Monday 18 November 2013

Resepi Kek Cheese Bersalji


Bahan-Bahan :

6 biji telur (2 putih dibuang)
100 gm gula halus
100 gm tepung Hong Kong
60 gm tepung jagung
50 gm air sejuk
1 sudu the baking powder
2 sudu ovalette
75 gm mentega dicairkan

Bahan Cream luar :
250 gm cream cheese
1 cawan susu pekat manis

Bahan toping :
Keju Cheddar diparut

Cara Membuat :
Campurkan semua bahan kek kecuali mentega, dan dipukul hingga kembang dan pekat.
Masukkan dalam acuan dan dibakar 160 C selama 45minit – 1 jam.

Sejukkan dan bila dah sejuk belah 2.
Pukul cream cheese dan susu pekat hingga sebati dan sedikit gebu.
Sapukan antara dua lapisan dan dikeseluruhan kek.
Tabur dgn cheese yg diparu (Untuk hiasan)

Sedap nya.. Macam nak try buat aje ! hehe . Btw Selamat Mencuba :)

Sumber : Blog Bonda

Thursday 14 November 2013

Biodata Nur Risteena Munim

Risteena Munim 2

Cantik kan dia ? Muka dia iras-iras Erin Malek :) Jom usha biodata dia !

Nama penuh : Nur Risteena Munim Zainul Ilyas
Nama popular : Risteena Munim
Umur : 24 tahun
Tarikh lahir : 19 November 1989
Pendidikan : Beliau merupakan graduan Sarjana Muda Komunikasi Massa, UiTM 
Asal : Kepala Batas, Pulau Pinang 
Kareer : Sebelum menceburi bidang lakonan , Risteena pernah menceburi bidang modeling. Dia juga sangat minat dalam bidang pengacaraan . Beliau pernah berlakon drama Bukan Cinta Monyet di TV 3.

Jom usha gambar-gambar dia pulak . Serius lawa !

Risteena Munim 1

Risteena Munim 4

Risteena Munim 5 (500x500)

Risteena Munim 7 (500x500)

Risteena Munim 13 (500x500)

Risteena Munim 14 (500x500)

Tadi korang mesti melting tengok gambar-gambar Raja Adrian a.k.a Fattah Amin kan ? Tapi yang cair tu perempuan aje kan.. Kali ni yang cair mesti lelaki pulak sebab akak Risteena ni cantik + comel + lawa + cun + semua lah ! hehe . 

Biodata Fattah Amin (Pelakon Drama Playboy Itu Suami Aku)

Assalamualaikum guys !

Hah malam ni Ira nak share dengan korang tentang hero drama Playboy Itu Suami Aku ni . Serius Ira cakap dia ni handsome wo ! Aku pon boleh melting tengok senyuman dia aw . Apa lagi Afina (Risteena Munim) tu . Hmm okay lah jom usha biodata dia dengan gambar-gambar dia sekali . Kalau lah aku dapat pakwe macam dia ni..  Hari-hari boleh tengok muka handsome + macho dia tu . Hehe .

Fattah Amin 5

Nama penuh : Abdul Fattah Bin Mohd Amin (Fattah Amin)
Nama Popular : Fattah Amin
Umur : 23 tahun
Pendidikan : Mahasiswa Bidang Seni di Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Status : Pelajar Sepenuh Masa
Pekerjaan Sambil : Model dan Pelakon
Profil Rasmi Twitter :  https://twitter.com/fattahamin
Lakonan : Kerana Sarah ' (Slot Azalea TV3) dan 'Memberku Hawa' (Astro Ria)

Fattah Amin 6

Fattah Amin 7

fattah amin 9

Fattah-Amin-8

See ? Handsome kan dia ? Sampai tergugat Iman aku . hehe . 

Sumber : Google 

Aku Akan Lupakan Semua Ini

Assalamualaikum guys..

Hmm sebernanya Ira tengah tak tau topik apa yang nak post hari ni . Yelah Ira hari ni penat gila ! Sebab tolong itu ini . Then tak pasal pasal jadik "Camera Woman Professional" pulak . hehe . Time mak ngah Ira nikah tadi . Ira sibuk rakam , amik gambar diaorang . Lama jugak lah Ira pegang phone mak ngah tadi . Serius tadi Ira busy sangat ! Sorry kalau Ira tak balas IM kat facebook ke, Wechat . Tak cukup tangan .

