“Kau penipu!” Jerit Melissa. Habis
berkecai cermin di dalam biliknya. Dia mengambil serpihan cermin itu dan menoreh
tangannya hingga berdarah.
“Ya Allah Melissa! Kau buat apa ni nak..
Berdosa tau tak kau buat macam ni!” Kata Puan Aina kepada anaknya. “Bawak
mengucap sayang..” Dia terus memeluk anaknya itu. “Mama... Dia tipu Lisa ma!
Dia tipu Lisa!” Jerit Melissa lagi.
“Lisa dah gila ke! Siapa yang tipu anak
mama ni?” Soal Puan Aina.
“Amir, mama! Dia kata nak kahwin dengan
Lisa, tapi dia tipu.. Dia tu bodoh! Sayang sangat kat bini dia tu..” Ujar
Melissa.
“Lisa.. Jangan macam ni nak. Lisa kena
terima kenyataan yang Amir dah kahwin. Dia dah ada isteri. Cantik pulak tu.
Ramai lagi lelaki yang handsome kat dunia ni.. Ataupun mama boleh kenalkan
dengan anak lelaki kawan-kawan mama.” Kata Puan Aina.
“Lisa tak kira! Lisa nak Amir jugak..
Mama tolong lah Lisa ma. Kalau tak, Lisa nak bunuh diri!” Kata Melissa.
“Astagfirullahalazim! Jangan jadi murtad
Lisa.. Jangan kerana seorang lelaki Lisa boleh buat kerja gila ni! Bunuh diri
tukan dosa besar..” Ujar Puan Aina.
“Kalau mama tak nak Lisa bunuh diri,
mama kena tolong Lisa.”
“Puteri Melissa, anak mama.. Anything
untuk anak mama ni sentiasa boleh sayang.” Balas Puan Aina.
“Lisa nak mama merayu kat Datin Aisyah
tu supaya Melissa boleh kahwin dengan anak dia.” Kata Melissa.
“Okay mama janji. Mama akan merayu dekat
Datin Aisyah tu ya sayang? Dah jangan nangis lagi. Dah tak cantik dah anak mama
ni. Dah solat Zuhur belum? Pergi solat dulu.” Ujar Puan Maria. Puan Aina terus
meninggalkan anaknya sendirian.
“Solat? Baik aku keluar pergi club. Lagi
bagus. Lagi hilang stress.” Desis Melissa.
“Hello miss beautiful...” Kata Adam
kepada Melissa yang sedang leka menari. “Yes, anything?” Soal Melissa. Adam
terus memeluk gadis itu dan mencium bibirnya. “You are so beautiful! Can I have
you number phone?” Soal Adam. “Sure. Sebernanya you nak apa?” Kata Melissa.
Adam terus menarik tangan Melissa dan
menuju ke hotel berdekatan. “Sebernanya I dah lama perhatikan you kat sini.”
Ujar Adam. “So?”
“So, you ni mesti ada apa-apa hubungan
dengan Amir kan? Sebab I pernah nampak you dekat hotel ni dengan dia. Then masa
kemalangan Sofea hari tu pun.. Kejap, kejap! “Macam mana you tau tentang
kemalangan Sofea?” Soal Melissa. “Kalau you nak tau sebernanya I lah yang
langgar Sofea.. I nak balas dendam dengan dia.” Balas Adam.
“Ohh.. Hmm sebernanya I pun nak balas
dendam kat Amir. I geram sangat dengan dia tu! Sayang sangat dengan bini dia
tu.. So sekarang nasib kita sama lah kan!” Kata Melissa lalu meraba tangan
Adam.
“Malam ni you temankan I boleh tak?”
Soal Adam. “Boleh aje.. Eh lupa pulak I nak tanya nama you. Siapa nama you?”
Kata Melissa. “Adam, and you?”
“Melissa..” Jawab Melissa. “Ohh sedap
nama you..” Balas Adam. “Sebernanya I ada rancangan nak kenakan diaorang..”
Kata Melissa.
“Apa rancangan you tu?” Soal Adam.
“Apa kata kita upah orang culik Sofea? I
teringin nak tengok Amir tu merana tanpa bini dia. Lepas tu, kita boleh lah
mintak tebusan. Kalau ikutkan hati I, I nak bunuh aje terus perempuan tu.”
Terang Melissa.
“Bagus jugak rancangan you tu. Hari tu I
langgar dia, tak mati pulak tu. Hmm I setuju dengan rancangan you tu!” Balas
Adam.
Melissa hanya mendiamkan diri sahaja.
Dia tersenyum sendiri. Lama-kelamaan dia terlelap di dalam dakapan Adam.
Bahagia kah dia? Akhirnya dia dibuai mimpi bersama Adam.
Tweet
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum ! Tinggalkan komen korang :)