Dah
sebulan dah aku duduk dekat rumah banglo dua tingkat milik papa ni. Rumah ni
kecik sikit kalau nak dibandingkan dengan rumah family Amir. Tapi yang best nya
dekat rumah ni, aku suka kolam renang dia! Then taman mini. Aku suka tengok
kolam ikan, bunga-bunga yang jadi hiasan kat taman mini ni. Cantik sangat!
Sejuk aje mata memandang.
Minggu depan, minggu terakhir aku kat
kolej. Lagipun tahun ni kan tahun kedua aku belajar kat kolej tu. Kerja aku dekat
Pizza Hut tu okay lah jugak. Gaji pun masyuk! Tapi Amir cakap bulan depan aku
kena berhenti. Dan bulan depan jugak Nadia kahwin dengan si Danial tu. Dah
jodoh dia...
Opps aku lupa nak cerita tentang laki aku.
Laki aku dah sebulan jugak lah kerja kat syarikat papa tu. Dia kata tak ada lah
susah sangat. Nanti dia nak suruh aku pulak kerja dekat situ. Tak nak aku!
Banyak lagi kerja lain yang best-best. Okay selesai sudah menaip entri di blog
ni. Then aku nak bukak facebook pulak. Dah lama rasanya tak online!
“Siapa pulak yang add aku ni.. Eh laki
aku lah! Siap buat married lagi..” Okay approve! Eh siapa pulak yang komen
dekat status aku ni.. Ya Allah! Adam.. Mati lah aku. Kejap aku nak unfriend
dia. Done!
“Eh mana laki aku ni.. Dah pukul 1 pagi
dah. Tak balik-balik lagi. Selalu kalau dia over time, dia sms atau call aku.”
Getusku. Aku cuba call dia beberapa kali. Tapi hanya voice mail aje yang jawab.
“Eh Melissa.. You kerja kat sini?” Soal
Amir kepada gadis cantik di depannya. “Yes. I kerja kat sini dah lama dah. Cuma
you je yang tak perasan.” Balas Melissa.
“Ohh sorry I tak perasan. You tak balik
lagi ke?” Soal Amir lagi. “Actually tak sebab I over time.” Boleh lah aku goda
dia malam ni. Aku nak buat dia jatuh cinta sekali lagi dengan aku.” “Ohh I pun
over time rasanya. Sebab banyak sangat kerja hari ni.” Getus Amir. “Boleh lah
you teman I malam ni kan sayang.. Lagipun cuma tinggal kita berdua dekat sini.
I dah lama tak bermanja-manja dengan you macam dulu. I rindu sangat kat you.”
Ujar Melissa sambil menggosok pipi Amir.
“Eh you pergi buat kerja you. Jangan
ganggu aku! Aku dah ada bini lah. Bukan kau dah tau ke.” Balas Amir. “Memang
aku dah tau perkahwinan kau dengan perempuan tu. Tapi kau reject aku kan. Kau
halau aku. Kali ni aku nak bagi pengajaran dekat kau. Biar perempuan tu tau
yang laki dia curang. Aku akan bagitau dia yang malam ni kau tidur dengan aku.”
Getus Melissa.
“Melissa please.. Jangan bagitau dia
yang bukan-bukan. Aku merayu sangat kat kau. Aku tak sanggup kehilangan dia.
Kau cakap je apa yang kau nak, aku akan bagi. Kau nak duit? Aku boleh bagi
berapa je yang kau nak.” Rayu Amir. “Okay. Kalau macam tu aku nak kau macam
mana ?” Ugut Melissa. “No way.” Eh kau ni Amir.. Degil tau. Kalau tak aku
bagitau bini kau yang malam kita..”
“Okay fine!” Jom ikut aku.” Getus Amir.
“Pergi mana sayang?” Soal Melissa. Amir terus menarik tangan Melissa dan
mengatur langkah keluar dari pejabat. “Hotel”
“Haa macam ni lah baru Amir Farhan..
Ingat kau kena layan aku macam kita dulu-dulu tau sayang.” Kata Melissa.
“Eh dah nak masuk Subuh dah ni. Dia tak
balik-balik lagi. Jam sudah menunjukkan pukul 5 setengah pagi. Aku terus
memandu kereta menuju ke pejabat.
Setelah sampai, aku terus naik lif dan
masuk ke pejabat Amir. “Eh tak ada orang pon kat sini. Dekat pejabat dia pon
tak ada. Hmm baik aku tanya pengawal keselamatan dekat sini.
