Wednesday 29 May 2013

Tips : Follower Meningkat !

Assalamualaikum & Hye korang ! Ira tengok dah malam-malam macam gini pon ramai yang still online fb , twitter , blog & whatever . So sekarang ni Ira nak bagi tips tentang follower meningkat ! Kalau korang nak tau macam mane caranya , bace lah tips-tips ni okey ? :)

First sekali korang kena letak button "follow" . Ataupun korang letak follower widget yang comel tu .. Kalau tak letak , nanti susah pulak Ira nak follow blog korang kan ? Then korang kena lah rajin-rajin blogwalking ke blogger yang lain .. Tapi yang paling best korang kena letak Cbox or Shoutbox untuk memudahkan blogger say "hello" kat korang . Paling tak pun Ira tengok kat blog Ira , diorang cakap singgah sini je .. Jangan pulak cakap hye jek ea ? Lepas tu korang kenalah rajin komen dekat post entry diorang . Ira pun tengok entry diorang tu macam mane dulu .. Baru Ira komen , korang kenalah cuba ye :) Kalau korang nak buat tutorial & freebies sendiri , lagi diorang suka ! Tapi buatlah tuto yang best-best okay ? Korang kena try jangan takut :)

Okey korang dah bacekan tips-tips dia ? Sekarang Ira nak kasi link group blogger yang still aktif .. Kalau korang ade masuk group ni , rajin-rajin lah post kan entry baru korang ke , promote blog ke & whatever ! Yang penting ade orang nak follow blog kita awak !

-Girls Blogger
-Cool Blogger
-Buddies Of Twitter & Blogger
-Kami Blogger !
-Blogger Ping
-Geng Blogger Malaysia
-Mr. and Mrs Bloggie
-Blogger Terhebad !
-Sembang Blogger
-Kongsi Link Belog
-Geng-Geng Blogger
-Bloggerzzzz
-Kami Blogger Malaysia
-Santai Blogger
-Kelab Blog 1 Malaysia
-Komuniti Gila Blog
-Blogger Kawai
-Kelab Blogger
-Blogger-Blogger
-Blogger Y
-Geng Blogger

Okay dah !!! Rasenya tu jek yang Ira boleh senaraikan .. Sebab banyak sangat wey :) Ira harap korang enjoy blogwalking tau :) Then tak lupa , Ira akan doakan follower korang akan meningkat secara mendadak ! Macam Ira jugak , mula-mula siket .. Bila dah lame-lame ni tetiba naik pula jadi 100 lebih .. Thanks much my follower ^_^




Sunday 26 May 2013

Tips : Mencantikkan Blog

Assalamualaikum & Good Morning .. Pagi-pagi buta ni Ira nak share dengan korang tentang Tips Mencantikkan Blog . Enjoy reading ^^


Member-member Ira yang merupakan newbie dekat blog ni selalu tanya Ira macam mane nak letak header lah , nak letak itu lah ini . So sekarang ni Ira bagi tips sikit okey ? Dalam mengedit blog memang kena bersabar sikit kalau tak nanti tak jadi .. 

Tips :

1. First korang kena tahu cara memilih warna background . Pilih background yang simple tak serabut . 

Contohnya macam ni :

Kalau korang pilih background polkadot pastikan ia bersesuaian dengan blog korang . Kalau warna background lain , sidebar , lain , warna-warni ? Ira cadangkan korang buat satu warna je . Lagi sedap mata memandang .


Background ni dah cantik tapi Ira tengok macam serabut sangat . So jangan pilih background macam ni okey ? :)

2. Header 
 Kalau korang nak tau , header pon memainkan peranan dalam blog korang tau ! Kalau takde header nanti tak menyerlah .. So Ira nak cadangkan korang pilih header yang comel-comel . Macam ni :




Kalau korang nak design sendiri cuba lah install Photoscape atau Photoshop ? Maybe diaorang ni boleh tolong korang design header sendiri . 

3. Warna Tulisan Entry
 Especially warna hitam lah . Tulisan yang warna-warni bagai ? Bolehh tapi kenalah pandai pilih warna . Jangan pulak pilih warna yang terang sangat ! Nanti sakit pulak mata nak membaca blog korang .. Contohnya warna kuning . Tapi Ira cadangkan korang pilih warna hitam je lah .. Senang pembaca nak baca blog korang .

4. Tutorial
Banyak sangat tutorial yang boleh ajar korang untuk mencantikkan blog . Try cari kat google .. Dulu pun Ira cari kat Google . Then mase blogwalking  terjumpa pulak tutorial blog Kak Lyssa . Tutorial dia semua power-power !! Alah korang tak payah pergi jauh-jauh , pergi tengok Tutorial  blog Ira aje .. Ade lah sikit-sikit yang Ira boleh ajarkan korang . Seriusly Tuto Kak Lyssa memang banya berkesan . Ni Ira nak senaraikan name blog yang buat tutorial berkesan : 

Rasanya tu jek kut yang Ira ikut tutorial diaorang . Percaye lah diaorang buat tutorial memang best ! Tapi kalau korang malas sangat ,singgah page blog Ira je ..

