Nama aku Nur Sofea Elyna. Korang boleh
panggil aku Sofea atau ikut suka hati korang lah nak panggil aku apa.
“Sofea!” Nyaring suara Nadia
memanggilku. “Kau dah kenapa cakap sorang-sorang tu?” Soal Nadia hairan melihat
aku. “Lahai kacau lah kau ni Nad. Aku baru aje nak tulis kat blog ni. Tak
sampai satu perenggan pon.” Omelku kepada teman serumahku a.k.a. Nadia. Nadia
kawan baikku dari aku kecik lagi. So aku tak kisah lah dia nak membebel ke hape.
Aku dah biasa dengar.
Result aku dengan Nadia sama-sama flying
colours tau! Sebab tulah kitaorang dapat sambung belajar kat Universiti Sains
Malaysia, Kuala Lumpur. “Dah latu, esok kan kita ada kelas. Dah pukul berapa
dah ni. Nanti esok, kau bangun lambat kang aku malas nak kejut kau.” Bebel
Nadia.
“Eleh kau Nad. Kau pon sama. Sibuk
tengok drama Korea. Siap nangis-nangis lagi aku tengok kau ni. Apa, sedih
sangat ke cerita tu? Biasa aje aku tengok.” Kataku.
“Sofea!” Siap kau nanti. Esok aku tak
nak kejut kau. Bye aku nak tidur dulu.” Kata Nadia lalu bergegas ke bilik
tidurnya. “Hmm macam ni eh kawan. Tak apa Nad. Aku boleh bangun sendiri lah!”
Omelku. Tapi selama ni Nadia yang kejut aku. Ah lantak lah!
“Nur Sofea Elyna! Bangun lah!” Jerit
Nadia. “Ish apa ni panggil-panggil nama penuh orang. Taulah nama aku sedap kan
Nad?” Kataku. “Perasan! Dah pergi mandi
cepat. Kita dah lambat ni.” Arah Nadia. “Kejap lah... Eh Nad, kata tak nak
kejut aku? Hmm dah pukul berapa sekarang ni?” Soalku. “7.30 pagi.” Balas Nadia
pendek.
Usai mandi, aku terus siap-siap. Aku
bergegas turun kebawah. Aku lihat Nadia sudah berada di dalam kereta menungguku
dari tadi. Sorry Nad... Ujarku pendek.
Tiba di kampus, aku jalan beriringan
dengan Nadia. Aku kelam kabut hendak masuk ke kelas, kerana jam menunjukkan
pukul 8 tepat. Kelas bermula pukul 8 suku. Dalam perjalanan ke kelas, seseorang
telah melanggarku. Habis buku dan fail-fail jatuh berterabur di atas lantai. Ni
yang buat aku marah ni. Dah lah aku lambat!
“I’m sorry miss Sofea.” Kata lelaki itu
sambil mengutip barang-barangku. “Aik, mana dia tau nama aku ni?” Kataku di
dalam hati. “Err sorry naik lori lah! Hmm kejap. Mana kau tau nama aku eh?”
Soalku kepada lelaki yang kaku berada di depanku. Nadia entah hilang kemana.
Dah masuk kelas kut. “Hmm at your nametag.” Ujar lelaki itu. “Handsome jugak
mamat ni.” Ohh okay lah aku masuk kelas dulu. Assalamualaikum.
“Waalaikumusalam.” Cantik perempuan tadi
tu. Harap muka je cantik, tapi perangai kasar mengalahkan aku!”
Aku masuk perlahan-lahan ke dalam kelas.
Fuh lega! Nasib baik pensyarah tak nampak aku masuk. “Eh Sofea, kau pergi mana
tadi? Bukan kita jalan sama-sama ke? Tengok-tengok kau dah hilang.” Soal Nadia.
“Kau
punya pasal lah ni Nad! Jalan laju sangat. Sampai aku terlanggar mamat poyo tadi.”
Kataku. “What, mamat poyo? Siapa tu...” Soal Nadia ingin tahu. “Entah. Aku tak
pernah nampak pon dia kat sini. Budak baru kut.” Ujarku.Tweet
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum ! Tinggalkan komen korang :)