“Sayang... Bangun, dah Subuh dah ni.”
Kata Amir sambil menggoyangkan tubuhku. “Kita jemaah sama-sama” Ujar Amir.
“Kejap lah bang..” Aku terus bangun dan
menggeliat pergi ke bilik air. Usai mandi wajib, aku terus berwuduk. “Fea,
kenapa lama sangat tu..” Laung Amir.
Selepas kami berjemaah Subuh, aku
menyalam tangan suamiku. Aku terkesima pada waktu itu. “Fea kenapa ni sayang..”
Soal Amir. “Hmm tak ada apalah bang.” Jawabku.
“Fea nanti pergi kerja dengan abang eh?”
Getus Amir. “Kenapa pulak? Fea dah biasa bawak kereta sendiri lah bang.. Abang
risau eh..”
“Suami mana yang tak risaukan isteri dia
sayang... Mestilah abang risaukan sayang. Nanti apa-apa jadi kat sayang. Abang
jugak yang susah. Dah nanti naik kereta dengan abang je tau.” Ujar Amir. “Eh
apa ni..” Desis Amir. Amir terus membuka handphone nya. Dia terkejut melihat
gambar-gambar dia bersama Melissa dulu. Kurang ajar punya perempuan! Aku suruh
dia delete. Rupanya dia masih simpan lagi gambar-gambar ni.”
“Abang... Nanti kita breakfast dulu eh.
Rasanya Fea tak sempat nak masak pagi-pagi ni.” Ujarku. Amir masih tidak
memberi respon. Dia termenung sendirian. “Abang.. Abang!” Laungku. “Hah apa Fea
cakap tadi?” Soal Amir. “Fea cakap, kita breakfast dulu. Sebab Fea tak sempat
nak masak pagi-pagi buta ni.”
“Ohh abang okay je.” Balas Amir.
Aku mengetuk pintu bilik suamiku. Aku
tengok muka dia macam ada masalah aje. Mungkin papa bagi banyak kerja kut. Tu yang
kusut sangat. “Masuk..” Ujar Amir.
“Abang... Lepas ni kita kena jumpa
klien. Ada projek besar katanya.” Kataku sambil menyelak satu persatu dokumen
yang hendak diberikan untuk suaminya itu. “Projek apa?” Soal Amir. “Projek
Langkawi.” Balasku. “Hmm pukul berapa meeting tu?” Soal Amir lagi. “Pukul 2.30
petang.”
15 minit berlalu.
Aku hanya mendiamkan diri sahaja semasa
meeting itu. Hanya Amir sahaja yang perlu berbincang dengan klien itu.
“Awak perlu tanda tangan dekat sini.”
Kata Datuk Nazri kepada Amir. Setelah itu, dia menyuruh aku pula tanda tangan
projek itu.
“Cantik setiusaha awak, Encik Amir.
Bertuah siapa dapat dia.” Ujar Datuk Nazri. “Dia memang cantik. Kan sayang?”
Getus Amir. Datuk Nazri mula mengerutkan wajahnya. Aku seperti biasa, buat-buat
tak tahu saja. Malas nak melayan. “Maaf kalau saya menyibuk, setiusaha awak
yang cantik ni girlfriend awak atau...”
“She is my wife, Datuk.. Sebernanya kan
Datuk, saya memang tak suka bincang hal lain waktu saya bekerja. So, boleh kita
teruskan?” Ujar Amir. “Aku betul-betul respect dengan suami aku ni, bagus jugak
kalau dia macam tu. Berdisiplin aku tengok. Syabas sayang..” Puji aku di dalam
hati.
“Abang... Nanti esok Fea nak pergi
shopping dengan Nadia boleh?” Ujarku. “Yeke dengan Nadia?” Soal Amir. “Kenapa
hari ni dia layan aku lain macam aje?” Desis aku di dalam hati. “Yelah bang
dengan Nadia lah. Nadia lah satu-satunya kawan baik Fea..” Kataku. “Kalau abang
nak ikut Fea boleh tak?” Getus Amir.
“Esok kan abang ada meeting..”
Selorohku. “Esok hari Sabtu lah sayang...” Kata Amir lalu mencuit hidungku. “Ha’ah
ya tak ya jugak eh bang.. Fea lupa pulak yang esok hari Sabtu.” Balasku. “So,
boleh tak abang ikut sayang esok?”
“Hmm tak boleh! Tanya Nadia dulu..”
Getusku seakan merajuk. “Alah sayang ni... Kalau tak boleh, abang nak
manja-manja dengan sayang malam ni boleh?” Seloroh Amir. Aku tersedak bila dia
cakap macam tu. Semalam baru aku bagi, takkan malam ni pun.. aku terus berlari
naik ke atas dan meluru masuk ke bilik. Aku mengunci pintu. Lega rasanya.
“Fea bukak pintu ni.. Fea..” Panggil Amir
sambil mengetuk pintu bilik. “Tak nak!” Jeritku. “Kalau Fea tak nak abang
manja-manja dengan Fea malam ni, Fea bagi lah abang ikut Fea esok. Please
sayang..” Kata Amir. “Ya, abang boleh ikut..” Kataku lalu membuka pintu bilik. “Haa
macam tulah..”
Aku tengok dia tidur nyenyak aje.
Sementara aku pulak, tak boleh nak pejamkan mata. Malam tu aku sms Nadia.
Salam,
Nad ko dh tido ke?
Aku harap dia pun belum tidur lagi sebab
time-time macam ni, dia sibuk tengok cerita korea.
Wasalam,
Eh Fea! Jdi x esok? Dia bgi x kita kluar sok...
Dia
bgi.. Tpi msalahnye, dia nk ikut skali! Mcm mne ni beb?
Lgi
bgus kalo dia ikut skali. So sweet..
Hmm
yelah...
Citer
korea ni dh abis, aq nk tido dulu.. Bye, see u tomorrow!
Akhirnya, aku pun terlena dibuai mimpi.
Aku tersedar yang suamiku memeluk pinggangku. Aku hanya membiarkan sahaja.
Tweet
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum ! Tinggalkan komen korang :)