“Sofea Elyna...” Panggil Amir. Dia
merenung aku lama. Selepas ingatanku pulih sepenuhnya, Amir membawa aku pulang.
Pada mulanya, aku menolak kerana pada masa itu aku tak dapat terima apa yang
Amir dah buat pada aku selama ini. Memang lah dia baik dengan aku. Tapi.. Dia
curang dengan Melissa. Isteri mana yang tak marah kan? Tapi sekarang aku dah
dapat terima hakikat yang Amir betul-betul sayangkan aku. Sayang ke? Hmm aku
tengok dulu permainan dia macam mana. Kalau dia masih curang, tengok lah aku
buat apa.
“Apa?” Jawabku pendek. “Kita kahwin dah
nak masuk lima bulan dah. So, abang ingat nak ajak sayang pergi honeymoon
boleh? Yelah sebelum ni abang sibuk dengan kerja jek kan. Lepas tu sayang
kemalangan. Lagi merana hidup abang hari tu.” Ujar Amir.
“Hah honeymoon? Nak honeymoon kat mana?
Saya sebernanya tak kisah pun.” Kataku.
“Paris.. Fea kan teringin nak pergi
Paris?” Balas Amir.
“Betul ni awak? Yeah! Awak... Saya nak
ingatkan awak perkara lama tak payah diungkit lagi. Lagipun saya dah lupakan
segalanya. Awak sibuk ke tak, saya tak kisah. Asalkan saya bahagia. Tapi kita
pergi honeymoon ni, bos awak tak marah ke? Habis kerja kita macam mana?”
Ujarku.
“Macam ni lah baru isteri abang... Fea
ni buat-buat tak tahu pulak. Abang kan bos! Fea setiusaha abang. Dah lupa ke?
So bila-bila pun abang boleh ambik cuti. Sekarang pun boleh..” Katanya.
“Ohh a’ah! Lupa pulak Fea.. Ish tak nak
lah sekarang. So, bila kita nak pergi ni?’ Soalku.
“Mungkin bulan depan. Nanti abang suruh
Kak Amira print kan surat cuti kita ya sayang?”
“Okay awak...” Balasku.
“Eh Melissa! Kau betul ke nak kan Amir
tu? Dia kan suami orang. Dan aku rasa kau tak layak untuk dia. Dia cuma
sayangkan Sofea je.” Kata Danial kepada Melissa.
“Hello! Siapa cakap aku tak layak untuk
Amir hah? Kalau aku cakap nak, nak lah! Aku dah nekad untuk dapatkan dia. Walau
apa pun caranya, aku tetap nak dia. Tak ada siapa pun yang boleh halang aku.”
Balas Melissa.
“Suka hati kau lah Melissa. Aku datang
sini cuma nak bagitau kau je yang kau takkan dapat Amir Farhan sebab perempuan
murahan macam kau memang tak layak!” Getus Danial.
“Hey berani kau panggil aku perempuan
murahan eh? Habis kau ingat perempuan selekeh tu taste dia? Entah-entah kena
kahwin paksa. Macam lah perempuan tu baik sangat! Setahun aku, dulu time kat
London semua perempuan yang cantik dan seksi macam aku ni sesuai untuk dia.
Tapi macam mana lah dia dapat perempuan yang skema macam budak tu.” Desis
Melissa.
“Kau mengata orang nombor satu. Habis
kau tu? Pakai baju tak cukup kain!” Balas Danial.
“Eh suka hati aku lah! Tapi aku nak
mintak tolong sikit boleh?” Ujar Melissa.
“Apa? Kali ni je aku dapat tolong kau
sebab minggu depan aku dah balik London.” Jawab Danial.
“Aku nak tau semua aktiviti dia. Please
Danial.. Kali ni je.” Ujar Melissa.
“Eh mana boleh sebab aku sekarang dah jarang lepak dengan
dia. Kalau kau nak tau pun nanti aku sms kau.” Kata Danial.
“Eh siapa pulak yang sms aku malam-malam
buta ni. “Danial?” Desis Melissa di dalam hati.
From
: Danial
Weh,
aq dgr Amir nk gi honeymoon ngn Sofea bln dpn. So, pndai-pndai kau lh nnti. Tpi
aq nk ingtkn kau jgn apa-apa kan diaorang sbb Amir kwn aq.
“Ohh nak pergi honeymoon rupanya. Macam
lah aku nak dengar cakap kau, Danial? Aku dah plan awal-awal nak kenakan
diaorang nanti.” Getus Melissa. Dia terus menghantar mesej kepada Adam.
To
: Adam
Biy,
I dgr Amir ngn Sofea nk gi honeymoon bln dpn. So sng lh keje kita nnti. Sok,
jmpa I kt tmpt biasa tau!
“Padan muka kau Amir!” Kata Melissa.
“Fea, dah kemas semua barang yang nak
bawak pergi Paris nanti?” Soal Amir.
“Dah. Semua Fea dah kemas.” Balasku.
“Nanti kita naik flight pukul 5.30
petang. So sekarang baru pukul 12 tengah hari. Sempat lagi lah kita jumpa
papa.” Ujar Amir.
“Hmm awak! Saya tak nak ikut lah sebab
saya nak jumpa Nadia kejap, boleh?” Soalku.
“Suka hati Fea lah. Abang nak jumpa papa
sebab nak bincang pasal kerja aje.” Kata Amir.
“Weh lama tak jumpa kau Nad.. Aku rindu
kau lah beb!” Kataku lalu memeluk sahabatku, Nadia.
“Aku pun rindukan kau.. Tapi tak logik
jugak kan?” Kata Nadia.
“Apesal tak logik pulak ni? Kau dah
kenapa?” Soalku.
“Yelah kita baru jumpa hari tu. Kau dah
rindu aku bagai. Macam mana kau dah berbaik dengan suami kau?” Ujar Nadia.
“Alhamdulillah dah.. Weh aku ada cerita
kat kau tak yang ingatan aku dah pulih?” Kataku.
“Hah yeke? Betul ni? Alhamdulillah! Cer
cerita..” Balas Nadia.
“Sorry hari ni aku tak boleh jumpa kau
lama-lama sebab hari ni aku nak pergi honeymoon dengan Amir.” Ujarku.
“Really? Wow bestnya.. Kau nak honeymoon
kat mana? Tak apa. Kau cerita sikit-sikit je dulu. Nanti ada masa kita jumpa
lagi.”
“Paris.. Sebernanya lepas aku jumpa kau
dulu, aku terserempak dengan suami aku. Kitaorang bergaduh then aku balik rumah
keluarga aku. Esoknya, aku jatuh tangga. Time tulah aku dapat ingat
segala-galanya. Doktor kata ingatan aku dah pulih.” Terangku.
“Alhamdulillah.. Weh aku rasa, aku pun
ada hal jugak ni. Okay lah, aku balik dulu tau. Bye Sofea!” Kata Nadia.
“Baby.. Macam mana dengan plan kita? You
dah upah orang culik perempuan tu?” Soal Melissa kepada Adam.
“Dah sayang... I dah upah 3 orang untuk
culik Sofea. Sekarang ni, I rasa diaorang on the way ke rumah Sofea. Lagipun I
rasa diaorang belum bertolak lagi.” Ujar Adam.
“Macam ni lah baby I...” Kata Melissa.
“Sebernanya aku just gunakan kau untuk dapatkan Amir. Sorry beb!” Desis Melissa
di dalam hati.
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum ! Tinggalkan komen korang :)