“Ada apa Puan Aina datang ke rumah saya
ni..” Soal Datin Aisyah. “Macam ni Datin.. Saya merayu sangat kat Datin supaya
terima anak saya, Melissa sebagai menantu Datin.” Ujar Puan Aina.
“Apa awak cakap? Awak kan dah tau anak
saya sudah berkahwin dengan pilihannya, Sofea Elyna. Tapi kenapa awak degil
jugak? Dengar sini Puan Aina, saya takkan terima anak awak Melissa tu sebagai
menantu saya sebab awak sendiri tau yang dia tu terlalu bebas dengan cara
hidupnya.” Balas Datin Aisyah.
“Tapi Datin... Kalau saya tak kahwin kan
Melissa dengan Amir nanti dia ugut nak bunuh diri. Saya takut Datin. Saya tak
nak kehilangan anak saya.” Kata Puan Aina merayu-rayu kepada Datin Aisyah.
“Saya pun tak nak kehilangan menantu
saya. Menantu saya dah cukup baik dan sempurna untuk Amir. Saya bimbang Sofea
tak dapat terima hakikat yang dia akan bermadu. Macam ni lah Puan Aina..
Sebagai ibu, kita kena fikir dahulu sebelum membuat keputusan. Melissa boleh
cari ramai lagi lelaki dekat dunia ni. Maafkan saya kerana tak dapat memenuhi
kemahuan anak awak itu.” Ujar Datin Aisyah.
“Kalau macam tu, tak apalah Datin..
Terima kasih kerana sudi jumpa saya hari ni.” Kata Puan Aina.
“Amir.. Sebelum aku terlambat, aku nak
mintak maaf kat kau.” Kata Danial.
“Kau ni dah kenapa weh? Kau tak ada buat
salah kat aku pun. Buat apa nak mintak maaf.” Ujar Amir.
“Hmm.. Sebernanya Sofea kena culik
disebabkan aku. Sebelum kau pergi honeymoon tu, aku ada bagitau Melissa semua
aktiviti kau. Dia paksa aku weh. Aku rasa memang Melissa yang culik isteri kau.
Aku dapat rasakan dia berkomplot dengan seseorang yang kita sendiri tak tahu
siapa. Tapi sumpah weh, lepas aku bagitau semua aktiviti kau, aku dah tak masuk
campur pasal semua ni.. Lagi sekali aku nak mintak maaf kat kau Amir.” Terang
Danial.
“Betul ke apa yang kau cakap ni hah!
Sanggup kau tikam aku dari belakang eh? Sampai hati kau Danial! Aku tak sangka
yang kau akan buat semua ni. Tapi tak apalah. Walau apa pun, kau tetap kawan
aku. Aku memang dah agak. Ni semua kerja Melissa. Tak guna punya perempuan!”
Getus Amir.
“Hmm lebih baik kita report polis
sekarang. Sebab Sofea dah kena culik dua hari..” Ujar Danial.
“Nanti dulu, Danial.. Aku dah sediakan
duit tebusan tu. Aku nekad nak selamatkan isteri aku. Aku sayangkan dia. Aku
tak sanggup kehilangan dia!” Balas Amir. Eh kejap! Ada orang sms aku ni..”
Desis Amir.
Muhammad
Amir Farhan.. Mne duit tu? Dh 2 ari aq tunggu.
“Aku rasa Melissa yang hantar sms ni.
Dia ni licik! Dia guna nombor Sofea supaya orang tak kenal dia.” Ujar Danial.
Aq
akn bgi duit tebusan tu. Tpi kau bgitau aq kt mne aq perlu jumpa kau!
Dkt
hutan blkg Petronas, tepi sungai.
Ok..
Tpi kau kene janji ngn aq, kau kene bwk isteri aq sekali!
No
problem! Hmm ingat, jgn bwk sesiapa. Klau kau libatkan polis, siap kau!
“Weh aku gerak dulu...” Ujar Amir.
“Habis aku macam mana?” Soal Danial.
“Pandai-pandai kau lah.. Sebernanya aku
nak bawak kau sekali. Tapi dia cakap kalau aku bawak sesiapa nanti dia sakitkan
Sofea.” Balas Amir.
“Tak apa lah kalau macam tu..” Ujar
Danial.
Amir ternampak kelibat seorang perempuan
seksi dan seorang lelaki. “Kejap, lelaki yang berada di sebelah Melissa tu,
macam aku pernah nampak. Tapi kat mana eh?” Getus Amir.
“Sayang.. Hero kita dah datang.” Kata
Melissa sambil menepuk tangannya. “Mat, kau bawak keluar perempuan tu..” Ujar
Adam.
“Eh Melissa! Mana isteri aku? Kau dah
janji kan nak bawak dia.” Ujar Amir.
“Kau jangan risau.. Dia ada. Mana duit
tu?” Soal Melissa.
“Nah ambik ni! Mana isteri aku?” Kata
Amir lalu menyerahkan duit tebusan itu kepada Melissa.
“Abang! Tolong Fea abang!”
Jeritku memanggil suamiku.
“Fea!” Laung Amir.
“Tunggu dulu bro.. Aku rasa kau
tak layak untuk dia! So, tak guna dia hidup kat dunia ni lagi.” Kata Adam lalu
memacu pistol ke arahku.
“Tidak! Nur Sofea Elyna!” Laung
Amir lagi.
Adam hampir-hampir menembakku.
Namun gagal. Polis segera menembak Adam. Aku terus pergi ke arah suamiku dan
memeluknya. “Abang.. Fea sayang abang!” Getusku. “Selagi abang ada, sayang
jangan risau. Abang takkan benarkan sesiapa sakitkan sayang lagi...” Ujar Amir.
Aku menangis teresak-esak pada masa itu.
“Aku pelik. Siapa yang report
polis?” Desis Amir di dalam hati.
Melissa berjaya melarikan diri.
Dia tergamam. Orang upahannya telah ditangkap polis. Begitu juga dengan Adam.
“Nasib baik korang selamat.” Kata
Danial mencelah.
“Ohh rupanya kau lah yang report
polis? Bagus Danial.. Kalau tak aku akan hilang isteri yang paling aku cintai
ni.” Balas Amir lalu mencium dahi aku.
“Mestilah. Dah tanggungjawab aku.
Korang kan kawan aku jugak.” Jawab Danial.
“Tapi.. Melissa dapat larikan
diri.” Kataku.
“Biarlah dia.” Getus Amir.
“Nanti kalau dia ada rancangan
lain macam mana?” Soalku.
“Tau lah abang nak kerjakan dia
nanti.” Balas Amir.
“Weh, aku rasa baik kita bawak
Sofea ke hospital.. Aku tengok Sofea macam kena pukul je. Tengok muka dia macam
tak bermaya kan.” Kata Danial.
“Hmm sayang cakap betul-betul,
Melissa ada pukul sayang tak?” Soal Amir.
“Ye bang.. Dia seksa Fea. Fea dah
dua hari tak makan. Fea dah tak sanggup lagi.” Kataku lalu pengsan.
“Fea!” Jerit Amir lalu mendukungku.
Amir dan Danial terus membawa
Sofea ke hospital. “Walau apa pun yang terjadi aku akan tetap setia bersamamu
sayang..” Desis Amir di dalam hati.
Tweet
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum ! Tinggalkan komen korang :)