Friday 7 March 2014

Boleh ke aku jatuh cinta lagi ?

Assalamulaikum ...

Apa khabar semua ? Sihat ? Alhamdulillah Ira sihat je . So sekarang mesti korang pelik dengan tajuk post Ira yg baru ni kan . Haa sebernanya sekarang Ira ada crush baru tau . Nak tau sape name dia ? Tak nak lah bagi tau name dia . Malu kott !! Just capital okay . Capital F....H... Hehe . Mula2 Ira tak nak suka dia pon . Just suka suka jek . Nak minat saje2 jek kan . Now, bila dah tau perangai dia yg sebenar terus tak jadik . Hmm tulah . Ira ingatkan dia baik . Rupanya sama jek mcm lelaki lain .

Walaupun kisah hidup Ira ni penuh dengan CRUSH , Ira tak kisah . Suka hati aku lah kan nak syok sendiri ke apa . Semua orang ada perasaan ... So nak tau sebab apa Ira syok kat dia ? Jom dengar story kita ^_^ Firstly macam ni tau , time tu ada pertandingan buat sepanduk . Masa tu Ira ada perasan jugak , sape lah mamat ni asyik pandang2 aku je . Bengang aku jadik nya . Walaupun Ira dah nekad tak nak jatuh cinta lagi , tapi just minat jek kot . Korang mesti pernah bercinta kan ? Ya .. Hehe aku ni setakat cinta monyet aje lah ! Umur Ira baru 15 . Nak bercinta bagai . Ira sekarang ni tengah tunggu habis belajar baru boleh main cinta . Tapi ... Ira tak berani nak couple . Couple itu haram okay !!

Okay berbalik kepada si dia . Sebernanya Ira tak pernah nak pandang or terpikat pon kat budak 3 KAA ni . Yelah orang dah pandang kita semacam , mesti kita tertanya2 kenapa lah dia pandang kita . Macam tu jugak aku . Kenapa lah dia asyik curi pandang kat aku . Hmm ... Ya Allah , harap2 lah dia ada perasaan yg sama jugak macam Ira . Amin ... Hehe :)

Okay lah sampai sini jek nak story .
Bye Bye semua ^_^

Saturday 21 December 2013

Hanya Dia Suamiku- Bab 26

“Abang.. Bangun, dah pukul berapa dah ni. Fea janji dengan Nadia pukul 10.30 pagi. Ni dah pukul 9.15 pagi dah.” Ujarku sambil mengejut suamiku untuk bangun dari tidurnya yang terlebih nyenyak itu. “Kejap lah sayang.. Abang penat lah.” Getus Amir menggeliat. “Dah cepat pergi mandi sana. Busyuk masyam lah dia! Fea dah siapkan breakfast untuk abang pagi ni, so nanti kita tak payah sibuk nak makan bagai sebab Fea nak shopping puas-puas dengan Nadia.” Ujarku sambil mengemas tempat tidurku.

Amir terus bangun dan menuju ke bilik air. Usai mandi dia mengenakan t-shirt biru berjenama polo dan jeans berwarna hitam. Dia menyembur sedikir perfume ke seluruh badannya. Kemudian dia turun ke bawah dan menuju ke dapur untuk breakfast bersama isteri tersayang. “Sayang...” Panggil Amir. “Ya bang... Cepatlah makan! Dah pukul berapa dah ni. Abang siap dah nak dekat satu jam. Mengalahkan perempuan!” Selorohku. Pada pagi itu, aku menyediakan omelet dan air fresh oren.


“Sabar lah sayang... Abang baru nak makan ni. Sayang jangan lah kelam-kabut sangat. Shopping mall tu tak lari lah..” Getus Amir. “Fea tahu lah bang.. Tapi Fea takut Nadia tu merajuk nanti sebab kita lambat.” Kataku. “Tak apa. Nadia tengok abang confirm cair.” Desis Amir. Aku mencebikkan mulutku. “Fea cemburu ke?” Soal Amir. “Tak lah, mana ada!” Jawabku. “Habis tu kenapa cebikkan mulut tu? Nak abang kiss ke?” Seloroh Amir. “Saja...”

“Fea!” Laung Nadia. “Eh Nad...” Kataku lalu memeluk sahabatku. “Hai Amir..” Tegur Nadia. “Datang pun korang... Aku tunggu lama tau.” Bebel Nadia.