“Pak cik, semalam pak cik ada nampak
sesiapa tak dekat sini?” Soalku kepada pengawal keselamatan di situ. “Maksud
Puan siapa ya?” Jawab pengawal itu. “Encik Muhammad Amir Farhan bin Datuk
Kamal.
Ada nampak dia tak?” Kataku. “Ohh bos. Tak silap pak cik ada semalam.
Dia kata nak over time. Tapi bila pak cik ronda malam tu, tak ada pulak dia.
Mungkin dia dah balik. Dia tak bagitau Puan ke?” Ujar pak cik itu.
“Tak ada. Hmm selain Amir, pak cik ada nampak
staf lain tak bersama dia?” Soalku lagi. “Tak salah pak cik Melissa kut. Cuma
dia je yang over time semalam.” Balas pak cik itu.
“Memang sah dia keluar dengan Melissa
malam tu. Ohh berani kau rampas laki aku eh.. Kau tengok apa aku buat dekat kau
nanti. Aku cuba call Amir. Hmm nasib baik dia angkat telefon.
Assalamualaikum, dekat mana?
Waalaikumusalam.. On the way nak balik
sayang.
Okay, saya tunggu. Balik cepat tau.
Ya sayang.. Love you.
Aku terus matikan talian. Aku segera
mengemas kini kan GPS di handphone ku. Aku mencari Amir menggunakan nombor
telefonnya. “Ohh rupa-rupanya kau tipu aku. Kau cakap kau on the way nak balik.
Tapi sekarang kau dekat hotel ya..” Getusku. Aku terus memandu kereta dengan
laju menuju ke hotel mewah yang berdekatan.
“Sayang... Bukak lah pintu tu. Dari tadi
I dengar ada orang ketuk pintu tu kuat-kuat. Takut I..” Kata
Melissa. “Kejap
lah.. You tak nampak ke I tengah pakai baju ni.” Balas Amir. “Hmm kalau macam
tu biar I jelah yang pergi bukak. By the way, thanks for yesterday. I’m so happy with you dear..” Ujar Melissa.
Aku terkejut melihat Amir dan Melissa di
dalam bilik tu. Aku rasa macam nak tercabut jantung aku ni tengok diaorang
berdua. Amir curang? Suami aku yang aku cinta dan percaya selama ni buat aku
macam ni sekali? Aku benar-benar kecewa dengan sikapnya.
“Sofea?” Soal Amir bodoh.
“Ohh bagusnya kau datang. Kalau kau nak
tau, laki kau ni curang. Dia tidur dengan aku semalam. Aku happy sangat dengan
dia semalam. Mula-mula aku pelik tau sebab Amir reject aku then marah-marah
aku. Last minute, dia yang gatal tarik tangan aku then tiba-tiba pergi hotel.
Aku sebernanya ugut dia nak bagitau kau tentang ni. Tapi dia cakap dia tak
sanggup kehilangan kau. Ohh so sweet dear.” Terang Melissa panjang lalu menunjal
kepalaku.
Aku sedari tadi hanya mendiamkan diri
sahaja. Aku tidak berdaya hendak melakukan apa-apa. Air mataku tiba-tiba
mengalir dengan derasnya. Aku tak sanggup lagi.
“Sampai hati kau kan Amir.. Kenapa kau
buat aku macam ni. Aku tak pernah pun curang dengan kau. Kalau aku tau semua ni
jadik macam ni aku dah lama pergi dekat orang lain lah!” Getusku. Aku terus
berlari keluar dari hotel itu. Amir bergegas mengejarku.
“Hmm ini lah peluang aku untuk membalas
dendam.” Getus Adam. Main kejar-kejar pulak korang eh..”
Adam terus menekan minyak dan melanggar
gadis yang pernah yang dicintainya itu. Dia memandang sekilas tubuh Sofea dan
segera meninggalkan tempat itu.
“Sofea!!!” Nyaring suara Amir lalu
mendapatkan tubuhku yang sudah terlentang di jalan. Begitu banyak darah di
kepalaku. Badan aku sakit sangat pada masa itu. Lama-kelamaan aku tidak
sedarkan diri. “Sayang.. bangun sayang.. Jangan tinggalkan abang. Abang
sayangkan Fea sangat-sangat.” Kata Amir teresak-esak menangis. Amir terus
menghubungi ambulan.
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum ! Tinggalkan komen korang :)