“Amir nak pergi mana tu? Sini kejap,
mama nak cakap dengan kamu.” Ujar Datin Aisyah. “Mama, cakap aje lah.”
“Mama risau tengok kamu ni. Ubah lah
perangai tu Amir.. Mama tengok keliling kamu tu semua perempuan. Sampai bila
kamu nak jadi playboy hah? Umur kamu dah nak masuk dua puluh satu tahun dah.
Kalau ikutkan hati mama, mama tak nak hantar kamu ke kolej lagi. Mama nak Amir
kerja di syarikat papa.” Terang Datin Aisyah.
“Alah mama ni... Perempuan tu semua yang
nak berkepit dengan Amir. Ish tak nak lah kerja dekat syarikat papa tu. Amir
muda lagi lah ma. Tahun depan okay? Tunggu Amir habis belajar. Lagi pun Amir nak
cepat ni, dah janji nak tengok wayang dengan kawan.” Balas Amir lalu menyalam
tangan mama kesayangannya.
“Hmm kawan lelaki ke perempuan?” Soal
Datin Aisyah. “Biasa lah mama... Perempuan.” Jawab Amir. “Hish anak bujang aku
sorang ni. Tak ubah-ubah perangai dia.” Omel Datin Aisyah.
Pada pagi itu, Sofea mengenakan t-shirt
berwarna biru dan seluar jeans. “Ah simple sudah!” Kataku. Kali ni aku
melepaskan rambutku dan menyapu sedikit minyak rambut. Aku meminjam skarf reben
comel kepunyaan Nadia. “Tak apa. Bukan dia marah pun. Lagi pun dia punya banyak.
Koleksi lah katakan!”
“Weh cantiknya kau hari ni!” Puji Nadia.
“Eh yeke? Mana ada. Kau lagi cantik. Aku mana pandai bergaya macam kau. Sekali
sekala apa salahnya kan..” Ujar Sofea.
“Dah jom gerak.” Kataku kepada Nadia.
“Eh kejap. Tunggu dulu lah. Ada seseorang yang datang jemput kita hari ni.”
Kata Nadia. “Siapa?” Soalku terpinga-pinga.
Haa tu dia dah datang.. Nadia
menunjukkan kereta BMW milik Amir. “What kata kita je yang pergi? Kau ni penipu
lah Nad..” Omel Sofea.
“Mana ada aku tipu. Bila masa aku cakap
kita je yang pergi?” Seloroh Nadia. “Girls, naiklah kereta I...” Kata Amir
mencelah.
“Sofea... Kau duduk dekat seat depan
sebelah Amir tau.” Ujar Nadia. “Eh apehal pulak aku ? Kau yang ajak aku kan?
Tak payah nak mengada Nadia. Kau duduk dekat seat depan sekarang! Kalau tak aku
tak nak ikut korang.” Kata Sofea.
“Cantiknya kau Sofea...” Puji Amir di
dalam hati. Masing-masing hanya mendiamkan diri sambil mendengar alunan radio.
“Weh kau apehal pandang aku macam tu?” Soal Sofea kasar kepada Amir. “Tak ada
apa. Tengok you cantik sangat hari ni..” Jawab Amir. “Banyak lah kau punya
cantik! Dah pandang depan. Nanti kang tak pasal-pasal aku habis nafas hari ni.”
Getus Sofea selamba.
“Weh Sofea! Agak sikit mulut kau tu. Kau duduk seat belakang dah kira okay dah.
Baik kau senyap sebelum mulut murai aku berceramah.” Kata Nadia. “Yelah mak cik!”
“Sorang ikut I beli pop corn boleh tak?”
Soal Amir kepada dua gadis cantik di depannya. “Saya nak!” Jawab Nadia.
“Korang berdua pergi lah sana. Biar aku
tunggu kat sini.” Ujar Sofea. “Betul ni you tak nak ikut? Bahaya lah tinggal
sorang-sorang.” Getus Amir. “Peduli apa aku. Kan kat sini ramai orang? Aku tak
takut lah. Pergi jelah dengan Nadia tu. Mengada betul lah kau ni.” Seloroh
Sofea.
“Okay I duduk seat tengah. You berdua ni
duduk kiri kanan I okay?” Ujar Amir. “Eh kejap! Amir... Kau tak payah lah duduk
seat tengah. Biar Nadia yang duduk.” Getus Sofea.
“Minah ni ada jugak kena sebijik dengan
aku.” Kata Nadia di dalam hati. “Amir... Ni cerita seram kan? Saya takutlah...”
Kata Nadia lalu menggenggam tangan Amir. “Jangan takut sayang... I kan ada.”
Balas Amir lalu menjeling ke arah Sofea.
“Lahai minah ni.. Penakut betul lah!
Yang mamat ni pulak sengaja nak ambik kesempatan. Menyampah pulak aku tengok
dua ekor ni. Baik aku tidur lagi bagus. Cerita ni bukan seram sangat pun.” Kata
Sofea di dalam hati. “Jealous? Tak ada makna aku nak jealous lah dengan mamat
poyo tu.
“Oh mak kau!” Jerit Nadia apabila
melihat seoarang lelaki memenggal kepala seorang wanita. Dia terus memeluk
Amir. Amir sekali lagi menjeling ke arah Sofea. “Aik aku ingatkan dia tengok
cerita ni. Rupanya sedap kau tidur ya?” Getus Amir di dalam hati.
“Eh apa dah jadik ni...” Aku terus
tersedar apabila semua orang di dalam panggung itu menjerit. Aku terkejut
melihat Nadia memeluk Amir. Bibir Amir semakin lama semakin dekat dengan bibir
Nadia. Cupp! Amir terus mencium bibir Nadia.