5. Sidebar

Haa ! Sidebar pon memainkan peranan yang sangat penting tau .. So untuk nampak sidebar korang nampak kemas lagi teratur letak border pada sidebar korang . Boleh search tutorial kat Google. . Banyak wey !

Ok lah rasanya ni je kut yang Ira boleh share dengan korang . Insyaallah nanti Ira buatkan tips lagi untuk korang .. *Kalau free lah ! hehe :)




Hang lagi :)

Assalamualaikum & Hye !

Sorry lah Ira dah lame tak update sebab busy dengan buat novel .. Hari ni Ira nak share dengan korang pasal Ira hang dengan member Ira lagi dekat Plaza Angsana pulak . Best tu memang lah best kan ? Jom tengok gambar-gambar yang comel-comel dekat bawah ni ! :) Comel tak Kak Ton ? hehe



Ni mase sebelum pergi :)


Ni Ira amik pic mase tengah naik eskalator ^_^


Ni time karoke dekat My Box .


Hidayah :*


Wina :)


Hee :D

Tengah nyanyi :)


With Haziqah , dia cantik semalam ^_^


Sedap jek diorang makan . Makanan Ira belom sampai lagi , hehe ^^


Hidayah & Wina :) 

Okey sampai sini jek nak share :) Alah nanti minggu ni Ira nak pindah dekat Nilai , Seremban . Ni lah kali terakhir jumpa diorang ni .. Hmm :( 










Wednesday 22 May 2013

Itu Semua Kisah Saya

Assalamualaikum ! Malam ni Ira nak ceritakan semua kisah Ira . *Tak lah sampai semua , sikit-sikitlah .. Ira ni jenis yang pendiam , pemalu orangnya . Maybe kalau jumpa dengan member baru peramah kot .. Kadang-kadang orang kate Ira ni terlebih "sporting" Sebab kalau Ira mula bercakap nanti macam-macam soalan yang Ira nak tanya . Sampai bosan member Ira ! hehe  Pemalu ? Itu sikitlah sebab Ira ni mane malu sangat ! Seterusnya , Ira nak bagitau yang Ira paling benci kalau asyik kena ejek . orang tipu kita then buli-buli kita .. Kalau pasal ejek , Ira tak kisah sangat sebab dah lali dengan benda tu . Yelah , kat rumah , sekolah dah biasa kena ejek . Ira nak nasihat kat korang sikit , kalau orang kutuk or bash kita , jangan lawan but diamkan diri aje .. Dapat ? Ni Ira amik kat status facebook . Bace macam best jek status ni , terus update lah !

Kalau yang jenis suka melawan lain lah .. Sebab Ira ni bukan yang jenis suka melawan !  Nanti kalau kita lawan , makin suka pulak orang tu nak buli kita . Then Ira nak cerita sikit pasal tak suka make up .Yup memang Ira ni tak suka bermakup bagai ni .. Tu pon pakai bedak je . hehe Mak Ira pon cakap Ira ni tak suka bergaya . Tu dulu ! But sekarang dah lain dah .. Dulu , Ira nampak macam selekeh sikit .. Now , Ira cuba nak berubah dengan cara tersendiri . Tak perlu lah kot nak ikut gaya orang . Sorry lah untuk sesiapa yang selalu kutuk Ira "Selekeh , Busuk ! Tak baik tau ..  Kalau kena kat diorang baru padan muka . Astagfirullahallazim ... Siapa yang selalu cakap macam ni akan terima lah padahnya .

Sombong ? No , never ! Ira tak sombong tapi cuma malu nak tegur orang tu .. Okaylah setakat ni jek nak share kisah Ira :) Okay lah bye . Kalau nak tau kisah Ira secara ringkas , boleh pergi kat sini .

Segmen Jom Kenali Blogger Baru


Assalamualaikum , =)

See lama tak update kan ? So sekarang ni Ira nak share satu segmen iaitu "Segmen Jom Kenali Blogger Baru ." Sebernanya bukan untuk blogger baru je but for all blogger jugak .. Segmen ini membantu korang kenal mengenali blogger di antara satu sama lain lah . Menarik kan ? So Ira harap boleh menang dalam segmen ni !! Amin :)


Ok , inilah banner nya ! Walaupun simple tapi bagi Ira , cantik ;)

Hadiah :

Review Blog (4 blogger)
Sebuah buku/novel (1 blogger)
Free Banner (1 blogger)
Free desktop wallpaper (1 blogger)

Tekan sini sayang :) Kalau nak tau lebih lanjut lagi ..














Sunday 19 May 2013

I Love You Much Crush !