Aku tak tau lah nak mula dari mana . Yang penting sekarang ni Ira nak cerita dekat korang tentang satu benda nih . Tah habis-habis kan aku ni ? Ahaks ! Sebernanya hari tu Ira sedih sangat sebab kawan kawan Ira ramai dah tak suka perangai Ira . Diaorang cakap Ira gedik kat keek . Sejak tu, Ira nak berubah . Ira tak nak lagi amik gambar tak pakai tudung bagai . Tapi memang pon . Dosa kan ? Ira dah tau semua tuh . Lagi pun Ira dah lupakan semua tu . Yang paling sedih sekali, diaorang macam nak tak nak jek layan aku sekarang ni . Dah lah kat Seremban ni, aku takde kawan sangat . Tepu , tak tau nak buat apa ! Seriusly Ira rindukan Farhanah, Zahirah, Aisyah, Hidayah and others . Tanpa diaorang, Ira tak boleh hidup . Kat sini aku dah macam patung cendana dah . Tegak jek . Termenung sana sini macam orang tak betul . Kesian kan ? Hmm :(

Lagi satu , Ira asyik fikir pasal Crush jek . Bukan game Candy Crush tu ehh ! Yelah bila tengok Crush layan aweks dia, terus aku nak nangis . Sweet sangat ! Opps salah.. Sweet lagi gula gula yg aku makan . Haha . Hmm seriusly aku teringin jugak nak sweet macam orang lain . Ira nak jugak bahagia . Ira nak disayangi macam perempuan lain . Macam contohnya kawan Ira . Bf dia caring sangat kat dia . Aku bila lagi ? Tunggu sampai mati pun belum tentu ada orang nak kat aku.. Kalau ada orang nak kat Ira ni, Ira jual mahal sikit . hehe .

Okay stop Nad ! Aku akan lupakan semua ni . Bagi aku tak penting . Aku nak belajar tinggi tinggi dulu baru boleh bercinta . Aku nekad ! :)


Love You Mr. Arrogant- Akasia Tv 3

Assalamualaikum korang..

Korang nak tau tak drama slot Akasia ni, Love You Mr. Arrogant dapat rating tertinggi tau ! Nak tau berapa ? Dah nak masuk 5 Juta woi ! Serius cerita ni best gila . Tapi sayang drama ni disiarkan waktu maghrib . Kalau korang tak kenal lagi pelakon-pelakon drama Love Mr. Arrogant ni, Jom usha ! Opps, sebelum tu Ira lupa nak bagitau korang . Yang drama ni sebernanya adaptasi novel . Sebab tu best :)






Pelakon Utama :


  • Zara Zya sebagai Zaara Amirah
  • Azlee Khairi sebagai Zafrel Irham
  • Hanez Suraya sebagai Sherry
  • Keith Foo sebagai Hadry
  • Anzalna Nasir sebagai Fariza
Pelakon Pembantu :

  • Norish Karman sebagai Datin Maryam
  • Mustapha Kamal sebagai Dato' Zahir
  • Raja Ilya sebagai Safiya
  • Fezrul Khan sebagai Aidil
  • Wan Raja sebagai Kekasih Gelap
  • Fadilah Mansor sebagai Hajjah Haminah
  • Idris Md. Diah sebagai Haji Zaidi
  • Aishah Illias sebagai Zafrina
  • Syarul Ridzwan sebagai Faizal
  • Alex Yanz sebagai Munir 
  • Kin Wah sebagai Mr.Raymond
  • Siti sebagai Siti Chubby
Pelakon Kanak-Kanak :

  • Adik NurFateha Iman sebagai Dania
  • Adik Adam Iman sebagai Danish
Sinopsis :


