“Haa ni lah rumah kita..” Ujar Amir
kepadaku. “Cantik jugak rumah kita ni kan!” Selorohku. “Wah besarnya.. Tapi aku
nak tidur bilik asing-asing eh?” Sorry lah aku tak biasa lagi..” Ujarku. “Eh
mana boleh sayang... Fea kena tidur dengan abang. Selama ni boleh je Fea tidur
dengan abang? Tak ada masalah pun..” Getus Amir.
“Weh tu dulu.. Sekarang aku nak tidur
bilik aku sendiri. Faham!” Kataku. “Hmm yelah sayang.. Tapi untuk hari ni je
okay?” Ujar Amir. “Hah? Jangan harap! Bagi aku masa tiga bulan. Please!”
Getusku. “Kalau itu dah keputusan Fea, nak buat macam mana. Abang terima
jelah.” Ujar Amir. “Thanks abang! Macam ni lah baru suami Fea” Balasku. “Boleh
lah aku buli kau dalam rumah ni” Getusku di dalam hati.
“First time aku tidur dalam bilik ni
sorang-sorang.. Kenapa lah kau boleh berubah macam ni sekali. Aku nak isteri
aku yang dulu. Ya Allah kembalikan lah isteri aku yang dulu. Hmm..” Keluh Amir.
Dia memandang gambar perkahwinan mereka di atas meja. “Aku tau macam mana nak
kembalikan dia yang dulu. Confirm dia cemburu kalau aku bersama Melissa.”
Tepat jam 6 pagi, Amir mengejutku untuk
solat Subuh. “Fea.. Bangun sayang. Dah Subuh dah ni.” Ujar Amir. “Eh macam mana
kau boleh masuk bilik aku ni? Sorry lah aku tak boleh solat. A.B.C.” Ujarku.
“A.B.C?” Soal Amir bodoh. “Lahai takkan tak tau kot? Allah Bagi Cuti..”
Balasku. “Ohh sayang period eh?” “Yelah mangkuk! Tak payah tanya lagi!”
“Fea.. Hari ni abang dah start kerja.”
Kata Amir lalu duduk di atas sofa di sebelahku. “So what? Aku nak tengok tv pun
tak senang. Pergi lah kerja.” Balasku sambil menghirup air fresh oren. “Tak
abang ingatkan nak ajak Fea sekali. Please?” Kata Amir. “Hmm baru aku nak
tenangkan fikiran aku yang tengah serabut ni. Yelah aku ikut sekali..” Balasku.
“Weh kenapa kau tenung aku macam tu? Ada
yang tak kena ke?” Soalku apabila Amir memandang aku sebegitu. “Sebab hari ni
Fea cantik sangat. Terpegun abang.” Balas Amir. “Cantik ke? Aku rasa dah macam
badut dah bila solek macam ni. First time tau!” Kataku. “Yelah terkejut abang
sebab dulu bila abang suruh Fea ikut abang pergi kerja, Fea tak suka solek lah,
bagi alasan tak pandai bergaya lah.. Padahal masa tu abang dah belikan banyak
alat solek untuk isteri abang yang tersayang ni.” Terang Amir menceritakan
tentang aku yang dulu.
“Yelah.. Dulu aku lain sekarang aku nak
ubah penampilan sikit. Tapi serius aku tak ingat macam mana aku boleh mesra
dengan kau macam tu sekali.” Getusku. “Sebernanya abang nak jadikan sayang
sebagai setiusaha abang. Boleh kan?” Kata Amir. “Hah setiusaha? Tak nak lah!
Mana setiusaha kau yang sebelum ni?” Soalku. “Abang dah pecat dia sebab gedik
sangat. Selalu datang kerja lambat pulak tu.”
“Sayang... Baru hari ni I nampak batang
hidung you.. Lamanya you cuti. I miss you so much sayang..” Kata Melissa sambil
memeluk dan mencium pipi Amir.
“Melissa please.. Sorry I busy sebab
isteri I kan sakit.” Balas Amir. “Alah sayang.. Bila kita nak date lagi?” “I
rasa I dah terdelete number phone you. Boleh I dapatkannya?” Soal Amir. “Sure
sayang..” Kata Melissa.
