Tuesday 30 April 2013

Tuto : Scroll Bar For Blog Archive !

Assalamulaikum . Hey korang rasenye memang lama betul Ira tak buatkan tuto untuk korang kan ? Hmm kali ni Ira nak ajarkan macam mane nak buat scroll bar untuk blog archive . Kadang-kadang memori blog kita banyak sampai tak tahu nak klik yg mane . So ini penyelesai nya ! Kalau yang dah tahu senyap :)


  1. Dashboard > Design > Edit Html 
  2. Tekan Ctrl + F cari code ni : 
<div class='widget-content'>
<div id='ArchiveList'>

3. Then delete code yang warna merah tadi . Copy and gantikan dengan code yang kat bawah ni pula .


<div style='overflow:auto; width:ancho; height:220px;'>
4. So , nanti akan jadi macam ni :



<div style='overflow:auto; width:ancho; height:220px;'>
<div id='ArchiveList'>
Warna Oren : Tukar ketinggian korang . Kalau tak nak tukar lagi bagus ^^

5. Preview & save . Kalau jadi , tepuk untuk diri sendiri :)



Change Again !


Walaupun saya tak secantik bidadari di syurga ,
But saya tetap akan jadi cantik dengan akhlak di dunia dan akhirat .

Maybe semua orang boleh change kan ? Ye memang pon , tengok kita sendiri dah pandai ade crushh . 
Sebernanya kita nak cerita something yang tak pernah jadik kat kita . Nak tau ? Sebelum ni Ira tak pernah pon jumpa dengan lelaki ataupun date . Kiranya hari tu Ira pernah date lah dengan crush Ira sendiri .. Opps ! Pembetulan , bukan date tapi just nak berkongsi lagu . hehe .. Then Ira hanya berbual kosong dengan si dia .     Ira pon dah anggap dia sebagai member kita sebab ? Yelah malas nak bercinta monyet macam orang lain . Sebab tu Ira suka dia hanya sebagai kawan dalam angan-angan jek . Nanti kalau couple kang , orang ingat ish Nadhira tu dah la tak lawa pastu couple dengan mamat handsome . Hah mulut orang ni memang tak boleh tutup . Ade jek benda yang tak elok . Bak kata pepatah "muka cantik tapi mulut bau longkang !" Sorry lah pada sape2 yang baca ni & kalau awak semua terasa nanti habislah kita ! 

Panjang sangatt ke post ni ? Kalau panjang sangat kita boleh stop sampai kat sini jek tau . Ok lah kita stop kat sini then jangan lupa follow Ira at twitter ! @IraNadhira1 By the way , thanks for read this post & jangan lupa follow :) 

Saturday 27 April 2013

Tuto : Divider Comel Bawah Post !

Assalamualaikum ! Tau tak ape maksud reben comel atas blog tu ? Meh sini tengok kat bawah ni :



Comey tak ? Mestilah , hehe ! Tak tau nak buat macam mane ? Meh sini kita ajarkan .


  1.  Dashboard > Design > Edit Html 
  2. Tekan Ctrl + F  , seacrh kod ni : 
</head>
3. Copy kod ni and paste dekat bawah kod tadi .

<div style=" background-image: url('Url Image Divider Comel');   width: 100%;  height: 34px; z-index: 100; position: absolute; "></div>
4.  Preview Dan Save !

Note  

Merah - Url Image divider comel korang
Oren - Height/tinggi image divider korang

Good Luck ! 

Nak freebies ? Tekan Sini :





Freebies : Divider Comel #2

Assalamualaikum !

Freebies lagi yaw !! ^_^ 


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjTbsaswWzLaqvFc7JfcjJk52gY8-ulcrP8DY1XEKMfLKFuvszfi0ijCyFBKwqEge5fmGNqoWCbld_KMgNTfAREpXzf18jK7VdlcWwMZrirKFN_zxstAPBV1SsY13v3xfzHwgscBzSFTM1Y/s1600/Divider1.gif
 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjEbtrKgjfyP3u__AhLxa2PKNt7_ZVOoWH2wqmdVbbjYAxmzBF69muofCAxjkxDR8EBBCyuTmlwtg_fkdRaSXHFicAvrOfINA2tYfN4vNKV-PNYmK08fX-57sqdaZoLM6Z_ayGW_4pAxrF7/s1600/divider.gif

