa pasal dia!
Aku dah cuba sedaya upaya aku. Tapi tak boleh!” Getusku. Aku memandang gambar
perkahwinan aku dan Amir di atas meja bilikku. Aku merenung wajah Amir. Ya
Allah.. Handsomenya dia..” Sekali lagi air mataku mengalir memandang wajah suamiku.
“Kenapa dia tak balik lagi? Dia marah
aku lagi ke?” Hmm... Getusku. Aku cuba call dia pada malam itu.
Alhamdulillah
akhirnya dia jawab jugak panggilan aku.
Assalamualaikum.. Kau kat mana? Kenapa
tak balik lagi.
Waalaikumusalam. Aku tengah dating dengan
Melissa. Kau tak payah tunggu aku balik.
Okay kalau macam tu tak apalah.
Aku terus mematikan talian. Asyik dating
je. Dia dengan Melissa boleh pulak! Bila aku dengan Shahrul, tak boleh. Alah
setakat berbual kosong dekat pejabat. Tu pun salah. Hmm... Esok aku nak jumpa
Nadia lah. Nasib baik esok public holiday.
“Kenapa datang jumpa aku ni.. Ni mesti
ada masalah kan..” Ujar Nadia. “Tak adalah. Weh aku dengar cerita kau tak jadik
kahwin dengan Danial. Kenapa? Cer cerita sikit.”
“Entah lah weh.. Panjang ceritanya. Aku
stress gila weh bila Danial cakap dia nak balik London.” Ujar Nadia. “Lah
kenapa pulak dia nak balik London? Kau gaduh dengan dia eh?” Soalku. “Tak
adalah.. Mula-mula dia yang beria-ria sangat nak kahwin dengan aku. Sekarang
ni, dia cakap mak dia nak jodohkan dia dengan minah mat salleh dekat London tu.
Mana aku tak angin?” Terang Nadia.
“Kau sabar aje lah.. Ni semua ujian dari
Allah swt. Aku pun tengah stress jugak ni.” Kataku. “Kau kenapa pulak?” Soal
Nadia. “Stress sebab laki aku tu asyik dating dengan Melissa je sejak
kebelakangan ni.” Ujarku. “Mungkin dia nak cemburukan kau kut..” Kata Nadia.
“Tak ada makna dia cemburukan aku. Dia kata aku sukakan staf dia, Shahrul. Tak
ingin aku.”
“Mungkin sebab dia jealous tengok kau
dengan Shahrul?”
“Agak-agak lah weh! Aku dengan si
Shahrul tu setakat berbual kosong je dekat pejabat. Mana ada kamcing sangat
macam dia dengan si Melissa gedik tu!” Ujarku.
“Shahrul?” Soalku bodoh.
“Eh Sofea! Awak buat apa kat sini?” Soal
Shahrul kepadaku.
“Saya baru lepas jumpa kawan saya...
Awak pulak buat apa kat sini?” Kataku.
“Saya kerja part time kat sini..” Ujar
Shahrul.
“Lah kerja rupanya. Tapi kenapa awak
kena buat dua kerja pulak?” Soalku.
“Hmm sebernanya keluarga saya susah..
Sebab tulah saya kena buat lebih dari satu kerja.” Balas Shahrul.
“Ohh saya bersimpati dengan awak.”
Kataku.
“Hmm boleh saya dapatkan nombor telefon
awak? Kalau ada apa-apa saya boleh contact awak.” Ujar Shahrul.
“Boleh aje..”
“Sayang.. Tu bini you kan? Kenapa dia
keluar dengan lelaki lain..” Kata Melissa kepada Amir. “Tu macam Shahrul.. Tak
guna punya budak!” Getus Amir.
Amir terus mendekati aku dan Shahrul.
Aku terkejut melihat Amir yang tiba-tiba muncul di depanku. “Abang!” Aku
menjerit dan menarik suamiku daripada menumbuk Shahrul. “Abang ni kenapa?
Tiba-tiba datang nak tumbuk dia. Dia tak bersalah!” Getusku.
“Sebab kau tu perempuan gatal..” Kata
Melissa mencelah. “Kau tu yang gatal perempuan! Kau rampas laki aku apehal?”
Kataku lalu menampar pipi Melissa. “Sayang.. Tengok tu dia tampar I.” Omel
Melissa. “Nur Sofea Elyna!” Nyaring suara Amir memanggil aku. “Kau cakap
betul-betul. Shahrul ni skandal kau kan?” Soal Amir.
“Sumpah weh! Aku tak ada apa-apa dengan
dia.. Aku cuma terserempak dengan dia aje lepas aku jumpa Nadia. Tolong lah
percayakan aku.” Kataku.
“Shahrul! Aku nak kau jujur.. Sebernanya
kau sukakan bini aku kan?” Soal Amir kepada Shahrul pula. “Ye aku ngaku. Memang
aku suka dia!” Kata Shahrul.
“Shahrul.. Jangan buat kerja gila!”
Getusku.
“Kalau kau nak dia, ambik lah.. Lagipun
tak lama lagi aku nak kahwin dengan Melissa.” Ujar Amir.
“Apa?” Naik turun nafasku apabila Amir
mahu berkahwin dengan perempuan yang paling aku benci. Mahu tercabut jantungku
apabila Amir membuat keputusan sebegitu. Aku terus menahan teksi dan pulang ke
rumah.
Aku menangis semahu-mahunya. Kalau
perempuan lain aku boleh terima lagi sebagai madu aku. Tapi Melissa? Perempuan
yang paling aku benci! Ya Allah!
Pada malam itu, aku pulang ke rumah
keluargaku di Johor Bahru.
“Assalamualaikum...” Ucapku.
“Waalaikumusalam.. Eh Fea! Kenapa datang
malam-malam buta ni?” Ujar Puan Marissa kepada anak perempuannya itu.
“Saja. Fea rindu lah dekat mami..”
“Fea datang sorang jek ke? Mana suami
Fea... Amir?” Kamu bergaduh ya..” Kata Puan Marissa.
“Mana ada mami.. Amir sibuk lah. So Fea
balik sorang ajelah. Fea dah ambik cuti dah..” Ujarku selamba.
“Dah masuk.
Pergi mandi, solat sana. Kamu dah solat Isyak belum?” Soal Puan Marissa. “Belum
lagi.” Nanti lepas mandi, solat Isyak, mesti Fea lapar kan? Nasib baik Mak Jah
ada simpankan lauk lagi.” Ujar Puan Marissa.
Aku besyukur dilahirkan di dalam
keluarga ini. Aku terharu kerana mami aku masih prihatin tentangku. Terima
kasih Allah!
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum ! Tinggalkan komen korang :)