“Aku rasa macam nak muntah hijau kat
sini.” Ujarku mencelah. Melissa yang perasan kehadiranku terus berlalu pergi dari
situ. “Siapa perempuan tu?” Soalku. “Ex girlfriend abang.. Tapi Fea jangan
risau sebab Melissa memang macam tu.”
“Aku rasa macam kenal perempuan tu. Tapi
kat mana eh? Ah sakit kepala aku!” “Fea kenapa ni?” Soal Amir. “Tak ada apa
lah.. Kau jangan risau. Kepala aku cuma pening sikit je.”
“Okay semua... Kenalkan ni setiusaha
baru saya. Lagi satu, awak semua tahu kan dia ni isteri saya? So jangan nak
menggatal dengan dia. Kalau tak.. “Kalau tak apa bos? Kata Shahrul mencelah.
“Kalau tak aku pecat kau.” Kata Amir. “Lawa jugak bini dia. Peduli apa aku kena
pecat. Banyak lagi kerja kat luar sana tu.” Getus Shahrul di dalam hati.
“Fea kalau ada apa-apa boleh tanya Kak
Amira. Kak Amira ni setiusaha papa saya.” Ujar Amir. “Ye Fea. Kalau ada apa-apa
tanya je akak.” Kata Kak Amira. “Okay Kak Amira.” Jawabku.
“Hai si cantik...” Kata Shahrul
kepadaku. “You nak apa? I busy ni.. Sorry tau.” Kataku. “Tak ada apa. Saja nak
tegur you. You ni cantik lah. Ada boyfriend tak?” Kata Shahrul. “You ni tak
faham bahasa ke yang I ni busy? Boyfriend? Kan Encik Amir dah cakap tadi yang I
ni isteri dia.” Getusku. “Alah busy konon. Takkan baru masuk, bos bagi banyak
sangat kerja. I nak ingatkan you, jaga-jaga dengan Melissa. Sebab dulu, Melissa
selalu goda husband you..” Ujar Shahrul.
“Kau jangan nak memandai-mandai eh
Shahrul. Kau pergi buat kerja kau sekarang!” Kata Amir mencelah. “Ye bos. Sorry
bos..” Ucap Shahrul.
“Sofea, Shahrul ada buat apa-apa kat
awak ke?” Soal Amir. Tak ada Encik.” Balasku pendek. “Kalau dia ada buat
apa-apa kat awak, bagitau saya. Faham?” Ujar Amir. “Faham, Encik.”
“Eh Encik Amir! Apa nama syarikat papa awak
ni?” Soalku.
“Kamal Holding. Sempena nama papa saya sebab papa saya yang
susah payah untuk mendapatkannya. Sebelum saya terlupa esok ada meeting. Benda ni
penting sangat. Ada projek besar katanya. So awak jangan lupa datang awal.”
Ujar Amir.
“Ohh macam tu. Kalau aku tak nak datang
awal macam mana? Hmm.. Untuk pengetahuan Encik Amir, bukan kita pergi kerja
sama-sama ke? So tak payah lah nak suruh aku datang awal bagai.” Getusku.
“Eh a’ah! Sorry sorry..” Jawab Amir.
“Sofea.. Ni ada dokumen yang Fea kena
buat. Lepas tu, akak nak Fea fotostat
kertas kerja ni. Faham tak ni?” Kata Kak Amira. “Faham kak.. Tapi nak
fotostat kertas kerja ni kat mana?” Soalku. “Ohh akak lupa nak bagitau Fea..
Mesin fotostat dekat sebelah sana tu haa.” Kata Kak Amira lalu menunjukkan
mesin fotostat kepadaku. “Okay thanks kak.” Ucapku. “Sama-sama.”
Setelah siap semua dokumen, aku menuju
ke mesin fotostat untuk fotostat semua kertas kerja yang Kak Amira suruh aku
buat. Tak susah pun sebernanya. Ni lah kerja yang paling aku suka buat. Tapi
sedang aku buat benda ni, aku terserempak dengan si Shahrul. Selalu jek
menyibuk.