“Mestilah kitaorang datang. Aku ni ni jenis yang tak suka mungkir janji. So, mana kita nak serbu dulu?” Getusku. “Popular!” Jawab Nadia. Amir hanya menurut sahaja. “Betul ni abang nak ikut mana kitaorang nak pergi?” Soalku. “Yelah. Abang akan ikut Fea dengan Nadia mana-mana je. And hari ni abang belanja..” Seloroh Amir.

“Betul ni awak belanja?” Teka Nadia. “Ya..” Jawab Amir jujur.

Setelah sampai di Popular, aku terus menuju ke bahagian novel. Sementara Nadia, pergi ke bahagian komik. Macam budak-budak je dia tu. Tapi Amir? Mana dia? Desis aku di dalam hati. “I’m here sayang...” Ujar Amir yang muncul tiba-tiba di sebelahku. “Macam mana dia boleh baca isi hati aku ni? Suami aku ni pakai mantera apa eh.. Getusku di dalam hati.

“Fea nak beli novel tu ke? Apa tajuk dia..” Soal Amir. “Cinta Kontrak.” Jawabku sambil khusyuk membaca sinopsis novel itu. “Yang lagi satu sayang pegang tu?” Soal Amir lalu menuding jarinya ke arah novel yang aku pegang itu. “Yang ni? Ni.. Playboy Itu Suami Aku.” Kataku. Dua-dua best bang! Haa abang kata hari ni abang nak belanja Fea kan..”

“Yelah sayang... Mana Nadia?” Soal Amir.

“Nadia ada dekat bahagian komik. Macam budak-budak kan dia tu bang? Dah besar panjang ni pun masih nak baca komik lagi.” Getusku.

“Biarlah dia Fea.. Fea pun sama macam budak-budak. Umur dah nak masuk 20 tahun tapi perangai macam budak kecik!” Kata Amir.

“Hmm sampai hati abang cakap Fea macam budak kecik.. Habis abang tu apa? Dah tua-tua pun nak ngada-ngada lagi.” Kataku sambil memuncungkan mulutku. “Abang ni tua sangat ke sayang? Umur kita beza cuma dua tahun je..” Ujar Amir lalu mencubit pipiku. “Ish apa ni bang main cubit-cubit pipi orang.. Tau lah Fea comel.” Desisku.

“Hey korang! Aku dah pilih mana komik yang aku nak beli. Kau dah pilih ke belum, Fea?” Ujar Nadia mencelah. “Dah.. Ni haa sayang aku ni ngada-ngada pulak.” Balasku. “Dah tu, jom lah kita pergi kaunter pembayaran. Ingat, awak yang belanja eh Amir..” Getus Nadia.

“Lepas ni kita nak pergi mana?” Soal Nadia.

“Ikut suka hati kau lah..” Ujarku.

“Sebernanya aku dah lama tak beli baju. Amir, awak tak kisah kan? Biasalah orang perempuan macam kitaorang ni memang suka shopping.” Kata Nadia kepada Amir. “Eh baik sikit! Yang suka shopping tu kau, bukan aku. Aku tak minat sangat shopping-shopping ni. Membazir duit aje.” Getusku.

Aku dan Amir hanya mengikut saja kerenah Nadia. Banyak betul baju yang dia pilih. Mentang-mentang lah suami aku belanja. Tak apa yang penting Nadia lah kawan baik aku dunia akhirat. “Weh cantik tak baju ni?” Soal Nadia sambil menggayakan baju dress labuh kepadaku. “Cantik sangat.. Memang sesuai dengan kau! Kan bang?” Kataku. “Betul tu Nadia. Saya rasa sesuai sangat dengan awak. Kalau Danial ada sekarang ni, mesti dia pun akan puji awak.” Ujar Amir.

“Kenapa Amir tiba-tiba cakap pasal Danial ni.. Padahal aku dah lama lupakan dia. Aku tak boleh lupa apa yang dia dah buat kat aku hari tu. Aku bertunang dengan dia dah lama tapi senang-senang macam tu je dia putuskan pertunangan tu. Ya Allah apa aku nak jawab ni..” Desis Nadia di dalam hati.