Drama bersiri Love You Mr Arrogant mengisahkan tentang Irham (Azlee Khairi) dan Zaara (Zara Zya) yang bertemu dalam satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan. Keangkuhan Irham meminta Zaara membayar RM5000 sebagai ganti rugi. Puan Sri Maryam (Norish Karman) ingin menjodohkan dia dengan Sherry (Hanez Suraya) wanita yang tidak pernah dicintai.
Beberapa hari mengenali Zaara, Irham kemudian menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zaara bagi mengelak dirinya dari berkahwin dengan Sherry dan memenuhi syarat ayahnya, Tan Sri Zahir. Jika Irham tidak berkahwin dalam masa terdekat, syarikat Irham Holdings akan jatuh ke tangan sepupunya, Hadry. Irham tidak mahu syarikat yang dibangunkan oleh keluarganya itu jatuh ke tangan orang lain dan dia sanggup melakukan apa sahaja demi mempertahankannya.
Zaara terkejut dengan permintaan Irham. Malah, Irham sanggup menghubungi ibu bapa Zaara dan membuat pengakuan yang kononnya dia dan Zaara sedang bercinta dan dia ingin menghantar rombongan meminang Zaara. Perbuatan Irham itu membuatkan Zaara berasa terhina kerana baginya Irham sengaja menggunakan alasan perkahwinan itu sebagai tanda Zaara membayar ganti rugi hutang kemalangan tempoh hari.
Akhirnya, Zaara rela menerima kehendak Ilahi demi menjaga maruah keluarga meskipun tiada perasaan cinta terhadap lelaki asing dalam hidupnya itu. Namun Zaara tidak menyangka bahawa keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau dengan perangai ego Irham. Malam pertama sahaja dia sudah diuji apabila Irham tidak membenarkan Zaara tidur sekatil dengannya. Malah Zaara juga terpaksa akur berdepan dengan layanan kurang mesra dari keluarga Irham.
Tanpa disedari, Zaara mula menyintai suaminya dalam diam. Walaupun Irham nampak kasar dan sombong tetapi Zaraa dapat merasakan Irham mula mengambil berat tentang dirinya serta sangat melindunginya dari disakiti oleh Puan Sri Maryam dan Sherry.
Di saat pasangan itu mula mengecapi kebahagiaan, hubungan mereka diuji dengan kehadiran orang ketiga di mana Faisal, rakan sepejabat Zaara yang psiko dan menggilai Zaara sanggup menggunakan tipu helah jahat demi mendapatkan Zaara. Malah, Hadry juga mula sukakan Zaara dan sentiasa berusaha mendekatinya. Ini membuatkan Irham cemburu dan dihimpit dengan tekanan untuk mempertahankan rumah tangganya.
Malah, Irham juga mendapat berita tentang Puan Sri Maryam yang disahkan mengalami masalah jantung yang agak teruk. Puan Sri Maryam meminta Irham agar menunaikan hajatnya dengan mengahwini Sherry. Mengenangkan kesihatan Puan Sri Maryam yang semakin tenat itu membuatkan Zaara mengizinkan Irham untuk berkahwin dengan Sherry. Irham tersepit dengan keadaan yang menghimpit dirinya.

See , Best kan cerita ni ? Hehe . Jom usha gambar-gambar cerita ni pulak :)







Sweet kan diaorang :) 

Okay lah korang sampai sini jek nak share . Cerita baru ni adaptasi novel jugak . Playboy Itu Suamiku . Rasa-rasa best tak ? Hmm tengok jek dulu :)

Usha kejap ^_^







Sweet jek tengok Raja Adrian dan Afina ni ^_^ 




Wednesday 13 November 2013

Resepi Puding Kastard Berkuah

Assalamualaikum..

Ira rasa malam ni Ira nak overnight lah . Malas nak tidur . So malam ni Ira nak share dengan korang Resepi Puding Kastard Berkuah .


Bahan-Bahan :

Puding Kastard Berkuah 

10 gm serbuk agar-agar 7g=1 packet 
4 cawan air 900ml
1 tin susu cair 170ml=1 tin 
1 1/2 cwn gula halus 120g
1 cwn tepung kastard di bancuh dgn 1 cawan air 1/2 cwn+1/2cwn
beberapa biji ceri merah utk hiasan

1 sudu kecil perasa vanila

Masak agar2 dan gula bersama air hingga didih dan gula larut.
Tuangkan susu cair
Tuangkan esen vanila
bancuhkan tepung kastard dan air
Kemudian tapis dan tuangkan kedalam adunan puding tadi.
Kacau adunan sehingga hampir pekat.
Apabila telah masak tuangkan ke dalam acuan kecil.
Biarkan sejuk.

 Untuk larutkan agar2 tu, ita masukkan agar2 dulu dalam periuk kemudian baru masukkan air. Pas tu kacau rata supaya tidak berbentil. Kemudian baru letak atas dapur.