Hai Assalamualaikum ! Apa cerita korang , sihat ? Alhamdulillah Ira pon sihat jugak :) Hemm apelah kita ni asyik post pasal crush jek kan ! Huh sebernanya baru je baca blog Syasya . Tu yang terdetik hati nak tulis pasal ni .. Kalau lah Ira ni cantik macam dia ;) hehe Crush Ira ni sebernanya pendiam .. Yelah member Ira cakap yang dia ni kalau suka seseorang dia pendam dalam hati ! Kan best kalau dia pon suka aku .. ^_^ Macam Sya jugak , kitorang asyik berpandangan mata jek .. Yang paling sweet sekali bila Ira pernah berdua dengan dia . Macam pernah diceritakan dulu dekat post lama . Crush Ira ni handsomee tau !! Dalam satu hari , Ira rase maybe ramai budak perempuan melting dekat dia . Termasuk lah Ira sendiri :) Cuma dia cakap kat Ira , "aku yang dah besar-besar ni pon , takde awek lagi tau !" Hah ? Tak percaya kitaa dibuatnya .. Tapi sejak kebelakangan ni asyik nampak dia jek .. Bila Ira perasan yang dia tengah pandang Ira kan , Ira pon ape lagi terus pandang dia balek .. So eye to eye lah ! hehe . Seriusly Ira melting giler tau tengok dia senyum . But yang paling Ira jeles bila tengok dia senyum & ketawa dengan perempuan lain ..

Nak tau siapa name dia ? Hehe korang teka lah sendiri :P Lastly , Ira cuma nak cakap yang I Love You Much Crush :*

Saturday 18 May 2013

Mereka Dah Insaf :)

Assalamualaikum & Selamat Malam !

Ira terharu sangat sebab ade member macam diorang . Walaupun dulu diorang selalu sakikan hati Ira tapi sekarang diorang mintak maaf kat Ira .. Nak tau ape yang diorang cakap kat Ira ? Nie yang tak sabar nak cerita ni ! Tadi Ira ade terbaca status salah seorang member Ira , dia cakap "suka seseorang" . Then Ira ade nampak diorang comment-comment pasal Ira .. Tapi ade sikit kutuk-kutuk lah . Lepastu Ira pon ape lagi , terus comment lah then cakap , hah korang kutuk-kutuk aku eh ! Eh lupa pulak nak mention diorang dalam blog ni . Lelaki lah -,- Amirul & Nazmie a.k.a Amirul Nazmie . Amirul cakap bukan .. aku gurau je lah . haha .. Then Nazmie pon cakap , sorry lah Nadhira , aku pon gurau .. Hehe bila tengok diorang macam ni , nak gelak pulak ^^ But takpelah Ira besyukur sebab doa Ira kat diorang selama ni makbul jugak .. Tak taulah diorang insaf betul ke tak . Yang penting Ira tau , diorang kan member Ira jugak .. Okay lah setakat nie jek nak share ! Babai :)

Novel Ira - Cinta Kau Dan Aku

Assalamualaikum & Selamat petang .

Hari ni Ira nak share dengan korang tentang novel favourite Ira . Nak tau ape tajuknya ?





Cinta Kau Dan Aku  lerr , Novel Hot kat Malaysia ni .. hehe

Korang nampak tak ada "Best Seller" Kat atas tajuk tu ? Of course lah sebab ramai sangat orang yang beli novel ni termasuklah Ira sendiri . Mula-mula Ira nak novel lain .. Tapi mak Ira kate mahal tu yang dia pilihkan novel ni .. Okay , kita tengok gambar kat bawah ni pulak .











Sinopsis :


"Apa jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat, kau tu jantan ke. Nak jadi driver," marah Mak Timah.
"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikan awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" soal Farish Hakimi dengan wajah serius.
"Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang."
Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya ? 


Okay lah yang lain tu korang boleh baca sendiri .. Cerita ni memang best tau ! Siti Rosmizah memang pandai menulis :) Bila baca novel ni kan , Ira rasa macam asyik nak ketawa jek . Yelah kadang-kadang nak nangis jugak bila Farisya ditinggalkan oleh suaminya . Kena fitnah dengan adik ipar sendiri . Kalau korang baca last sekali memang  sweet giler ! ^^

Sumber : Novel Cinta Kau Dan Aku , Internet .








Thursday 16 May 2013

I Miss Him .

Assalamualaikum & Salam Jumaat .



Sorry lah kalau pic ni sexy sangat . Encik Google ni memang -,- hehe Okay back to the topic , Sebernanya Ira rindu sangat dengan dia . Actually kitorang tak couple pon cuma Ira ni jek yang anggap dia crush . Yelah Ira tak mengharap sangat pon nak jadi girl dia . Just suka-suka jek ..  Ira rindu sangat dengan perangai dia yang dulu . Ira tak benci pon dengan dia tapi makin lama makin suka kat dia . Perasa kejap -,- Memang Ira ni kadang-kadang suka perasan tapi adakala perasan aku ni betul-betul jadi !

I Miss Him !!! Bye :)

Story About My Dream Last Night

Assalamualaikum , Sorry lah Ira dah lame tak update sebab sibukkan tutorial & Malas punya pasal !! No idea .

