“Fea! Meh turun ke bawah ni sekejap ada
hal penting mami nak bincangkan ni.” Panggil Puan Puan Marissa memanggil anak
perempuan nya.
“Sekejap mami.. Aku tergesa-gesa mahu
turun ke bawah. Tiba-tiba aku tergolek ke bawah dan terhantuk di kabinet.
Mami!!! Jeritku. Ada sedikit darah di kepalaku. Lama-kelamaan aku tidak
sedarkan diri.
“Astagfirullalazim... Fea!! Mak Jah
tolong saya angkat Fea..” Kata Puan Marissa. Kemudian, Puan Marissa dan Mak Jah
mengangkatku sampai ke dalam bilikku. “Mak Jah pergi ambik air.” Arah Puan
Marissa. “Baik Puan.”
“Puan Marissa terus membasahi air ke atas
muka anaknya. Aku membuka mataku perlahan-lahan. “Puan.. Ada darah kat kepala
Fea.” Kata Mak Jah. “Mak Jah.. Tolong ambilkan kotak kecemasan. Saya mintak
maaf sangat-sangat sebab hari ni saya banyak menyusahkan Mak Jah.” Ujar Puan
Marissa. “Tak apa Puan.. Saya dah anggap Fea ni macam anak saya sendiri.” Balas
Mak Jah.
“Mami.. Fea kat mana ni?” Soalku. “Fea
kat rumah lah sayang..” Kata Puan Marissa sambil menyisir rambutku. “Mana Amir?
Mami.. Mana suami Fea!” Kataku lalu bangun. “Fea baru terjatuh dari tangga
tadi. Fea tak sihat lagi. Dah baik Fea berehat dulu..” Ujar Puan Marissa.
“Mami... Fea dah ingat semuanya. Fea dah
sembuh! Argh!! Kepala Fea pening!” Kataku lalu memicit-micit kepalaku.
“Apa? Betul ke Fea dah sembuh? Fea dah
ingat semuanya.. Alhamdulillah akhirnya.” Ucap Puan Marissa. “Kejap lagi mami
call Amir ya..”
“Danial, kau boleh tolong aku tak? Aku
sebernanya dah buat keputusan nak kahwin dengan Melissa tu. Tapi aku masih
sayangkan Sofea..” Kata Amir kepada sahabatnya, Danial itu.
“Dah tu, kau nak aku buat apa?” Soal
Danial.
“Aku nak kau tolong bagi idea kat aku.
Sebab sekarang aku tengah buntu.” Balas Amir.
“Okay sekarang ni kau cuba relaks dulu.
Kau cuba bincang dengan Sofea baik-baik. Pasal Melissa nanti aku settle kan
dia.” Getus Danial.
“Thanks bro. Aku dah agak. Kau mesti
pandai punya dalam bab-bab ni. Eh aku dengar cerita kau tak jadik kahwin dengan
Nadia? Apehal bro..” Ujar Amir.
“Biasalah.. Ni kan Danial! Tak adalah
weh.. Mak aku tu suruh aku balik London sebab katanya dia dah ada pilihan kat
sana. So, aku tak boleh tolak lah. Dah mak aku yang suruh. Aku tak nak jadik
anak derhaka.
Tapi serius weh, berat hati aku nak tinggalkan Nadia.. Aku
cintakan dia sangat-sangat.” Terang Danial.
“Sabar jelah weh.. Kau sendiri yang
cakap tak nak jadik anak derhaka. So, nak tak nak kena balik jugak lah. Dah lah
weh. Aku nak balik dulu. Boring ah lepak kat tempat ni. Tak ada function.”
Balas Amir.
“Eleh kau ni, tak ada function konon!
Kau jugak yang ajak aku datang lepak sini.” Keluh Danial.
“Alamak! Apehal mami call aku
malam-malam buta ni.” Desis Amir lalu menjawab panggilan telefon dari mak
mertuanya.
Waalaikumusalam, Ha mami ada apa call
Amir malam-malam ni?
Esok Amir free tak? Kalau boleh mami nak
Amir balik rumah mami sebab Fea ada kat sini.
Insyaallah... Tengok lah dulu macam
mana.
“Ohh dia ada kat sana rupanya.
Sebernanya esok aku memang cuti pun..” Getus Amir.
“Assalamualaikum...” Ucap Amir lalu
menekan loceng rumah keluarga Sofea. Kemudian, pintu pagar terbuka. Dia terus
masuk dan memarkirkan keretanya bersebelahan dengan kereta Myvi milik
isterinya.
“Waalaikumusalam, datang pun menantu
mami ni. Ingatkan tak datang tadi. Jemput masuk Amir..” Pelawa Puan Marissa.
“Thanks mami..” Ucap Amir.