Untuk versi ketupat ni ita gunakan acuan tuk buat coklat bentuk ketupat. Ambil sedikit puding dan warnakan dgn hijau. Pastu masukkan dlm piping bag. Titikkan pada petak2 ketupat berselang seli. Tunggu sejuk baru tuangkan kastad yg berwarna kuning. hati2 kerana puding ni panas.

Kuah Kastard 

1 tin susu cair -2 tin yg 170ml
2 gelas air 4-5 cwn
5 sudu besar gula pasir 1/4cwn + 4 sudu besar susu pekat
secubit garam
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu teh esen vanila
fruit coktail - untuk hiasan

Masak susu, air dan gula dgn api yg perlahan sampai didih. Bancuh tepung kastard dengan sedikit air dan tuangkan dalam adunan kuah. Tambahkan secubit garam dan esen vanila
Biarkan kuah mendidih.
Biarkan sejuk masukkan dlm peti ais supaya sedap di makan bila sejuk.
Untuk menghidang masukkan kuah dlm mangkuk besar. Letakkan ais dan fruit coktail dan letakkan puding kegemaran tadi dan siap utk di hidangkan.

Amacam guys ? Senang kan :) So Selamat Mencuba ^^ Mak Ira dah pernah buat dah . hehe .

Resepi Kek Coklat Moist

Assalamualaikum !

Dengar jek pasal kek coklat moist ni mesti cair kan ? Hmm sedap nya ~ Jom try resepi ni ! :)


Bahan-Bahan :

Bahan-Bahan yang Diayak :

  • 1 1/1 cawan tepung gandum
  •  3/4 cawan serbuk koko
  • 1 sudu kecik baking powder
  •  1/2 sudu soda bikarbonat

  •  3 biji  telur bersaiz AA@A pun boleh
  •  1 1/2 gula halus
  • 3/4 cawan susu pekat 
  •  1 sudu besar ovalett 
  •  1 cawan minyak sayur-sayuran (jagung,canola,bunga matahari)
  •  1 1/4 cawan air panas mendidih
Cara-Cara :


  •  Putar gula,telur dan ovalett sehingga pekat dan putih (lebih kurang dlm 15minit- high speed)
  •  Masukkan susu pekat . 
  •  Masukkan bahan yang diayak sedikit demi sedikt sehingga habis.
  •  Masukkan minyak putar sehingga sebati.
  • Masukkan air panas mendidih.kacau dengan senduk,jangan putar.kacau sebati dan bakar selama1jam suhu 180-170 C @sehingga masak.Cucuk untuk pastikan masak@tidak.Jika melekat di lidi maksudnya masih tidak masak lagi.Guna loyang 7@8inci yer.9inci pun boleh tapi kek rendah la sikit.

Jika sudah masak sejukkan dan boleh diletakkan topping coklat ganache.(lebih kurang 250gram coklat masakan cairkan bersama 1 sudu mentega/shortening, dan 2-3 sudu besar susu cair@air masak dgn menggunakan kaedah double-boiler sehingga cair.Taburkan sedikit coklat urai/coklat cip/badam utk hiasan atas kek.

Double Boiler: Kaedah mencairkan coklat masakan menggunakan air panas yang mendidih.Letakakn periuk yang berisi coklat masakan di atas air yang mendidih tadi.

Kalau korang sejukkan kat dalam peti ais lagi sedap oh ! :)
Selamat Mencuba ^^

Resepi Peach Cobbler Hlovate

Assalamualaikum..

Hah hari tu ada orang request kat cbox, dia tanya ada resepi lain tak ? So sekarang Ira nak share dengan korang tentang resepi Peach Cobbler Hlovate ~ Alah korang pernah baca tak yang Airsyha buat benda ni kat Novel Cinta Kontrak tuh :) Sedap wo !


Bahan-Bahan :

1 cawan tepung gandum
1 cawan gula halus
1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
275g mentega
3/4 -1 cawan susu segar
1 tin buah pic
1 sudu kecil serbuk kayu manis
3 sudu besar gula

1.cairkn mentega di dlm ketuhar dgn suhu 190 0C (375 0F).
gunakan bekas kaserol 13x9x2 sm.
2.adun tepung, gula, soda bikarbonat di dlm bekas berasingan.
3.masukkan susu segar pada adunan kering dan gaul sebati hingga tidak berketul-ketul.
Cara 1 :

a)tuangkan adunan ke dlm bekas kaserol berisi mentega cair
b)siramkan jus pic keatas adunan.
c)susun pic di atas adunan.
d)taburkan serbuk kyu manis dan gula.