Nak tau tak kenapa topic post hari ni lain macam ? Sebab sejak kebelakangan ni kita banyak mimpi ngeri . Tu yang kadang-kadang malas nak tidur kan .. Ira tak tau lah nak cakap apa lagi memang seriusly mimpi-mimpi yang kita mimpikan ni semua pelik-pelik & ngeri . Dulu lainlah , Ira selalu mimpi pasal si "dia" . Sekarang dah kurang . Mentang-mentang lah aku nak pindah !  Hari tu dalam minggu ni jugak lah , Ira ade mimpi pasal member kita (lelaki) nak bunuh Ira . Pelik kan ? Ira tak boleh nak lupakan mimpi tu sebab itulah first time Ira mimpi pasal bunuh . Dalam mimpi tu , Ira nak selamatkan member kita (perempuan) . Dia tengah gaduh dengan lelaki tadi . Ira fikir nak halang lah kan ? Tetiba Ira pulak yang kena . Boleh ea dia tumbuk kita then dia nak jatuhkan kita dari tingkat tiga . Ape lagi , mula-mula Ira lawan lah ! Kita nak tunjuk kuat lah sangat , time kita nak jatuhkan dia tu yang dia geram sampai nak tolak Ira sampai bawah . Ira tawakal jek masa tu . Ira fikir , sampai sini ke aku hidup ? Takkan lah aku nak mati kat sini .. Ira ade perasan jugak satu sekolah menjerit pasal kitorang . Time tuh cikgu tak boleh buat ape . Cikgu tengok aje perbuatan lelaki tadi kat Ira . Last , baru cikgu bertindak . Dia panggil polis untuk halang lelaki tadi . Nasib baik polis sempat selamatkan Ira kalau tak mati kita kat situ .. But Ira pon nyaris-nyaris nak jatuh dari tingkat tiga tu . Alhamdulillah nasib baik mimpi then mimpi lain pulak yang keluar . -Tamat- hehe macam drama lah pulak ^_^

Okay dah bacekan mimpi yang pertama ngeri ? Sekarang kita nak share pulak mimpi yang seterusya .. Ni mimpi semalam tau . Kali ni Ira nak ringkas kan je , malas nak panjang-panjang . Nanti kang korang bosan pulak :)  Mimpi semalam ni Ira gaduh dengan .......... Tak nak lah cerita sebab takut ! Mimpi ni bestiez Ira jahat sebab dia bagitau crush Ira yang kita suka dia . Malu sangat wey !! Kita ade dengar yang crush Ira tu cakap ape entah . Lupa pulak ! Pasal gaduh tu bukan orang tau tapi makhluk ghaib iaitu syaitan . Sebab tu Ira malas nak cerita , seram weyh -,-  Hari ni mak Ira kejut pon , kita macam malas then penat sangat ..

Kita rasa dah terlebih ringkas dah ni ! Okay lah cau dulu :) Assalamualaikum & Salam Jumaat ^^



Monday 13 May 2013

Tuto : Blockquote Comel

Assalamualaikum ,

Aduhai , ngantuknya mata ni .. Tapi tak boleh tidur lah pulak ! Okay sekarang ni Ira nak ajar korang macam mane nak buat blockquote yang comel . Okay fokus !

1. Dashboard > Design > Edit Html
2. Tekan Ctrl + F , cari code ni :


/* Headings
3. Dah cari , copy code kat bawah ni pulak then paste kan kat bawah  /* Headings


blockquote {
background:#FFEAEA;
padding:5px;
border-top: 1px solid #C7A2A2;
border-bottom: 1px solid #C7A2A2;
border-right: 10px solid #C7A2A2;
border-left: 10px solid #C7A2A2;
colour:#FFFFFF;
margin: 1em 20px;
-webkit-transition: 0.5s;}
blockquote:hover {
-webkit-transition:0.5s;
background:#FFC9D7;
border-top: 1px solid #FFBABA;
border-bottom: 1px solid #FFBABA;
border-right: 10px solid #FFBABA;
border-left: 10px solid #FFBABA;
-moz-border-radius-topleft: 10px;
-moz-border-radius-bottomright: 10px;
margin: 1em 20px;
}
Warna Merah : Tukar colour background yang korang suka . Tak nak tukar lagi bagus .
Warna Biru : Tukar colour border yang korang suka .
Warna Hijau : Warna blockquote korang .
Warna Purple : Tukar ikut kesukaan korang okay .

4. Preview dulu , tengok jadi ke tak . Kalau jadi , bagus !
5. Dah jadi , Terus SAVE !

Good Luck ! :)

Tuto : Scroll Bar #2

Assalamualaikum & Selamat Malam guys !

Malam ni Ira tak boleh tidur tu yang teringin sangat nak buatkan tuto ni untuk korang .. Okay jom fokus !

1. Login > Dashboard > Template > Edit Html
2. Tekan Ctrl + F , cari code ni :

/* Header
3. Lepas copy code kat atas tu , Then copy code kat bawah ni pulak .