“Tak ku sangka, air mataku mengalir
seketika. Adakah aku cemburu? Tidak. No never! Aku takkan pernah sukakan lelaki
yang buaya darat macam Amir Farhan ni. Boleh dia kiss kawan aku sesuka hati
dia.
Aku terus mengatur langkahku untuk
keluar dari panggung. Amir terus bangun dan mengikut aku keluar. Begitu juga
Nadia. “Sofea.. Wait... You nak pergi mana tu?” Soal Amir. “Eh aku nak pergi
toilet pun kau nak ikut ke? Pergi lah sana. Menyibuk aje.” Kataku.
“Amir.. Cerita tu belum habis lagi. By
the way, thanks.” Ucap Nadia. “Thanks for what sayang?” Soal Amir bingung. “For
kiss me and teman I tengok wayang.” Balas Nadia lalu melentokkan kepalanya di
bahu Amir. “Ish apehal gatal sangat kawan aku ni? Sebelum ni tak pernah pun dia
mengada-ngada macam ni.” Kutuk Sofea di dalam hati.
“Woi kata nak balik. Ni nak pergi mana
pulak ni. Aku dah penat lah weh.” Omelku. “Sabar lah Sofea.. I nak you ikut I
balik rumah I.” Ujar Amir. “Kau gila ke apa? Kau nak buat apa dengan aku hah ?
Berhenti kan aku dekat sini sekarang jugak!” Kataku. “Tak boleh. You kena ikut
jugak. Ada hal penting ni.” Kata Amir. “Eh mana kawan aku, Nadia?” Soalku.
“I dah hantar dia pergi rumah family dia
tadi.” Ujar Amir. Eh? Dia tak bagitau aku pun yang dia nak balik rumah family
dia.”
“Okay kita dah sampai.” Besar jugak
rumah mamat ni. Lebih kurang macam rumah aku jugak. Tapi dia lagi besar kut.
“Assalamualaikum... Mama kenalkan ni
future wife Amir, Sofea.” Kata Amir kepada seorang wanita berusia 40-an. “Aik ?
Bila masa pulak yang aku ni future wife dia?”
“Waalaikumusalam.. Eh future wife kamu
ya Amir.. Habis perempuan keliling pinggang kamu tu nak letak mana?” Kata Datin
Aisyah. “Perempuan keliling pinggang Amir? So sebelum ni dia ada ramai
girlfriend lah? Betul tekaan aku yang dia ni buaya darat campur playboy!”
“Tak ma. Sofea ni lain dari perempuan
yang Amir kenal. Amir cintakan dia. Yang lain tu tak.” Jelas Amir jujur. “So
bila tarikh pernikahan kamu berdua ni? Mama kena bincang dengan papa kamu ni.
Family Sofea tau tak ni?” Soal Datin Aisyah.
“Bulan depan ma. Maybe esok Amir nak
jumpa family Sofea pulak. Kalau boleh Amir nak kahwin dengan Sofea secepat
mungkin.” Kata Amir.
“Dia cintakan aku? Tapi sejak bila? Aku
tak tau pun. Belajar pun belum habis lagi. Haih budak ni. Entah-entah dia dah
plan dengan Nadia lah ni. Patut lah semacam aje aku tengok diaorang berdua ni.”
Kataku di dalam hati.
“Weh kau ni biar betul nak kahwin dengan
aku! Aku tak suka kau lah.. Jangan nak memandai-mandai buat keputusan sendiri.”
Kataku kepada Amir yang sedang leka memandu. “Kali ni aku takkan lepaskan kau.
Aku rasa tercabar maruah aku bila kau kasar-kasar dengan aku macam ni. Sebelum
ni tak ada sorang perempuan pun yang berani tinggi suara dekat aku dan belum
ada perempuan yang reject aku macam kau.” Terang Amir. Naik turun nafasnya.
“Ohh
sekarang ni kau nak salahkan aku lah.. Dah tau perangai aku memang macam ni.
Yang kau gatal nak kahwin dengan aku apehal? Baik kau kahwin dengan perempuan-perempuan yang mama kau cakap
tadi. Dasar playboy! Dah lah sesuka hati kiss kawan baik aku.” Kataku.
“Sebab aku cintakan kau! Kau tak macam
perempuan-perempuan lain yang aku kenal. Yang sebernanya aku pura-pura kiss
Nadia depan kau sebab nak cemburukan kau. Aku dah plan awal-awal dengan Nadia
pasal hubungan kita. Aku dah lama sukakan kau sejak kita mula-mula jumpa lagi.”
Terang Amir.
“Dia jujur? Betul ke ni? Aku rasa macam
mimpi aje.” Kataku di dalam hati. “Dah lah weh... Aku tak sukakan kau. Kita
baru je kenal berapa hari, kau dah nak kahwin dengan aku. Pasal kau nak jumpa
family aku esok, cancel okay. Aku belum sedia lagi nak kahwin. Kalau aku nak
kahwin pun bukan dengan kau.” Jelasku jujur.
“Aku tak kira. Aku nak jumpa jugak
family kau. Kita akan kahwin jugak bulan depan. Ohh kalau kau tak nak kahwin
dengan aku, kau nak kahwin dengan siapa?” Soal Amir.
“Haish degil betul lah mamat ni. Jodoh
di tangan Allah swt bukan aku. So sesiapa aje.” Ujarku selamba.
“Hmm kau lah jodoh aku.” Balas Amir.
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum ! Tinggalkan komen korang :)