“Assalamualaikum... Ucap Amir lalu masuk
ke dalam kampus itu. “Waalaikumusalam, jawab Puan Maria. “Maaf Puan, saya
pelajar baru masuk di sini.” Kata Amir. “Ohh siapa nama kamu?” Soal Puan Maria.
“Muhammad Amir Farhan.” Balas Amir. “Okay kamu boleh duduk di sebelah Sofea
sana.” Ujar Puan Maria.
“Sofea terkejut melihat lelaki yang baru
masuk tadi. Dia terus menundukkan sikit kepalanya. “Weh Nad, ni lah mamat poyo
yang aku cakapkan tadi. Apesal dia masuk kelas kita pulak. Kacau betul lah!”
Kataku kepada Nadia. “Ohh yeke... Handsome jugak dia. Dia duduk sebelah kau
lah. Boleh lah aku takcle dia kejap lagi.” Balas Nadia.
Haish budak ni. Ada jugak kena sebijik
dengan aku. Aku serius, dia boleh main-main pulak.” Omelku. Selepas kelas
tamat, aku terus memberanikan diriku untuk menegur mamat tu. “Eh siapa nama kau
tadi?” Soalku kepada mamat itu. “Muhammad Amir Farhan. Panggil Amir je.” Jawab
Amir. “Awak Sofea kan? Boleh saya tau nama penuh awak...” Soal Amir kepada aku
pulak. Betul lah kata Nadia. Dia ni boleh tahan jugak. “Nur Sofea Elyna.”
Jawabku. “Ohh sedap nama awak.”
“Woi calar kereta aku! Main langgar je.”
Kataku. Sabar lah weh. Dia langgar sikit
je kau dah angin satu badan. Tegur Nadia. “Alah kau boleh lah kata sabar. Sebab
ni bukan kereta kau. Kereta aku. Bapak aku beli mahal-mahal. Aku cuma suruh kau
bawak je.” Omelku.
“Yelah aku tau, aku cuma menumpang je.
Aku bukan anak orang kaya macam kau. Aku sedar diri aku siapa.” Kata Nadia.
“Lah Nad, kau touching ke? Aku gurau je kan...”
“Hmm sorry korang. Saya terlanggar
kereta korang tadi. Ada apa-apa kerosakan atau calar tak?” Soal Amir. “Ada! Eh
kau lagi... Tadi kau langgar aku, sekarang kereta aku pulak. Kau ni ada masalah
mata ke? Sekarang aku nak kau ganti rugi. Aku tak kira!” Kataku kepada Amir.
Awak, saya mintak maaf pasal hari ni. Pasal ganti rugi tu nanti saya bayar. Hmm
berapa saya nak bayar ni?” Soal Amir.
“Aku rasa ni calar teruk ni. RM5000.”
Ujarku. “Sofea! Aku rasa kau dah melampau ni. Aku tengok calarnya sikit. Kau ni
tak baik lah. Kesian dia.” Kata Nadia.
“Lantak lah. Eh Nad, kau tengok dia
pakai kereta apa? BMW tu... Kita ni naik kereta Myvi je.
Aku tau dia ni anak orang kaya.” Kataku. “Okay kalau setakat RM5000 je. Saya boleh bayar lah. Nanti awak balik rumah dulu. Saya banking kan duit tu kat dalam akaun bank awak. Tapi sebelum tu saya nak nombor telefon korang berdua boleh?” Soal Amir. “Boleh je. Balas Nadia. Bak sini handphone awak. Pergh pakai Iphone 5 tu. Haa ni nombor telefon saya dan ni nombor Sofea. Kalau awak dah masukkan duit tu, call saya atau Sofea tau.” Terang Nadia.
Aku tau dia ni anak orang kaya.” Kataku. “Okay kalau setakat RM5000 je. Saya boleh bayar lah. Nanti awak balik rumah dulu. Saya banking kan duit tu kat dalam akaun bank awak. Tapi sebelum tu saya nak nombor telefon korang berdua boleh?” Soal Amir. “Boleh je. Balas Nadia. Bak sini handphone awak. Pergh pakai Iphone 5 tu. Haa ni nombor telefon saya dan ni nombor Sofea. Kalau awak dah masukkan duit tu, call saya atau Sofea tau.” Terang Nadia.
“Kau Nad... Pasal benda ni, laju je kau.
Eh kau suka dia eh?” Usikku kepada Nad a.k.a Nadia. “Tak adalah. Kan aku cakap
dengan kau, aku cuma nak tackle dia je. Tengok dia macam mana. Kau jealous
eh...” Kata Nadia. “Mana ada!”
“Ish lenguh lah tangan aku asyik menaip
je dari tadi. Puan Maria ni tak kesiankan kita ke? Bagi assigment
banyak-banyak. Seksa betul!” Omelku. Alah kau ni, bukan kau sorang yang kena
buat. Aku pun kena buat, orang lain pun...” Balas Nadia. Kau nak apa-apa tak?
Biskut ke , milo ais ke.” Cadang Nadia.
“Boleh jugak. Kau buatkan aku milo ais. Then
aku nak biskut chipsmore! Lapar ni...” Kataku. “Okay!” Aku khusyuk menyiapkan
assigment aku. Tiba-tiba handphone aku bunyi tanda ada sms masuk.
From
: Amir
Sye
dh msukkn duit tu dlm akaun awk. Sbgai blsn, sye nk awk dinner ngn sye mlm ni.
Haish mamat ni kan. Tak pasal-pasal
suruh aku dinner dengan dia malam ni. Eh sorry sikit. Kau ingat aku nak ke
dinner dengan kau! Si Nadia tu boleh lah layan kau. Dengan aku, no never okay!
“Weh... Nah ni milo ais dengan biskut
chipsmore yang kau mintak tadi. Kenapa dengan kau ni? Masam je aku tengok...
Ada apa-apa ke? Share lah dengan aku.” Kata Nadia. “Okay thanks Nad. Weh boleh
tolong aku tak?” Soalku. “Tolong apa? Boleh je. Kau kan kawan baik aku.” Balas
Nadia.
“Hmm
tadi Amir ada hantar sms. Dia kata dia dah masukkan duit tu.” Ujarku perlahan.
“Dah tu kenapa?” Dia nak aku dinner dengan dia malam ni! Aku tak nak. Kau mesti
nak kan?” Kataku. Eh pasal tu jek ke? Boleh. Mestilah aku nak! Rezeki jangan
ditolak kan.” Balas Nadia ceria. Aku menggelengkan kepalaku. “Aku dah agak, kau
mesti nak punya.”
“Tapi kalau dia tengok aku yang pergi,
bukan kau macam mana?” Soal Nadia. “Alah relaks lah. Bukannya dia suka aku pon.
Kita kan baru kenal dia... Kau buat bodoh jelah. Pandai-pandai lah kau cover.
Kau tau jelah kan perangai aku macam mana.” Terangku. “Hmm okay Sofea. Aku akan
pergi demi kawan baik aku.” Jawab Nadia. Haa... Macam ni lah baru kawan baik
aku dunia akhirat!” Kataku sambil melentokkan kepalaku di bahu Nadia.
Tweet
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum ! Tinggalkan komen korang :)