 ::-webkit-scrollbar {
height:8px;
width: 8px;
background:#FFEBFF;
}
::-webkit-scrollbar-thumb {
background-color:#E8A8FF;
-moz-border-radius: 10px;
border-radius: 10px;
}
.awesome {
text-align: center;
margin-top: 200px;
-webkit-transition:1s;
}
.awesome:hover {
opacity:0.8;
-webkit-transition:1s;
padding-left:50px;
}
Warna Biru : Boleh tukar megikut warna kesukaan  background korang .  Tak nak tukar pon boleh !
Warna Oren : Boleh tukar ikut suka korang okay . Tekan sini

4. Dah copy , paste code di atas sebelum code  /* Header  tadi .
5.Preview dulu . tengok jadi ke tak . Dah jadi , Good !!

Pesanan Dari Ira : 


  • Sebelum buat tutorial ni baca Bismillah banyak-banyak tau ! 
  • Pastikan korang copy code tu betul-betul . (Full)
  • Kalau tak menjadi tu mungkin korang ade salah kat mana-mana . Ataupun inform Ira okay ? :)


Happy Birthday Hidayah

Assalamualaikum & Selamat malam !



Malam ni Ira nak share pasal Bestiez Ira iaitu NurHidayah Haziqah bt. Mohd Yunus . Yelah hari ni kan birthday dia . Dah 14 tahun dah dia .. Kita bila lagi ? hehe lambat lagi ! Hidayah ni baik orangnya . Dah lah cantik kan ? Tengok manis jek senyuman dia , hehehe . Tengok lah siapa kawan dia ^^ Untung kan siapa dapat dia .. Okay lah ni je dapat share . Happy Birthday to you !! May Allah bless you :)

Tuto : Blogskin

Assalamualaikum & Hye guys !

Sebernanya Ira rindu sangat kat korang .. Yelah dah lame tak blogwalking . So sekarang ni rajin pulak kita nak buatkan tuto "blogskin" untuk korang okay :)

1. Login > Design > Edit Html
2. Dekat ruangan tu , scroll bawah sikit sampai korang jumpa Revert To Classic Template .



3. Ok lepas korang dah click . Save ok :)
4. Then , buka new tab dan terus ke blogskin . Tekan sini .
5. Dah tekan , korang pilih lah template yang berkenan . Lepas tu , korang scroll sampai bawah dan click Blogger Main .



6. Dah click then dia akan terus download masuk pc/laptop korang kan ?
7. Dah habis download , click dekat file yang di download tadi .
8. Bila dah click ,  dia akan keluar document Notepad kan ?



9. Korang tekan Ctrl + A  and copy semua benda yang ada dalam notepad tu . Pastikan semua tau nanti tak jadik pulak .
10. Korang masuk balik blog korang and Click Design > Edit Html
11.Delete semua kod kat dalam ruangan Edit Html  tu then paste kod yang korang dah copy tadi .



12. Dah jadi , Terus Save !! Da siap ^^

Boleh tengok freebies di bawah ini :




Preview  / Download

Skin screenshot

Preview / Download

Skin screenshot

Preview  / Download

Okay lah setakat nie jek boleh bagi .. Malas nak copy banyak2 :P hehe enjoy !!





Friday 10 May 2013

Tuto : Scroll Bar

Assalamualaikum , sihat ?

Hari ni kita tersangatlah rajin bangun pagi-pagi buta ni sebab nak buatkan tuto scroll bar untuk korang . Rajin kan ? hehe . Okay back to topic , senang jek ni !

1. Login > Dashboard > Template > Edit Html
2. Tekan Ctrl + F , cari code ni :



/* Header
3.  Lepas copy code kat atas tu , Then copy code kat bawah ni pulak .


-webkit-transition: 0.9s;
-moz-transition: 0.9s;
padding-top:3px;
width:70px;
letter-spacing:2px;
text-decoration:none;
font-family:TREBUCHET MS;
font-size:10px;
height:20px;
text-transform:uppercase;
color: #fff;
border:2px solid #fff;
text-align:center;
background:#eee;
cursor:crosshair;
border-radius:0px;
}
a.button1:hover{
border:2px solid #fff;
color: #fff;
background:#DAF1FF;
-webkit-transition: 1.0s;
-moz-transition: 1.0s;
}
::-webkit-scrollbar {
width: 5px;
background: #ffffff;
}
::-webkit-scrollbar-thumb {
background:pink;
-moz-border-radius: 5px;
border-radius: 5px;
}
Warna Merah :  Boleh tukar mengikut kesukaan warna border korang . Tak nak tukar pon boleh ! ^^
Warna Oren :  Boleh tukar ikut kesukaan warna background korang . Tekan sini .
Warna Hijau : Boleh tukar ikut suka korang okay .

4.  Dah copy , paste code di atas sebelum code /* Header tadi .
5. Preview dulu , tengok jadi ke tak . Dah jadi , good !!

*Sebernanya Ira amik kod dari blogskin . Lepas edit blog member , rasa nak buat kan tuto untuk korang .. Kalau tak menjadi , inform kita okay ? Terima kasih .




Thursday 9 May 2013

Selamat Hari Guru , Cikgu !

Assalamualaikum , heyy guys !