 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEju7Vu29QuEfL3YxgKBqIJRMI2Moc87zZlmrTK2sDAWTe1ksw2hixfE41OYXqUgvyMiULPfDG80VOpQlPUdAzSwD2nmadM7r2bQizWQWaB9jE8wHQUQJVr5DelKLtfHuC0T4g-xZW0LC2tM/s1600/divider2.gif

 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjd-PaAt02FPCej4LVrOgfWDv1B6i8uB-kCJ2VwTq9n2wFGRwlDO4vn-JCp9rY52MxD9ElPghivQ5K4h5mciCKQgohatrIXrjmR8FnDRnEpDrU9AZ2zqGSGl0dzVWyaUxH7kCNk0qFj0BD3/s320/divider3.gif

 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiUaPwRgTlgvSH43SDhYkx5mrNmClCt1UcGj92m8-vlb-rjRbuHiYS22ZbOW8hIr2JH9egLEDLexzhxrqCYMHlMDhYtFUyRmhYEBppfvE2pFpUAAwUm-Zr7fIvCcnZdwUJcCPbUqhCi187k/s1600/divider4.gif


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEguG0aMRuDmAtiwymHvzM6WHuauwhvY0J5WdTzfTD2VlNnPmXYMch9exfnSdfZSIdHTow7fpWsj-MY8Z0wC3seSZ6gQLA-VXMaN1ymmbRbNjt5f5WI4jgIfMrLlxT4Yj_YRmKV_x5j-w87s/s1600/divider5.gif
 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjtr_FQ595h6PM18_2RbGwOCYCKdQuAFMY67EqHS4JI8YEJ5Kma5TdnaxRK1BgX6ZV3sXBG4j-dGFSr8XLVp3viw84LLORUaw-VxA1_WX8IpK_rkKBEE_j7xQjXr_N1pri__3DypCjMirOK/s1600/divider7.gif
 


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhH21tB4AKPwLRbuwVZbbqfU2OxHagW0Wly0K7_XHdYdeB4ij0fnvZ7SiRW4ToNh_v0xamhyphenhyphenTxh9OQfJa5xFdykB85yLi3DF9FahPYKDmQ9MGMAfRtspbOsZg4dy-dhu4KUDBEUBBn2IQ7N/s1600/divider8.gif

 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjz8k2OsZEkpFx8sCi1VBL-EzqQU6AZWOxAGoBu27GjOXspvZTCPWaAfSDVZZogJcubIW-RlkskMwu1tZOF87swfjg8U0tSSrbKK2KJhBeNo8E8WH71a0MA2Pcv_x_cps9LNI-j4QL8OKby/s1600/divider9.gif

Credit : Nabila Medan

Freebies : Divider Comel #1

Assalamualaikum ! Dah lame rasanya Ira tak buat freebies comel2 ni :) Nak ambik , silakan ..



http://dl4.glitter-graphics.net/pub/732/732864p6fy1lwyhd.gif 
 

http://dl9.glitter-graphics.net/pub/989/989369nkhwxrd6yq.gif

 


http://dl5.glitter-graphics.net/pub/755/755765i9j1sctvei.gif


http://dl10.glitter-graphics.net/pub/276/276300yo017o9prt.gif



http://dl3.glitter-graphics.net/pub/322/322173ul1svytggs.gif

 

http://dl4.glitter-graphics.net/pub/988/988834hh9o6vxkbm.gif
 

http://dl5.glitter-graphics.net/pub/477/477315g8x44ppr50.png



http://dl3.glitter-graphics.net/pub/591/591113b4n57ryr0l.gif

 

http://dl5.glitter-graphics.net/pub/153/153625nqc2f58k5n.gif

 

http://dl2.glitter-graphics.net/pub/439/439872zev6untzyt.gif



http://dl.glitter-graphics.net/pub/129/129211n1bn6wc3td.gif





http://dl10.glitter-graphics.net/pub/1430/1430600ou0p0w0kok.png

Credit : Alia Eyra

Everyone Can Change



Assalamualaikum guys . Heyy korang , semua orang boleh berubah kan ? Ye memang semua orang boleh berubah termasuk lah Ira sendiri . Tapi Ira ni takkan berubah sampai bila-bila . Yelah tu ! hehe

