“Aku rasa macam tak sedap hati lah.. Van
putih tu asyik ikut aku aje.” Desis Sofea di dalam hati. Aku pantas menekan
minyak dan memandu keretaku dengan laju untuk pulang ke rumah.
Setelah tiba di rumah, aku menelefon
suamiku. Jam sudah menunjukkan pukul 4.30 petang. Lagi beberapa minit sahaja.
Amir kata nanti naik flight pukul 5.30. Ni batang hidung dia pun aku tak
nampak. Sabar jelah! Nasib baik dia jawab panggilan aku.
Awak kat mana? Ni lagi berapa minit jek.
Batang hidung awak pun saya tak nampak. Cepat sikit tau.. Saya dah tak sabar
ni!
Saya on the way nak balik rumah lah ni..
Fea tunggu je sampai abang balik. Jangan pergi mana-mana tau.
Yelah awak. Saya dah lama sampai rumah
ni. Tak sabar nak naik flight ni! Awak!!!
Tiba-tiba talian terputus. Amir hairan.
Kenapa isteri aku tiba-tiba menjerit? Mesti ada apa-apa yang tak kena ni. Tadi
aku dengar suara dia macam happy, excited sangat. Sekarang ni macam orang
kena... Sofea!!! Laung Amir.
Amir semakin risau tentang isterinya
itu. Apakah yang berlaku kepada isterinya? Padahal hari ini, hari yang paling
istimewa bagi mereka berdua. Amir terus menekan minyak dan memandu dengan had
kelajuan yang paling laju.
“Shahrul? Kau buat apa datang rumah aku
ni! Sofea mana? Mesti kau ada buat apa-apa kat dia kan..” Kata Amir lalu
menarik kolar baju Shahrul.
“Mana ada bos! Saya datang sini sebab
nak selamatkan Sofea.” Balas Shahrul.
“Kau siapa nak selamatkan dia? Kau
bagitau aku apa yang berlaku sebernanya pada bini aku.” Ujar Amir.
“Se.. Se.. Sebernanya tadi Sofea ada sms
saya. Dia mintak tolong selamatkan dia. Dia kena culik. Dia tak sempat nak
cakap kat bos sebab penculik tu dah cekup mulut dia.” Terang Shahrul.
“Apa! Bini aku kena culik? Ya Allah!
Tapi aku pelik, macam mana dia boleh sms kau, bukan aku?” Soal Amir.
“Tak sebelum dia call bos, dia sms saya
dulu. Dia kata dia tak sedap hati sebab ada van putih ikut dia dari belakang
masa dia nak balik lepas jumpa kawan dia. Then yang lain tu saya tak berapa
pasti sangat.” Kata Shahrul.
“Tapi kenapa dia tak cerita kat aku pun
pasal semua ni..” Desis Amir di dalam hati. “Dah jom kita carik Sofea dulu.
Kalau tak jumpa jugak, aku terpaksa report polis.” Ujar Amir kepada Shahrul. “Tapi
bos.. Sofea kan kena culik? So lebih baik kita terus report polis.” Kata
Shahrul. “Kau nak ke tak nak tolong aku ni? Kalau tak nak, kau boleh balik. Tak
payah busybody!” Balas Amir.
“Yelah bos. Saya nak.. Saya kan kawan
Sofea jugak.” Jawab Shahrul.
“Aku kat mana ni.. Ya Allah! Badan aku,
mata aku...” Jeritku.
“Kau boleh diam tak! Nak aku ikat mulut
kau jugak ke? Kira untung aku just ikat badan kau, tangan kau dan tutup mata
kau dengan kain. Kalau kau nak aku tutup mulut kau, boleh jugak. No problem!”
Kata penculik itu.
“Eh kau siapa hah! Aku tak kenal kau..
Lepaskan aku lah bodoh!” Kataku.
“Kau tak payah nak marah-marah aku.
Sebab aku bukan nak pun culik kau. Sebernanya mula-mula aku rasa bersalah nak
culik kau sebab kau ni lawa. Muka cantik. Tapi nak tak nak, aku ni diupah
orang. So, kenalah jalankan tugas aku!” Balas penculik itu lagi.
“Weh lepaskan aku lah! Siapa yang upah
kau? Aku merayu kat kau.. Bagitau lah aku!” Kataku.
“Aku... Mesti kau kenal siapa aku kan.”
Kata Melissa lalu membuka kain yang menutupi mataku.
“Melissa? Eh perempuan! Lepaskan aku
lah.. Tak guna kau culik aku. Baik kau bunuh je aku. Sebernanya kau nak apa
lagi dari aku?” Kataku lalu menggoyangkan badanku.
“Aku nak apa dari kau? Eh betina!
Sebernanya kau kan yang suruh Amir cancel wedding kitaorang. Disebabkan kau,
aku dengan Amir tak jadik kahwin. Aku kalau nak kan sesuatu, aku nekad.” Ujar
Melissa lalu menunjal kepalaku.
“Untuk pengetahuan kau Melissa, Amir
sendiri yang cancel wedding tu! Aku tak suruh pun... Lepaskan aku lah weh!”
Jeritku.
Melissa terus menarik rambutku. “Sofea,
Sofea... Aku takkan lepaskan kau selagi aku tak dapat duit tebusan. Dan lepas
aku dapat duit tu, kau jangan risau. Time tu aku akan bunuh kau depan mata dia!”
Getus Melissa.
“Aku tak nak mati senang-senang macam tu
jek lah!” Kataku.
Melissa tersenyum sinis. “Bak sini
handphone kau..” Kata Melissa lalu merampas handphone aku. Melissa terus
menghantar sms kepada Amir.
To
: My husband
Aq
nk duit tebusan sebanyak sejuta! Kau jgn risau, Sofea selamat di tangan aq.
Klau kau nk dia, kau kena bgi duit tu dulu. Tpi ingat, jgn libatkan polis dlm
hal ni. Klau x, aq akn bunuh bini kau!
“Kau cakap apa hah dengan laki aku!”
Getusku.
“Adalah rahsia..” Jawab Melissa.
“Siapa pulak ni sms aku ni.. Tak pasal-pasal
tadi aku kena cancel kan honeymoon tu.” Getus Amir. Esok aku akan carik bini
aku sampai dapat!
From
: My wife
Aq
nk duit tebusan sebanyak sejuta! Kau jgn risau, Sofea selamat di tangan aq.
Klau kau nk dia, kau kena bgi duit tu dulu. Tpi ingat, jgn libatkan polis dlm
hal ni. Klau x, aq akn bunuh bini kau!
“Eh ni bukan dia ni.. Aku kena buat
sesuatu. Tapi dia kata jangan libatkan polis? Peduli apa aku. Tapi siapa yang
buat semua ni?” Getus Amir. Takkan Melissa? Tak mungkin. Amir terus membalas
sms itu.
To
: My wife
Ok.
Tpi kau kena bagitau aq, mane bini aq?
Hmm cepatnya dia balas.
Opps!
Aq x leh bgitau kau dulu. Lps kau bgi duit tu nnti, aq akn srhkan bini kau.
Pada malam itu, Amir tidak dapat tidur
dengan nyenyak. Dia asyik memikirkan keadaan isterinya. Adakah Sofea selamat di
sana? Dia memandang wajah isterinya di dalam gambar perkahwinannya itu. Manis
senyumannya. Hanya Allah swt saja tau betapa rindunya dia pada Sofea Elyna.
Tweet
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum ! Tinggalkan komen korang :)