Tau tak ape maksud Hari Guru tu ? Hari Guru ialah hari untuk mengenang jasa guru .Yelah selepas ibu bapa kita guru lah yang mengajar kita sehingga Ira ke tingkatan 2 ini . Kita tak pandai mengira ? Cikgu yang ajar . Sebab tu ibu bapa diwajibkan menghantar anaknya ke sekolah . Eh lupa pulak , hari ibu dulu baru hari guru ! Hehe .. Walaupun cikgu kita pernah rotan , pukul kita , jangan berdendam pulak . Sebaliknya , kita terima dengan redha .. Kalau kita pernah membenci dia , cepat-cepat mintak maaf sebelum terlambat .





Nak tau hadiah ape yang selalu Ira kasi kat cikgu kita ? Semestinya kad & bunga . Kalau takde benda tu , tak tau lah nak kasi ape .. Sebernanya cikgu tak kesah kan hadiah , yang penting cikgu nak dengar perkataan "terima kasih" dari kita . Okeylah sampai sini jek nak share . Siapa sayangg cikgu dia ? Same lah kita ! Kita sayang cikgu kita ..

Jasa Anda Amat Dihargai ! 
Terima Kasih Cikgu !

Monday 6 May 2013

Selamat Hari Ibu , Mak

Assalamualaikum ,

Hari ibu . Apa itu hari ibu ? Hari ibu ialah hari untuk mengenang jasa ibu . Yelah mak kita yang melahirkan kita & dialah yang jaga kita sampai kita besar . Ibulah yang faham perasaan kita . Sebab tu syurga di bawah tapak kaki ibu kan ? So sekarang ni Ira nak ingatkan kat korang , hargailah jasa ibu korang :)  Nak tau tarikh hari ibu bila ? 12 Mei 2013 sayang ^_^ Eh maknanya dah nak dekat hari ibu lah ni . Walaupun ada yang mengatakan hari ibu itu haram disambut . Tapi kita tak kira , kita sayangg mak kita tau . Siapa yang  sanggup cakap macam tu maknanya dia takde mak . Dia tak sayang mak dia . Sorry lah kalau anda orangnya . Ira tak berniat pon nak sakitkan hati korang ya ?



So , Ira nak ucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibu-ibu di dunia ini termasuk lah mak Ira sendiri .

SELAMAT HARI IBU MAK !!!!! :)

Saturday 4 May 2013

Tuto : Letak Copyright

Assalamualaikum ,

Okay dah edit blog mesti nak letak copyright kan ? Hmm Ira pon ade , hehe ! Jom kita buat ^^

1. Login > Dashboard > Design > Edit Html
2. Cari code ini . (Tekan Ctrl + F)

</body> 

 3. Then , paste code kat bawah ni kat bahagian atas code yang korang cari tadi ok ?
 <script type='text/javascript'>
    window.setTimeout(function() {
        document.body.className = document.body.className.replace(&#39;loading&#39;, &#39;&#39;);
      }, 10);
  </script>
<center>TULIS AYAT COPYRIGHT KORANG KAT SINI</center>
4. Before that , preview dulu , jadi or tak ?
5. Da jadi , SAVE terus ok :)

Credit : Kak Lyssa

Tuto : WishList

Assalamualaikum , huh penat betul jadi blogwalking ni ... hehe ^_^ So , sekarang ni Ira nak ajar korang buat wishlist pulak .

Caranya :

1. Dashboard > Design > Layout > Add A Gadget > Html/ JavaScript
2. Copy code kat  bawah ni , and paste kat ruangan Html / JavaScript tadi :-)


<form name=myform>
<input type="checkbox" name="mybox" value="satu" checked />satu <br />
<input type="checkbox" name="mybox" value="dua" checked />dua <br />
<input type="checkbox" name="mybox" value="tiga" checked />tiga <br />
<input type="checkbox" name="mybox" value="empat" disabled />empat <br />
</form>

Warna Oren : Korang tukar dengan benda yang korang nak .
Warna Purple :  Korang ubah dengan perkataan "checked" atau "disabled" sahaja .

3. Da siap . SAVE :) Dan lihat hasil korang ye !

Tuto : Flying Twitter Bird

Assalamualaikum ,

Hmm dah lame Ira tak buat tuto nie ! Tau tak ape tu flying twitter bird ? Alah burung twitter yang berkeliaran kat dalam blog ! Mesti lagi menarik kan kalau ade twitter bird tu .. Nak buat ? Meh sini ^_^

Caranya :

1. Dashboard > Design > Layout > Add A Gadget > Html/ JavaScript
2. Copy code bawah ni , AND PASTE DI BAHAGIAN Html/JavaScript 

Blue Twitter Bird


<script type="text/javascript" src="https://sites.google.com/site/exeloph/file/Twitterbang.js"></script> <script type="text/javascript"> var birdSprite="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhq7kA2r2Mn_cNedeD2T_EI4r8jPneS-U7WeDweFIzxDnzAgHboP2IhyjVy17Sw9QR2Wjr1zwRe6vyVLxG25fbguuhptvjOLrijZHseCwLjytFnjXas6Nvmb3iPzSbnYoI_qeiWM7cODj4/"; var targetElems=new Array("img","hr","table","td","div","input","textarea","button","select","ul","ol","li","h1","h2","h3","h4","p","code","object","a","b","strong","span"); var twitterAccount = "LINK TWITTER ANDA";var tweetThisText = "LINK URL BLOG ANDA";tripleflapInit();</script>
Purple Twitter Bird