Sebernanya blog ni bukan fairy tale story , but real story ! Haah sebab tu Ira nak cerita sikit kisah hidup Ira . Ira tengok ramai member Ira dah berubah disebabkan boyfriend atau kita sendiri tak tau apa sebabnya . Kadang-kadang Ira tak sukaa jugak dengan perubahan diorang . Kalau berubah jadi baik takpe . Ni ada yang berubah jadi tak baik . Hmm pening kepala aku ni -_- Sambil-sambil tu korang boleh lah tengok gambar member Ira a.k.a Sahabat selamanya ^_^ .  K lah TaTa :)




Wednesday 24 April 2013

Perangai Lelaki Yang Perempuan Tak Suka .

Assalamualaikum & Hye there ! How are you ? :)

Seriusly kita memang jeles sangat tengok lelaki asyik puji perempuan cantik jek . Kalau nak tau sebabnya , coming soon ! heheh . Okey back to the topic . Hari ni Ira nak kongsi siket pasal perangai lelaki yang perempuan tak sukaa .

1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

2. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka di soal siasat oleh kekasih mereka… macammana tu?

3. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

4. PANAS BARAN
Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

5. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

6. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

7. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

8. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih,mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

9. SUKA ‘CUCI MATA’
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

10. PERASAN
Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita.Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji… hahaha sedarlah!

11.MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

12. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian.Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

13. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

14. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya.Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…

15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa egan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka emas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWE bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.

18. TIDAK TAHU MENGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!

Selesai menaip ! Semua ciri dia atas nie memang betul & tak semua lelaki macam tu lah sayang :) 

BACA JANGAN TAK BACA !!! 

Sunday 21 April 2013

Keep Your Mouth Carefully

Assalamulaikum , Hye there !
Nak tau ape maksud topic hari ni ? That's mean jaga mulut awak tu baik sikit . Sebernanya bukan you all tau ! Orang lain .. Dia ni cakap main lepas jek . Tak fikir perasaan kita . Mulut takde insuran langsung ! Ade ke patut cakap aku ni "bajet hot ?" Heyy dia belum kenal aku siapa . Then kita tak pernah pon carik pasal dengan dia . Tetiba jek . Lagi satu , ade ke dia kate aku ni tak reti tutup aurat & lain-lain perkataan yang dia keluar kat kita . Tak ke sengal namenya ? Dia ingat makwe dia tu alim lah sangat ! Dia belom kenal Ira siapa . Dia tak tau kita ni macam mane .. Kita keluar rumah memang lah tak pakai tudung . (Jujur) . Kita pakai tudung bila keluar jalan-jalan jek . hehe .. Padahal member Ira cakap , cara pemakaian Ira ni tak lah seksi sangat macam orang kat luar sane tuh . Ira just pakai t-shirt then pakai tracksuit . Pelik dengan budak lelaki zaman sekarang . Dah lah suka kat perempuan comey & cantik jek .. Then kutuk orang sesuka hati dia jek . Menyampah aku !! Ni Nadhira lah . Aku tak goyang lah dengan korang yang gosip pasal aku . Korang nak tau aku buat ape ? Ira biarkan jek sampai diaorang diam . Walaupun berapa ramai yang kutuk Ira , Ira tak kisah yang penting kita tahu harga diri kita . Hanyalah seorang hamba Allah &  gadis biasa yang menumpang kebahagiaan orang lain . Insyallah Ira tetap dengan pendirian Ira .. Amin :)

Then ? Be yourself :) I want to share something that I know . "Keep your mouth carefully" . Jangan sampai ade orang lain pulak yang kutuk awak . ^_^

Friday 19 April 2013

Tuto : Resepi Ice Blended Oreo








Bahan-Bahan :

SATU- kiub ais
DUA- oreo
TIGA- susu pekat
EMPAT- Milo
LIMA- air masak


Cara-Cara :

1. Mula-mula letak kiub ais hingga penuhi 1/4 blender (dlm 2 cawan). Kemudian tuangkan sedikit air. Jangan terlalu banyak, nanti jadi cair sangat ice-blended tu.

2.Kemudian letak dalam 4 keping oreo yang sudah dipatah-patah jadi kepingan kecil ke dalam blender, boleh letak lebih kalau nak lebih rasa atau lebih manis.