“Eh
Sofea.. Buat apa tu?” Soal Shahrul. “Buat bodoh! Eh tak adalah.. Buat kerja
lah.” Jawabku. “Ohh boleh saya tolong awak? Saya tengah free ni..” Kata
Shahrul.
“Eh tak payah susah-susah! Dah nak siap
dah pun..” Balasku. “Malam ni awak free tak?” Soal Shahrul lagi kepadaku.
“Malam ni? Rasanya tak kut sebab saya ada hal. Sorry eh..” Ujarku. “Hmm tak
apalah kalau macam tu, lain kali aje lah.” Kata Shahrul.
“Aku tengok Shahrul tu lain macam je.
Dia pandang Sofea macam ada apa-apa je. Ni tak boleh jadik ni! Kalau dia
sukakan Sofea, habislah aku..” Getus Amir di dalam hati.
“Haa masuk...” Ujar Amir. “Encik.. Ni
dokumen yang saya dah siapkan dan kertas kerja ni saya dah fotostat kan tadi.”
Kataku. “Siapa yang suruh awak buat semua ni?” Soal Amir. “Kak Amira. Dia cakap
Encik Amir yang suruh saya buat.” Balasku. “Okay letak kat situ je. Awak boleh
keluar sekarang.” Ujar Amir.
“Eh perempuan! Mana Amir?” Soal Melissa
tiba-tiba mengetuk mejaku. “Kalau ye pun, bagi lah salam dulu. Ni tak. Main
redah aje pejabat orang.” Ujarku selamba. “Eh perempuan! Tak payah nak tunjuk
baik sangat lah.. Aku tanya mana bos kau?” Kata Melissa. “Dia tak ada! Puas
hati? Lagi satu, kau siapa nak sibuk carik dia? Encik Amir cakap hanya orang
yang buat appoiment dengan dia aje yang boleh jumpa dia.. Faham tak perempuan!”
Kataku. “Aku ni scandal dia! Dan kitaorang dah janji nak lunch sama. Kau tu
perempuan, sepatutnya tak layak kahwin dengan dia! Ni, aku yang sepatutnya yang
layak bukan badut macam kau!” Getus Melissa.
“Eh kesitu pulak dia.. Sebelum aku
panggil pengawal, baik kau blah!” Getusku. Aku terus menekan interkom untuk
memanggil pengawal. “Pengawal! Cepat datang sini..” Kataku. “Okay.. Kali ni kau
selamat. Lain kali jangan harap lah!” Ujar Melissa.
“Fea... Masak untuk abang boleh? Abang
laparlah sayang..” Ujar Amir kepadaku yang leka menonton rancangan Masterchef.
“Alah aku masak tak sedap lah..” Getusku.
“Abang tau Fea pandai masak.. Dulu abang
pernah rasa masakan sayang, sedap sangat..” Kata Amir. “Yelah aku masak tapi
kau jangan menyesal tau nanti?” Ujarku. “Abang janji takkan menyesal punya.”
“Dah malam-malam ni aku nak masak apa
eh?” Getus hatiku. “Hah aku ada idea!”
Malam tu aku masak nasi goreng kampung
dan membancuh air fresh oren. Siap! “Weh makan lah..” Pelawaku.
“Hmm sedap tak
aku masak?” Soalku. “Sedap sangat! Eh apesal pedas sangat ni? Air mana? Aku nak
air!” Jerit Amir. “Nah ni air.. Kan aku dah cakap jangan menyesal pulak. Aku
sengaja kenakan kau. Sorry sayang..” Kataku selamba. “Fea ni jahatlah. Tak baik
buat abang macam ni.” Kata Amir.
“Padan muka kau! Siapa suruh layan
Melissa tu lebih-lebih?” Getusku. “Biarlah.. Saya ingatkan awak tak jealous
tadi.. Jealous jugak awak eh!” Kata Amir lalu mencubit pipiku. “Ish apa ni main
cubit-cubit pipi orang!”
“Dah lah Amir.. Aku masuk tidur dulu.
Ngantuk! Good Night..” Ucapku. “Okay.. Good Night sayang.. Sweet Dream.” Ucap
Amir.
Tweet
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum ! Tinggalkan komen korang :)