 <script type="text/javascript" src="https://sites.google.com/site/exeloph/file/Twitterbang.js"></script> <script type="text/javascript"> var birdSprite="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhQ1XnE2cRJIggbf65bH0U9rhCJ7WcozfvaSHGS432y7vfmFGrVgXl7ZtFJJih9IWUHuoPlSiy0W8pw2w1u7nClqfbQPHwTInaJiZybUfgvICVYH-KoBKM7Q36RGTTR6a3NnEfrEeiGrLw/"; var targetElems=new Array("img","hr","table","td","div","input","textarea","button","select","ul","ol","li","h1","h2","h3","h4","p","code","object","a","b","strong","span"); var twitterAccount = "LINK TWITTER ANDA";var tweetThisText = "LINK URL BLOG ANDA";tripleflapInit();</script> 
Red Twitter Bird


<script type="text/javascript" src="https://sites.google.com/site/exeloph/file/Twitterbang.js"></script> <script type="text/javascript"> var birdSprite="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgMWVdWQcdMPxVIWAQfhMeHSxshMsYQWzKJ8vUqoA1c_reaf9Mk8njyMwLXwn49qfLtWyn91MBA94u6yP1-Z_ghJ8E-yenv7mh7f2fJAfkr09usznqxR3_739Xv2Gxsxp3vzHMOhgsbXSw/"; var targetElems=new Array("img","hr","table","td","div","input","textarea","button","select","ul","ol","li","h1","h2","h3","h4","p","code","object","a","b","strong","span"); var twitterAccount = "LINK TWITTER ANDA";var tweetThisText = "LINK URL BLOG ANDA";tripleflapInit();</script>
*Korang boleh pilih , korang nak burung tu colour ape .. Kat atas ni tiga colour jek . Tu pon kalau korang nak . 

3. Tukarkan :

Warna Oren : Url / Link twitter korang
Warna Merah : Url / Link blog korang

4. Dah siap , Save !!

SELAMAT MENCUBA !!!



Thursday 2 May 2013

Selamat UlangTahun Perkahwinan

Assalamualaikum & heyy guys !! Apa khabar ? Sihat ? :) Alhamdulillah kita masih bernafas dalam bumi Allah nie .. Sebernanya hari ni ulangtahun perkahwinan mak & ayah Ira yang ke-15 tahun . See , lame kan ? hehe ^^





Sorry sangat sebab Ira hampir terlupa yang hari ni ulangtahun mereka . Baru tadi mak kita terlepas cakap , then baru Ira ingat . Okay lahh Ira nak ucapkan Selamat Ulang Tahun Perkahwinan & semoga bahagia dunia akhirat .. Amin ^_^

Wednesday 1 May 2013

Hargailah Kawan Awak

Assalamualaikum guys !



Nampak tak qoute kat atas nie ??

Sebernanya satu jek nasihat Ira kat korang , hargailah kawan awak walaupun awak benci dia sekalipun . But dia tetap kawan awak , right ? :) Yelah kita ni tak perfect macam orang lain kan .. Sebab tu ramai member Ira yang benci Ira dalam diam . But nevermine , Ira tak kesah pon ^_^

So sekarang nie Ira dah makan garam terlebih sebab pape pengalaman yang korang tanye pasal kawan Ira semua Ira dah tau kecuali secara kebetulan . Semalam Ira baru tengok satu video yang mengatakan "Hargailah seseorang itu dengan baik" .  Eh tu  bukan tajuk video  tu but Ira amik siket jek dari tu .. Okey lah setakat ni jek boleh share kat korang . Goodbye ^^

Maaf Kalau Saya Terkasar Bahasa Dengan Anda Semua :)

Lirik Lagu Be Mine - Tasha Manshahar

Assalamualaikum ,

Pernah dengar lagu ni ? Mesti pernah kan :)




Bermula di Facebook
You IM I dulu taktahu malu
I malas nak layan
So I buat taktahu

You terus cuba dan mencuba
Sehingga I jatuh cinta
Gatalnya diri you
Membuat I terjatuh

Bila kita dah start mengada
Kita selalu keluar sama
Borak panjang panjang
Makan dan tengok wayang

Sikit sikit je I merajuk
You selalu sabar pujuk
Tapi sebenarnya
I cuma test you saja

Chorus
Let me tell you that I love you
And I never wanna wrong you
Take my hand baby
Come, go through with me
Let me tell you that I miss you
And I never wanna lose you
You’re my heart baby
My life is incomplete without you

Dalam pada I gembira
Sometimes I feel so sad juga
Cause you dah berpunya
But I always want you to be mine forever
Please be mine forever

Tuto : Resepi Nasi Paprik

Assalamualaikum ,




Bahan-bahan
500 gm isi ayam [boleh juga gunakan ayam..potong kecil
6 biji cili api [diketuk]
3 ulas bawang merah [dimayang halus ]
2 ulas bawang putih [dimayang ]
1 btg serai [diketuk]
5 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
1 sudu sos tiram
3 btg kacang panjang [dipotong pendek]
Garam secukup rasa
sedikit minyak masak
daun limau purut [ koyakkan]

Cara Memasak
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih.
2. Bila kekuningan, masukkan cili api.
3. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, serai dan sedikit air
4. Selepas menggelegak, masukkan isi ayam dan daun limau purut.
5. Biarkan ayam lembut.
6. Hidangkan dengan nasi putih.