Tuang 2 sudu besar susu pekat dan 2 sudu besar Milo dalam blender, kemudian blend lah sampai halus dan ais tak berketul. Tuang ke dalam gelas dan siap untuk dihidang.

P/s : Korang cer try rasa sedap ke tak . Kalau sedap , berikan tepukan untuk diri sendiri !! Yeayy ! hehe Sedapnya panas panas minum benda ni ^_^

Tuto : Resepi Ayam Percik




Resepi Ayam Percik 


Bahan-bahan (kuah percik) 4-5 orang
9 ulas bawang merah (dikisar)
1 ulas bawang putih (dikisar)
1/2 inci halia (dikisar)
4 sudu besar cili kisar
400 ml santan pekat
1 sudu kecil halba (fenugreek seeds)
3 batang serai (diketuk)
Sedikit belacan
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan air
Minyak masak untuk menumis
Bahan-bahan (perap ayam)
1/2 ekor ayam
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai
1/2 sudu besar ketumbar
1/2 sudu besar jintan putih
Cara-cara
  1. Kisar bahan-bahan untuk memerap ayam. Perap ayam selama 30 minit. Kemudian bakar ayam sehingga masak.
  2. Untuk kuah, tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili kisar. Kacau sekata, kemudian masukkan air.
  4. Masukkan santan, halba, belacan dan serai. Kacau hingga sekata.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Masak sehingga kuah menjadi pekat (30-40 minit).
  7. Bila siap, curahkan kuah ke atas ayam yang telah dibakar.

Tuto : Jus Carrot Susu

Assalamulaikum , heyy korang ! Hari ni Ira nak kongsi pulak macam mane nak buat "Jus carrot susu" . Perh !! Sedap tu .. Favourite mak kita ^_^


4-5 orang

Bahan-bahan:
  • 4 batang carrot
  • Gula (anggaran 2 sudu besar)
  • Susu Pekat Manis (anggaran 6-8 sudu besar) / Fresh Milk
  • Air masak secukupnya 
Cara-cara
  1. Carrot di cuci dan dipotong kecil. 
  2. Blend carrot dengan air.
  3. Tapis ke dalam jug.
  4. Kemudian blend lagi carrot yang telah di tapis tadi sehingga betul2 menjadi hampas (tiada lagi air carrot) dan tapis.
  5. Masukkan gula dan susu pekat manis secukup rasa bergantung kepada kemanisan masing-masing. Kacau sehingga gula hancur. Tambah air jika terlalu pekat.
  6. Untuk menghidang, masukkan ais ke dalam cawan dan tuangkan jus carrot. Sedia untuk di minum. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.
Note : Dapat menghasilkan lebih kurang 1.5 liter jus carrot tanpa ais. :) 


Biodata Najwa Latif :)

All About Kak Najwa ! ^_^



Nama penuh : Imratul Najwa bt. Abdul Latif
Nama Komersial : Najwa Latif
Tarikh Lahir : 23 May 1995
Tempat Lahir : Batu Pahat , Johor
Status : Pelajar Sekolah SMK (P) Temenggong Ibrahim Batu Pahat Johor .
Blog :  www.najwalatifs.blogspot.com
Facebook FanPage : najwalatif
Twitter : @ njwalatif
Youtube : www.youtube.com/najwa595
Hobi : Bermain gitar
Kerjaya Seni : Bermula sejak Tahun  2010
Idola : Justin Bieber
Pencapaian Tertinggi :  Layak ke final AJL 26




Comey kan dia ? Hehe dia idola kita :) Korang pon minat jugak ? Kita gengg ^_^ Tengok lagu dalam blog Ira pon lagu kak Najwa tau . 

Gwiyomi !! Bye :)








Hadiah ?

Assalamualaikum guys ! Sihat ? Alhamdulillah :) Sebernanya Ira teringin sangat nak hadiah mase birthday Ira . Sebab ? Yelah bestie Ira pon tak pernah bagi hadiah kecuali sikit sikit je . Kalau ade rezeki Ira nak sangat hadiah macam ni : 


Coklat ! Nyummy ^_^ hehe my favourite tu ..


