“Sofea?” Panggil Amir. Aku tidak
mengendahkan panggilannya. Seronok juga apabila memandang taman mini berdekatan
kolam renang itu. Sejuk aje mata memandang. “Fea please.. Aku tak nak kau macam
ni. Kau tak macam selalu. Sejak kebelakangan ni kau asyik mendiamkan diri aje.
Kau ada masalah kan? Cuba cerita dekat aku. Aku kan suami kau. Mana tau aku
boleh tolong..” Ujar Amir.
“Hmm awak ingat lagi tak cerita yang
mami ceritakan dekat awak tu?” Soalku. “Ingat, kenapa? Kau cerita aje lah. Aku
sedia mendengar..” Balas Amir.
“Err sebernanya.. Sebernanya lelaki yang
mami cerita tu nama dia Adam. Sekarang Adam datang dalam hidup saya. Hari itu
saya ada jumpa dia dekat Pavilion. Dia kata dia nak balas dendam dan ganggu
hidup saya.” Terangku.
“Apa yang kau cakap ni.. Adam? Maksud
kau lelaki yang kacau kau masa kau tingkatan lima dulu, and then kau tumbuk dia
sampai lebam kan. Sekarang dia nak balas dendam. Aku takkan biarkan dia rampas
kau dari hidup aku. Aku tak nak berpisah dengan kau. Kecuali ajal yang
memisahkan kita.” Ujar Amir lalu memegang tanganku.
Sekali lagi aku terharu mendengar
penjelasan darinya. “Terima kasih awak sebab sanggup terima saya seadanya.”
Kataku lalu air mataku deras mengalir di pipi. “Kau jangan lah nangis. Tak
comel lah..” Kata Amir lalu mencubi pipiku. “Ish sakit lah!”
“Mamat ni tak lah handsome mana kalau
nak dibandingkan dengan aku. Nampak poyo aje. Tu pun kau nak takut ke? Dulu
bukan main lagi garang. Sampai tumbuk menumbuk bagai.” Getus Amir. “Ish awak
ni. Tu dulu. Sekarang kan saya dah ada awak. Takkan lah nak tunjuk perangai
gangster tu lagi.” Ujarku.
“Sofea.. Aku dah buat keputusan nak
pindah lah.” Kata Amir. “Saya tak kisah. Saya ikut awak aje. Tapi kita nak
pindah mana?” Soalku. “Nanti aku nak bagitau papa and mama aku dulu.
“Eh cuti semester yang pertama kita dah
nak habis. Rasanya minggu depan kita dah naik. So bila kita nak pindah?”
Soalku. “Kalau boleh aku nak cuti seminggu lagi sebab maybe kita pindah dalam
bulan ni. So pasal kolej tu, lepas kita pindah okay sayang?” Kata Amir sambil
mengangkat sedikit keningnya.
“Hmm yelah. Awak kalau saya nak minta
izin awak boleh tak?” Kataku. “Izin apa? For my wife, anything always yes
dear..” Balas Amir. “Kalau saya nak carik kerja part time boleh tak?” Soalku.
“Suka hati kau lah. Yang penting aku tak nak kau curang okay?” Ujar Amir. “Yeah
! Macam ni lah suami mithali Fea..” Jawabku.
“Weh aku lapar lah..” Omel Amir. “Kejap
eh awak. Saya nak masak ni..” Pujukku.
“Eh
Sofea.. Kamu buat apa tu?” Soal Mak Timah kepadaku. Mak Timah salah seorang
pembantu rumah di rumah Amir. Amir mempunyai dua orang pembantu.
Tapi aku dah anggap Mak Timah ni macam
mak kandung aku sendiri. “Nak masak lah mak..” Jawabku lalu mengeluarkan telur
untuk memasak nasi goreng.
“Sofea, kamu tak payah susah-susah kat
dapur ni. Biar Mak Timah aje yang buat semua kerja-kerja dapur ni. Dah pergi
masuk sana.” Ujar Mak Timah. “Alah Mak Timah.. Boleh lah. Kasi Fea masak nasi
goreng. Nasi goreng aje kot ?”
“Betul tu mak.. Sekali sekala Amir nak
jugak rasa masakan isteri tercinta ni.” Kata Amir mencelah lalu memeluk
pinggangku. “Kalau macam tu mak tolong sikit-sikit jelah.” Jawab Mak Timah.
“Okay!”
Aku terus memasukkan dua biji telur ke
dalam kuali. Kemudian aku memasukkan sehiris bawang merah dan bawang putih. Aku
menggaul kedua-duanya sekali dengan nasi putih. Aku memasukkan sedikit
perencah. Siap! “Mak buat air fresh oren jelah eh?” Kataku. “Yelah Sofea..”
“Sedapnya!” Pandai Fea masak..” Puji
Datin Aisyah. “Nanti kamu boleh lah masak hari-hari untuk papa dengan mama.”
Kata Datuk Kamal pula. “Ish mana ada sedap. Biasa aje lah. Papa dengan mama ni puji lebih-lebih pulak. Malu
Fea..” Balasku. “Haa Amir, sedap tak isteri Amir masak tu? Senyap aje dari
tadi..” Kata Datin Aisyah.
“Sedap.. Tapi tawar sikit.” Ujar Amir
selamba. “Hish awak ni kan.. Sengaja tau nak kenakan saya.” Omelku.
“Papa, mama... Amir dah fikir
masak-masak, Amir nak pindah rumah.” Ujar Amir . “Amir dah bincang dengan Sofea
ke pasal ni? Eh mana Sofea?” Kata Datin Aisyah. “Dia kat dalam bilik. Tengah
solat. Dah. Dia cakap dia tak kisah. Dia ikut je keputusan Amir. Boleh tak ni
mama, papa?” Kata Amir.
“Kalau itu dah keputusan Amir.. Papa tak
kisah. Dulu papa ada beli rumah banglo dua tingkat. Elok Amir dengan Sofea
tinggal situ jelah.. Lagi pun rumah tu tak ada orang duduk.” Ujar Datuk Kamal.
“Hah kalau macam tu bagus lah pa! Tak payah lah Amir susah-susah nak carik
rumah.” Balas Amir.
“Tapi dengan satu syarat. Amir kena
kerja di syarikat papa dulu. Baru Amir boleh tinggal di situ. Pasal kolej
pengajian Amir tu, nanti papa uruskan.” Kata Datuk Kamal.
“Hmm bagus lah macam tu. Dari dulu lagi
mama suruh Amir kerja di syarikat papa tu.” Kata Datin Aisyah mencelah.
“Amir okay je. Thanks papa, mama sebab
support Amir!” Jawab Amir.
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum ! Tinggalkan komen korang :)