“Nad.. Nad! Termenung jauh nampak.. Tengah fikirkan siapa lah tu. Mesti tengah fikir pasal Danial kan?” Kataku. “Apa kau cakap ni... Aku tak fikirkan dia lah.. Err mana ada! Aku tengah fikir pasal kucing aku dekat rumah tu lah. Kesian dia, dah dua hari tak makan.” Jawab Nadia. “Hmm yelah tu Nad.. tukar topik lah tu!” Getusku.

“Dah lah tu Fea.. Jangan asyik nak kenakan orang je. Jom Nadia, saya bayarkan dress awak tu.. Haa Fea, tak nak beli apa-apa ke?” Soal Amir kepadaku. “Kan Fea dah cakap, Fea tak nak beli apa-apa.. Membazir duit aje. Yang Fea tau, Fea nak makan je lepas ni!” Bebelku.

Setelah lama aku berjalan sana-sini dengan Amir dan Nadia, tiba-tiba perut aku berbunyi. Aduhh... Laparnya! “Sayang... Tadi kata nak nak makan? Abang tengok muka sayang macam pucat je. Abang tau yang sayang ni tak boleh lapar kan..”Kata Amir lalu memeluk pinggangku. “Ish korang ni sweet lah.. Jealous aku tau! Kalau lah aku masih ada... Danial, right?” Ujar Amir mencelah.

“Ya Amir. Kalau lah dia bersama kita hari ni. Mesti lagi seronok kan..” Kata Nadia. “Lepas ni kita singgah makan ya? Nadia.. Awak jangan risau, satu hari nanti Danial akan bersama dengan kita jugak. Awak tunggu je.” Ujar Amir

“Dah lah tu korang.. Aku tengah lapar ni.” Getusku.

Kami berhenti makan di Restoran Singgah Selalu. Aku memilih untuk makan nasi campur dan air sirap limau sahaja. Malas nak fikir makan apa. Cukup untuk makan tengah hari ni. “Nadia, kau nak makan apa?” Soalku. “Aku pun nak makan nasi campur macam kau jugak lah, Fea.. Amir, awak pulak?” Soal Nadia kepada Amir pula. “Nasi campur jugak.” Balas Amir pendek. Dia memandang di skrin telefon. Ada sms masuk.

Kau jgn ingat, kau boleh terlepas kali ni.. Aku akan pastikan kau takkan bahagia lepas ni! Gambar-gambar ni aku akan sebarkan kat wartawan atau masukkan dlm internet.

“Perempuan ni memang tak serik-serik lagi. Tengok lah kau Melissa. Kau tunggu je apa aku buat kat kau nanti.” Getus Amir di dalam hati.

“Hmm Nadia masih duduk dekat rumah lama eh?” Soal Amir kepada Nadia. “Kenapa nak hantar saya balik ke.. Haa yup.” Jawab Nadia. “Memang pun saya nak hantar awak balik. Yelah saya sebernanya kesian kat awak. Kang nanti balik sorang-sorang bahaya.” Ujar Amir. “Ish awak ni. Nanti Sofea cemburu pulak, awak terlebih ambil berat tentang saya.” Kata Nadia. “No. It’s okay. Sofea kawan awak kan, saya pun kawan awak jugak..” Balas Amir.

“Kalau macam tu thanks eh Amir.. Awak banyak tolong saya. Tengok tu, Fea lena je tidur.” Getus Nadia. “No problem. Kan saya dah cakap, awak pun kawan saya jugak. Biasalah perut dia dah kenyang.” 

Selepas menghantar Nadia pulang ke rumahnya, aku dan Amir terus balik ke rumah. Setelah sampai di rumah, Amir mendukung aku sampai ke bilik. “Sayang... Abang pergi mandi dulu tau.” Kata Amir. “Nyenyak betul dia tidur sampai tak sedar aku dukung dia. Selamat malam sayang..” Ucap Amir lalu mencium pipiku.

Aku betul-betul bahagia di sisi nya. Tiada siapa lagi akan memisahkan kami. Aku akan setia dengan Amir Farhan sampai bila-bila. Aku tidak mahu kehilangan dia lagi. Aku membuka mataku perlahan-lahan lalu aku tersenyum sendiri. “Fea sayang abang sangat-sangat..” Desis aku di dalam hati.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...