Aku
memandang wajah tiga orang penculik itu. Tiga-tiga sedang nyenyak tidur. Aku
cuba cari jalan keluar. Tapi.. Macam mana dengan keadaan aku yang terikat ini?
Aku cuba membuka tali ikatan. “Yes terbuka jugak!” Selepas itu, aku cuba
membuka ikatan di badanku pula. Alhamdulillah akhirnya aku bebas. Aku jalan
perlahan-lahan dan terus menuju ke tingkap yang berdekatan.
“Tapi tingkap ni kecik sangat. Macam
mana aku nak bukak eh? Hah ada pun!” Aku mengambil kerusi yang aku duduk tadi
dan terus memecahkan tingkap tersebut.
“Bunyi apa tu.. Ohh kau nak lari eh!
Guys perempuan ni nak lari..” Kata salah seorang penculik itu kepada dua orang
kawannya. Dia terus menarik tanganku dan mengikat semula seluruh badanku. “Kali
ni kau takkan terlepas. Weh Mat, kau pergi panggil Cik Melissa sekarang!” Ujar
penculik itu.
“Mana kau nak lari hah perempuan!” Getus
Melissa lalu menumbuk pipiku. “Sakitlah!” Kataku. “Mat, bukak ikatan ni
sekarang! Aku nak bagi pengajaran sikit kat perempuan ni.” Ujar Melissa.
“Adam? Kau pun sama?” Soalku.
“Tak guna kau Adam! Argh sakitlah! Kau
nak bawak aku pergi mana hah?” Soalku. “Pantai.” Kata Melissa lalu menolak aku
ke seberang laut. Aku lemas seketika. Kemudian, Melissa menarik rambutku dan
mencekik aku sepuas hatinya.
“Sayang.. Dah lah tu. Kesian pulak I
tengok dia.” Kata Adam.
“Kesian? Biar padan dengan muka dia!”
Balas Melissa.
“Tolong!!!” Aku menjerit sekuat hati
aku. Air mataku terus mengalir.
“Tak guna kau mintak tolong.. Aku akan
seksa kau sampai aku puas!” Getus Melissa.
Lama-kelamaan aku tidak sedarkan diri.
“Biy, tolong angkat dia. Kurung perempuan ni kat tempat tadi.” Ujar Melissa.
Aku membuka mataku perlahan-lahan. “Ya
Allah ujian apa yang sedang engkau berikan kepadaku ini.. Cekalkan lah hatiku
ini.” Ucapku di dalam hati. “Laparnya.. Dah dua hari aku tak makan.” Desis aku
di dalam hati.
“Abang tolong Fea... Fea rindu abang sangat-sangat!
Fea dah tak sanggup hidup dalam keadaan macam ni.” Getusku lalu air mataku
deras mengalir.
Amir cuba menelefon sahabatnya, Danial.
Nasib baik dia jawab panggilan aku.
Bro, tolong aku! Aku nak kau balik sini,
hari ni jugak! Bini aku kena culik weh..
Apehal ni weh? Bini kau kena culik?
Tak payah banyak tanya lah.. Aku busy
sekarang ni. Aku tengah carik bini aku, tapi semua tempat tak jumpa. Please lah
weh.. Aku betul-betul harapkan kau!
Okay okay! Petang ni aku bertolak. Kau
sabar dulu. Nanti esok kita carik dia sama-sama okay? By the way, kau tak
report polis ke?
Okay thanks bro! Penculik tu tak bagi
aku report polis. Dia nak duit tebusan.
Amir terus mematikan talian. Dia
menghembus nafas lega kerana Danial sudi membantunya.
Tweet
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum ! Tinggalkan komen korang :)