Tiga
bulan kemudian...
“Morning Sofea...” Tegur Shahrul. “Morning
Shahrul.. Dah lama rasanya saya tak jumpa awak kan.” Balasku. Aku terus
mengatur langkah ke pantry untuk membuat kopi. “Eh nak pergi mana tu? Saya
belum habis cakap lagi.” Getus Shahrul.
“Saya nak ke pantry kejap, nak buat kopi
untuk Encik Amir.” Pagi-pagi ni sedap minum kopi kan Shahrul..” Kataku.
“Ha’ah betul cakap awak. Hmm kenapa tak
buatkan untuk saya sekali? Saya teringin nak rasa kopi awak. Katanya sedap.”
Ujar Shahrul.
“Eh tak adalah! Saya buat 3 in 1 jelah..
Kalau awak nak nanti saya buatkan.” Balasku.
“Kak... Nampak Sofea tak?” Soal Amir.
“Rasanya tadi dia ada kat pantry..” Kata
Kak Amira.
“Hah buat apa tu...” Kata Amir mencelah
perbualan Sofea dan Shahrul.
“Eh abang... Sorry saya tak perasan awak
tadi. Saya tengah buat kopi lah.” Balasku.
“Ha’ah bos, Sofea tengah buat kopi untuk
bos lah. Dia cakap nanti dia nak buatkan untuk saya sekali.” Ujar Shahrul.
“Dah awak pergi sambung buat kerja awak
sana.” Kata Amir kepada Shahrul.
“Sayang... Malam ni abang nak bawak
sayang pergi ke suatu tempat yang paling sayang suka.” Kata Amir lalu mencubit
pipiku.
“Yelah abang. Nah kopi untuk Encik Amir
yang tersayang ni.” Ujarku lalu menghulurkan kopi kepada Amir.
“Sayangku Sofea... Letak kopi atas meja
abang.” Kata Amir lalu memegang tanganku. Dia merenung lama wajahku. Aku
tersenyum sendiri. Aku terus menarik tanganku dan pergi ke meja Encik Amir.
“Fea, jom keluar lunch dengan akak.”
Kata Kak Amira kepadaku yang leka menyiapkan tugasan pejabat.
“Kejap eh kak... Lagi sikit je ni nak
siap.” Balasku.
“Alah kerja tu boleh sambung kejap lagi.
Nanti perut lapar, siapa yang susah? Akak jugak..” Omel Kak Amira. “Yelah kak,
jom..” Jawabku pendek.
“Fea nak makan apa?” Soal Kak Amira. “Fea
nak nasi goreng paprik.” Kataku. “Kalau macam tu akak pun nak nasi goreng
paprik lah.” Kata Kak Amira. “Dik, nasi goreng paprik dua.” Kata Kak Amira
kepada pelayan restoran itu.
“Kesian
Encik Amir nanti..” Getus Kak Amira. “Kenapa pulak kak?” Soalku. “Yelah akak
keluar lunch dengan setiusaha dia a.k.a isteri dia yang cantik ni..” Ujar Kak Amira. “Dah tu kenapa kak?” Soalku. “Eh
buat-buat tak faham pulak dia. Nanti suami Fea cemburu lah keluar lunch dengan
akak ni..” Balas Kak Amira.
“Eh tak ada maknanya nak cemburu.
Bukannya Fea keluar dengan lelaki. Dengan akak je kot. Fea rasa Encik Amir pun
busy sekarang ni sebab papa bagi banyak kerja kat dia.” Ujarku. “Lah patutlah..”
Balas Kak Amira.
Selepas keluar lunch dengan Kak Amira,
aku terus menyambung kerja aku semula. Aku tengok suami aku nampak macam busy
sangat. Tak nak lah kacau dia. Kesian pulak. Ops! Aku lupa nak cerita tentang
Melissa yang gedik campur kejam tu, dia dah lama kena pecat. Padan muka! Aku
pun tak tau apa cerita dia sekarang.
“Hai...” Tegur Amir.
“Eh, Hai...” Jawabku.
“Busy nampak?” Soal Amir.
“Tak adalah busy sangat macam awak..”
Kataku sambil fokus kepada skrin komputer. Banyak pulak kerja hari ni.
“Jangan lupa pulak perjanjian kita malam
ni sayang...” Ujar Amir.
“Fea ingat lah sayang.” Kataku.
“Tak keluar lunch ke?” Soal Amir. “Dah
pukul berapa dah ni, nak lunch lagi. Fea dah kenyang dah sebab lunch dengan Kak
Amira tadi. Abang tak keluar lunch ke?” Soalku.
“Hmm abang belum lunch lagi lah sayang..
