Adam memandang di
sekeliling biliknya. Di dalam biliknya penuh dengan gambar-gambar Sofea. Ya.
Dia pernah tergila-gilakan Sofea semasa di tingkatan lima. “Dulu aku selalu
kacau kau sampai kau tumbuk aku sampai lebam.” Getus Adam. Dia nekad mahu
mendapatkan Nur Sofea Elyna. Tak kira apa pun caranya. Dia mahu membalas
dendam.
“Woi bangun lah.. Dah nak masuk Zuhur
dah ni.” Ujar Amir mengejutku. “Hah dah nak masuk Zuhur? Kau kenapa tak kejut
aku Subuh tadi..” Kataku. Aku terus bangun dan masuk ke dalam bilik air untuk
bermandi wajib.
Usai mandi, aku terus mengambil wuduk.
“Sofea.. Cepat sikit. Kita solat Zuhur jemaah sama-sama.” Ujar Amir mengetuk
pintu bilik air.
Selesai solat, aku menyalam tangan
suamiku. “Awak.. Saya nak mintak maaf sebab saya selalu kasar dengan awak.
Sebernanya saya tak ada niat pun. Awak tau tau jelah kan perangai saya memang
macam ni.” Kataku lalu air mataku mengalir di pipi.
“Tak apa. Aku dah lama maafkan kau. And
sorry pasal malam tadi aku tak sengaja. Kau jangan lah nangis macam ni. Tak
comel dah.” Seloroh Amir. “Awak ni ada ada aje lah. Saya tak kisah pun lah..”
Balasku. Aku tak perasan yang aku sudah ber ‘saya’ ‘awak’ dengan Amir. Selama
ini aku selamba ber ‘kau’ ‘aku’ dengannya.
Aku memandang skrin telefon. Ada
panggilan masuk lah. Siapa pulak yang call aku ni..
Hello.. Assalamualaikum, Siapa ni?
Waalaikumusalam.. Kau tak payah tau aku
siapa. Aku nak jumpa kau dekat Pavilion petang ni.
Woi aku tak kenal kau. Dan aku tak nak
jumpa kau ! Aku tak nak jumpa orang yang aku tak kenal.
Kau mesti kenal aku punya...
Talian terus terputus. Aku betul-betul
tak tahu siapa yang call aku tadi. Perlu ke aku bagi tau Amir pasal ni..
Hmm
aku kena jumpa dia jugak. Dia cakap macam tu macam dia dah kenal aku lama.
Tepat pukul 4 petang, aku sampai di
Pavilion. Aku memandang sekeliling Pavilion itu. Tak ada siapa pun
yang aku
kenal kat sini. Entah-entah hantu kot ? Ish tak mungkin lah !
“Hai Sofea.. Nice to meet you.” Ujar
seorang lelaki yang kacak bergaya di depan ku. Aku tengok dia ni macam aku pernah
nampak. Tapi dekat mana eh ? Ya aku kenal dia. Tapi aku betul-betul tak ingat
siapa dia.
“Adam?” Soalku bodoh.
“Yes I am!” Jawab Adam.
“Patutlah macam kenal. Mana kau dapat
nombor telefon aku hah?” Soalku.
“Ada lah.. Kau makin cantik sekarang.
Are you single?” Soal Adam. “Sorry no. Aku dah kahwin lah!” Kataku lalu
meninggalkan tempat itu. Aku terkejut kerana Adam menarik tanganku. Adam lah
lelaki yang aku pernah tumbuk sampai lebam tu. Aku rimas kerana setiap hari
asyik kacau aku aje. Yang aku tau dia pernah sukakan aku dulu.
“Woi lepaskan aku lah! Kau jangan ganggu
hidup aku lagi..” Kataku lalu menarik tanganku semula. “Kali ni aku takkan
lepaskan kau.” Kata Adam. “Weh please.. Aku ni kan isteri orang.” Balasku
sebak. “Aku tau lah kau tu bini orang. Tapi dari dulu kau tolak aku kan! Kali
ni, aku memang takkan lepaskan kau dan aku akan terus ganggu hidup kau.” Ujar
Adam.
Aku terus menarik tanganku semula dengan
sedaya upayaku. Aku harus memberitahu Amir tentang Adam. Kalau tak, Adam terus
menghantui fikiranku. “Lari lah.. Kau ingat KL ni besar sangat ke? Kau sorok
dalam lubang cacing pun aku boleh carik kau lah Sofea!” Getus Adam.
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum ! Tinggalkan komen korang :)