Cara 2 :

a)susunkn pic di atas mntega cair di dlam bkas kaserol.
b)tuangkn adunn ke atas pic

4.bakar di dlm ketuhar pada suhu 175-190 0c (350-375 0F) 
selama 45 minit hingga satu jam, atau hingga mnjadi perang keemasan.

Dah siap ! ^^
Selamat Mencuba ye :) 



Aku Cintakan Kau !

Assalamualaikum guys !

Korang apa khabar, sihat ? Hmm rasanya dah lama Ira tak post kat blog ni kan . So malam ni Ira nak luahkan perasaan Ira kat sini . Sebernanya dah lama Ira nak bagitau kat korang yang Ira sukakan dia . Bukan Aiman ehh ! Now, orang lain yang sudah lama bertakhta di hati Ira . Ira yang suka dia . Tapi dia ? Hmm tak tau lah . Hanya Allah jek yang tau .

Sejak ni Ira asyik post pasal cinta jek kan . Yelah selama ni Ira cintakan dia sepenuh hati Ira ni . Kira cinta sejati lah ni kan ! hehe :) Nak tau nama dia siapa ? Cehh mana boleh bagitau ! Secret lorh... Masa tuh Ira ada cakap perasaan Ira ni kat kawan Ira tau, Arni . Dia cakap kau ni terlibat dengan cinta 3 segi . Double what ? Cinta Tiga Segi ? Hmm memang betul kot . Sebab Ira cintakan dua lelaki dalam masa yang sama . Ape lah aku ni . Kecik kecik dah pandai bercinta . Haha . Tak lah cinta monyet jek kot . Takkan tak boleh ? Elehh bukan couple pon . Just suka suki . Couple tukan haram ? Selama ni aku cintakan dia . Ambik berat pasal dia . Tapi dia tak pernah perasan pon yang aku suka dia . Yang dia tau asyik nak getback bagai . Yang lagi sorang ni pulak berlagak dah ada wife konon . Padahal diaorang baru 14 tahun . Ira pon ! Huh !

So dua lelaki ni umur diaorang berbeza . Sorang 15 tahun . Lagi sorang sebaya . Dua dua handsome . Cewahh ! Ira tak nak sebut nama diaorang kat sini . Kalau diaorang jumpa blog Ira , mampuih den ! Ira terharu sangat sebab yang 15 tahun ni mintak maaf beria ria kat Ira . Macam dia nak mati pulak . Serius Ira cakap dia dah banyak berubah ke arah kebaikan . Kau buat aku makin sayang kat kau.. Ye . Sebernanya Ira lebih cintakan yang 15 tahun ni . Tapi yang sebaya ni pulak macam mana ? Dia dah ada wife kan . Biarlah dia . hehe .

Korang nak tau tak ? Tak tau lah ni kenangan manis ke pahit sebab yang sebaya ni, Ira pelik aww . Dulu time jumpa Ira jek mesti senyum tak tau pasal then lambai-2 kat Ira . Time tuh Ira melting tengok senyuman dia . Serius comel gila ! Cair iman aku . Astagfirullahalazim.. Lepas tu yang membuatkan Ira pelik lagi, dia sibuk sangat yg kawan dia tu suka kat Ira . Yelah kawan dia tu buat tak kisah . Dia pulak yang sibuk . Then ugut kita , kalau tak aku kacau kau eh ? Haha kelakar tengok dia . Dulu Ira tak berani nak lawan . Sekarang dua dua lelaki ni Ira dah pandai melawan . Sebab tu Ira jatuh cinta kat dua orang lelaki ni .

Hah Ira nak story lagi kat korang nih ! Hari tu kat wechat kan . Okay Ira bagi tau jelah nama dia . Nama budak yang sebaya ngn Ira ni , Hadi . Hmm hari tu Ira ada buat status kat wechat pasal crush Ira . Then dia komen mcm ni "I Want You Dissapear In My Mind" Pelik kan ? Maksudnya dia nak Ira hilang dalam fikiran dia . Takkan lah dia hari-2 fikir pasal aku kot ? Hmm . Ira dah syak . Takkan dia suka aku kot ? hehe . Yang 15 tahun ni , malas lah nak story pasal dia . Lain post okay ? haha .

Okay lah sampai sini jek nak share .
Bye Asssalamualaikum ! ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...