Selamat Mencuba !!!


Tuto : Resepi Aiskrim Coklat

Assalamualaikum ,

Teringin nak buat sendiri ? Jom terjah entry kali ni :)



- 2 cawan susu HL berperisa coklat
- 1 packet 200g Coffee Mate
- 1 packet biskut Cream-O

Cara buat nya korang blend je susu dengan coffee mate. Lepastu masuk kan sikit demi sikit biskut Cream-O. Tapi biskut tu aku tak blend 1packet tu lah, aku blend separuh je. Lagi separuh aku simpan untuk topping nanti. Lepas dah blend korang tuang dalam bekas. Pastu tabur biskut Cream-O yang lagi separuh tu. Tapi korang hancur-hancurkan dulu lah ea. Lepastu masukkan dalam peti ais di bahagian sejuk beku. Bila dah mengeras dan dah nampak rupa aiskrim tu kira dah siap untuk dihidang lah :) Senang kan?




Macam ni la rupanya sebelum disejuk beku kan. Lepas dah sejuk beku tak sempat tangkap gambar lah pulak,, terus ngap masuk mulut alih alih dah licin dah. 

Selamat Mencuba !!! 


Tuto : Resepi Kek Batik

Assalamualaikum ,

Kek batik ? Kek ni famous tau ! Nak tau cara-cara membuatnya ? Meh sini ^^




Milo ( 1 cawan)
Serbuk koko 3 sudu makan
Buttercup 250g
Telur 2 biji
Biskut marie ( 1 bungkus ) 298g
Susu pekat manis 1/2 tin
Air putih 1/2 cawan

Cara Menyediakannya:

- Ambil periuk,masukkan kesemua bahan diatas kecuali biskut marie dan buttercup. Gaulkan semua sehingga sebati
-Hidupkan api dapur. Masak dengan api perlahan sehingga masak (kena sering godak/kacau) untuk elak hangus.
-Masukkan buttercup hingga cair.




-Padamkan api. Susun biskut marie dalam mangkuk (aku guna tuppaware) alaskan plastik, nanti senang nak tanggalkan.
-Selang seli masukkan cairan coklat dengan biskut. Tekan dengan sudu, supaya hasilnya padat seperti gambar diatas.
-Apabila sejuk masukkan dalam peti ais.

Selamat Mencuba !!!






Tuto : Resepi Ayam Masak Merah

Assalamualaikum . Hari ni Ira nak kongsi dengan korang resepi ayam masak merah pulak . Sape yang tak tahu tu boleh lah rujuk resepi ni . Tak pernah makan ? Tu tak logik lah wey -,- Sebab ayam masak merah , setahu kita , boleh dikatakan kegilaan or kesukaan orang ramai termasuklah Ira sendiri . ^_^




Bahan-bahanya

1/2 ekor ayam ( dipotong 5 ke 6 bahagian kecil)

2 sudu besar cili kisar

3 biji bawang merah ( boleh ganti dgn 1/4 biji bawang besar) +1 ulas bawang putih ( dikisar halus)

1 batang serai

1 batang kulit kayu manis

2 sudu besar sos cili

1/4 biji bawang besar dihiris kasar

1/2 biji tomato

1/2 cawan kacang peas ( ros guna kacang peas dalam tin cap ayam brand)

garam

gula

Cara-caranya

1. Gaul ayam dengan kunyit , garam dan 2 sudu besar tepung gandum atau tepung goreng ayam. Goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.

2.  Kisar bawang putih dan bawang besar, kalau tumbuk halus pun boleh, ros guna blender sebab takde lesung batu. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis tadi, bila dah naik bau baru masukkan bahan kisar dan cili kisar, tumis hingga garing.

3. Selepas itu masukkan serai yang telah dititik ataupun yang telah dipotong dua, kacau sebati, tomato di potong kecil dan masukkan dalam bahan tumisan tadi, biarkan tomato betul-betul hancur, baru masukkan sos cili.

4. Setelah kuah agak pekat, baru masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati, sesuaikan rasa, masukkan garam dan sedikit gula, akhir sekali baru masukkan kacang peas dan bawang besar, setelah bawang besar layu, tutup api dan tabur sedikit dengan hirisan daun sup atau daun ketumbar sedia untuk dihidangkan. Ros suke ayam masak merah ni, sebab dia wangi, penambahan serai dan kulit kayu manis tu membangkitkan lagi selera dan aromanya.

Selamat Mencuba !!!



ayammasakmerah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...