Jom lunch? Tak apa nanti Fea tak payah makan, biar abang makan sorang.” Kata
Amir.
“Haish terpaksa lah kena lunch dua kali.”
Desis aku di dalam hati.
Amir memandang wajah aku sambil
tersenyum. “Wah handsomenya suami aku ni! Kalau hari-hari dia senyum, boleh
cair aku..” Getusku di dalam hati.
“Wajahmu yang cantik sentiasa bermain di
dalam fikiranku. Bertuah aku dapat kau Sofea Elyna..” Desis Amir di dalam hati.
Aku membalas senyumannya. “Abang tak nak
makan ke?” Soalku memecah kesunyian dari tadi. “Tengok muka sayang dah buat
abang kenyang.” Balas Amir. “Ish ada-ada jelah abang ni. Makan lah. Nanti kang
perut sakit, Fea jugak yang susah nanti.” Kataku. “Kalau macam tu Fea suapkan
abang boleh?” Getus Amir. “Boleh aje. Meh sini Fea suapkan. Cepat nganga..”
Kataku lalu menyuapkan nasi goreng itu ke dalam mulut suamiku.
“Macam ni lah isteri abang.. Fea sayang
abang tak?” Soal Amir. “Mestilah sayang! Fea akan setia dengan abang sampai
hujung nyawa Fea.” Ujarku. “Betul ni?” Balas Amir. “Yelah sayang! Abang ni
macam tak percaya je..” Omelku seakan merajuk. “Abang suka tengok Fea merajuk..
Nampak comel sangat..” Kata Amir.
“Kalau macam tu, Fea nak merajuk
hari-hari lah dengan abang.” Omelku. “Eh mengada pulak dia.. Dah jom sayang,
kita balik office. Banyak lagi kerja abang belum siap.” Ujar Amir.
“Wah pantai! Fea suka sangat.. Macam
mana abang tau yang Fea sukakan pantai?” Soalku. Fea kan isteri abang..
Mestilah abang tau semua tempat favourite sayang. Abang sengaja bawak Fea
datang sini sebab abang nak luahkan segala-galanya kat Fea.” Ujar Amir.
“Ohh.. Serius, Fea memang suka sangat
pantai.. Thanks awak! Fea sayang abang..” Kataku lalu memeluk suamiku.
“Sebernanya abang nak bagitau Fea
tentang seseorang..” Kata Amir. “Apa maksud abang ‘seseorang’ tu?” Soalku.
“Sebernanya dulu abang pernah cintakan
seseorang masa abang dekat London dulu. Nama dia Ariana... Abang mahu
memperisterikan dia secara sah tapi dia curang. Dia curang dengan abang Fea!
Masa abang datang rumah dia, dia dengan orang lain. Hanya Allah swt je tau
betapa sakitnya hati abang ni. Sejak tu, abang tinggalkan dia. Abang jadi
playboy semata-mata nak balas dendam.” Terang Amir.
Aku terharu mendengar cerita suami aku
ni. Aku sudah tidak terkata apa. Aku hanya mendiamkan diri sahaja. “Lepas tu
apa jadik kat Ariana lepas abang tinggalkan dia?” Soalku.
“Itu abang tak tau. Sejak abang jumpa
sayang, abang terus jatuh cinta dengan sayang.. Hati abang kata hanya sayang
aje boleh bahagiakan abang. Abang akan setia dengan sayang sampai hujung nyawa
abang.” Kata Amir.
“Hmm habis tu kenapa abang tak jatuh
cinta kat perempuan-perempuan yang abang pernah couple tu?” Soalku.
“Tak sayang.. Abang sebernanya bukan
suka pun dengan perempuan tu semua. Semuanya sama.” Ujar Amir.
“Abang ni tak baik tau mempermainkan
perasaan perempuan. Habis Fea?”
“Fea lain.. Kan abang pernah cakap,
abang cintakan Fea sebab Fea berbeza dengan yang lain. Abang tau Fea ikhlas
dengan abang. Fea jujur. Sebab tu abang tak nak Fea curang. Abang tak nak Fea
jadik macam Ariana.” Kata Amir.
“Ye abang.. Fea takkan curang. Fea
sayangkan abang macam Fea sayangkan keluarga Fea... Fea harap abang takkan
ulang kesalalahan abang. Fea harap tak ada orang akan ganggu hubungan kita
lagi.” Ujarku lalu air mataku deras mengalir.
“I love you sayang!” Laung Amir lalu
memelukku.
“I love you too!” Balasku.
Ya. Aku sungguh mencintai Muhammad Amir
Farhan. Hanya dia suamiku, tiada yang lain. Hanya dia sisiku. Ya Allah,
kekalkan lah hubungan kami, Amin...
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum ! Tinggalkan komen korang :)