“Mami.. Mana Fea? Tak nampak pun dia
dari tadi? Soal Amir memecah kesunyian sedari tadi.
“Ada dalam bilik. Sebernanya mami ada
benda nak bagitau Amir ni..” Sebernanya Fea dah sembuh. Dia dah ingat
segala-galanya.” Ujar Puan Marissa.
“Apa? Dia dah sembuh! Betul ke ni mami?
Jadi dia dah ingat siapa Amir.. Alhamdulillah. Mami, saya nak jumpa isteri
saya.. Izinkan Amir, mami?” Getus Amir. “Pergilah.. Fea kan isteri Amir.” Jawab
Puan Marissa sambil tersenyum.
“Boleh abang masuk?” Soal Amir sambil
mengetuk pintu bilik isterinya. “Masuklah..” Balasku. “Fea... Betul ni Fea dah
sembuh? Fea dah ingat siapa abang kan..” Kata Amir lalu memegang tanganku.
“Ya awak... Saya dah ingat
segala-galanya. Sebelum kemalangan tu, awak tidur dengan Melissa kan? Saya tak
sangka awak curang dengan saya. Lagi satu, haritu awak tuduh saya yang
bukan-bukan kan! Awak cakap saya ni sukakan Shahrul lah. Lepas tu awak ada
cakap, awak nak kahwin dengan Melissa kan? Awak suruh Shahrul ambik saya!
Sampai hati awak kan cakap macam tu. Saya tak sangka.” Ujarku. Air mataku deras
mengalir. Kali ini aku meluahkan segala-galanya yang tersirat di dalam hatiku
ini.
“Bukan macam tu sayang... Abang sengaja
cakap macam tu sebab nak cemburukan sayang. Sebab masa tu sayang macam tak ada
perasaan. Sebab tulah abang buat benda yang di luar kawalan abang.” Balas Amir
lalu mengesat air mataku.
“Jangan sentuh aku! Kau penipu! Boleh
lah kau bagi alasan macam-macam. Habis sebelum aku kemalangan tu apa? Aku carik
kau bagai nak gila! Tengok-tengok kau tidur dengan perempuan murahan macam
Melissa tu! Aku nak kau lepaskan aku.. Please! Aku merayu kat kau.” Ujarku.
Amir sudah tidak terkata apa. Dia hanya
mendiamkan diri sahaja. “Abang takkan lepaskan sayang walau apa pun yang
terjadi. Abang cintakan Fea. Kecuali ajal yang memisahkan kita.” Kata Amir.
“Aku pun cintakan kau! Aku cemburu sebab
tu lah aku tak nak kau curang. Aku sayangkan kau macam aku sayangkan nyawa aku”
Jeritku. Baru kali pertama Sofea melafazkan kata-kata cinta kepada suaminya.
Amir terdiam seketika. Dia terkedu Dia terus memeluk isterinya. Lama-kelamaan aku
tertidur di dalam dakapan suamiku.
Amir terus menghubungi Melissa.
Melissa...
Yes sayang! Ada apa call ni?
Sebernanya I nak cancel wedding kita.
What? You ulang sekali lagi!
I nak cancel wedding kita!
No! I takkan benarkan semua ni berlaku.
Why sayang? Kenapa you nak cancel wedding kita..
Esok jumpa I dekat tempat biasa.
Melissa terus mematikan talian. Mungkin
dia tersalah dengar. Tak mungkin Amir hendak batalkan perkahwinan yang
dirancang selama ini. Dia cukup menyayangi lelaki itu.
“Sayang.. Betul ke you nak cancel
wedding kita ni? Maybe I tersalah dengar kot..” Kata Melissa kepada Amir.
“Yes Melissa! Sebernanya I hanya berpura-pura
sayangkan you depan isteri I, Sofea sebab semata-mata nak cemburukan dia.”
Balas Amir.
“Sampai hati you kan... I tak kira! I
nak kahwin dengan you jugak.. Tak apa. I sanggup jadi isteri kedua you.” Getus
Melissa.
“Sebernanya I tak terfikir pun nak
kahwin dua atau tiga. You cakap jek, you nak apa.” Kata Amir.
I nak you lah sayang!
“No way.. I tau perempuan macam you ni
nak apa. Nah..” Kata Amir lalu memberikan sekeping cek bernilai dua ratus ribu.
“Dua ratus ribu je? Sebanyak ni maruah
I? Mana boleh sayang.. I nak you jugak! Getus Melissa.
“Kalau kau tak nak ambik cek ni tak apa.
Aku boleh bagi orang lain.”
“Yelah! Aku ambik! Aku takkan berdiam
diri Muhammad Amir Farhan.. Aku akan balas dendam!” Desis Melissa di dalam
hati.
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum ! Tinggalkan komen korang :)