Bunga , teddy bear ? Itu normal lah bagi pasangan couple ^_^ hehe 

Kan best kalau Ira nie "taken" . Boleh dapat hadiah sweet macam pic kat atas tuh . Seriusly Ira memang jelly tengok member2 couple depan mata Ira pulak tu ! Then jalan sama sama pastu dapat hadiah bila tiba birthday . hmm bertuah diorang . Insyallah kalau Ira dapat "couple" dengan crush Ira sendiri kan best ! 

Hara-harap hajat Ira ni makbul ! Amin ... ^_^


Folio Dalam Masa 2 Hari ?

Assalamualaikum . Mesti korang terkejut kan tengok tajuk post kali ni . Terkejut Ira bila dapat tau cikgu nak folio sains tu hari Isnin jugak . Mane tak nya . Dah lah kerja sekolah lain belom siap lagi . Ni tambah folio pulak .. Haish -,- 


Sorry eh sebab gambar folio tu bukan Ira punya . Ambik kat google . Folio kita belom siap lagi !! Maklumlah Ira ni jenis orang yang tak suka cepat cepat . hehe 

So , doakan lah Ira dapat siapkan folio ni dalam masa 2 hari ni . Kalau tak habis lah .. Tak dapat band 6 :( Ira harap sangat sangat ni tau ! Amin :) :) :)

Wednesday 10 April 2013

My Happy Family :)





Heyy korang ! Nampak tak pic kat atas nie ? Comel kan :) Mestilah tengok lah siapa punya family kan ^_^ Sorry lah time tu Ira tak pakai tudung sebab belum matang lagi :P Lagipun first time kitorang ambik gambar family . Untung time raya 2012 pulak tu ! Family kita sebernanya ada 8 sebab dalam gambar tu takde Iqram . Maklum lah belum lahir lagi . Sekarang dia dah lahir , bak kata mak Ira "rezeki Iqram" :) Bila Iqram lahir jek terus meriah balik keluarga Ira . Saat ni yang Ira paling tunggu-tunggukan ! Ade lah sikit sikit perselisihan faham antara kitorang . Tak semestinya semua keluarga kat dalam dunia ni bahagia kan ? Ade yang ibu bapa dia bercerai & sebagainya . But Ira tak nak macam tu . Tak suka lah ! Bagi Ira , keluarga boleh berpecah belah .. Okay jom tengok gelagat Iqram nak ? 


Dah 2 bulan lebih dah dia :-) 

Bangkitnya Seorang Perempuan

Menggantikan drama ‘Surat Dari Langit Biru’ yang akan melabuhkan tirai malam esok, ‘Bangkitnya Seorang Perempuan’, sebuah lagi drama rantaian 12 episod karya sutradara Emi Suffian Sabhe dan penulis skrip Mufidsuhaimi Bahaudin menerusi Orangetree Production Sdn. Bhd. menampilkan barisan pelakon popular, antaranya, Anzalna Nasir, Afiq Muiz, Ryzal Jaafar, Faradhiya, Eina Azman, Dynas Mokhtar, Riezman Khuzaimi, Haleeda Mazlin dan Amar Baharin.

Sinopsis Drama Bangkitnya Seorang Perempuan TV3

Kisah Bangkitnya Seorang Perempuan bermula dari percintaan Balqish (Anzalna Nasir) dan Radzi (Ryzal Jaafar) yang tidak kesampaian setelah Radzi dikahwinkan dengan anak ketua kampung iaitu Zila (Faradhiya). Balqish yang cuba menerima kenyataan tersebut mula menjauhkan diri dari Radzi tetapi Radzi tidak rela melihat lelaki lain mendampingi bekas kekasihnya itu. Balqish, seorang gadis berusia pertengahan 20an cukup disenangi penduduk kampung kerana sikap ramah, riang dan mempunyai kebolehan menjahit.
Suatu hari, Radzi berpura-pura mahu menempah baju di rumah Balqish sebelum memperdaya merogol gadis ini di kawasan semak berhampiran. Sejak itu, Balqish berubah menjadi seorang yang sering termenung dan mengurungkan diri dari orang lain serta kadangkala menjerit selepas diganggu mimpi ngeri. Pernah ditanya oleh ibunya, Mak Shidah (Haleeda), siapakah yang sanggup melakukan perbuatan keji ini. Apabila Balqish menjawab Radzi, sukar untuk Mak Shidah percaya kerana Radzi cukup terkenal dengan sifat waraknya. Hatta, Radzi sering ke rumah mereka untuk menawarkan diri berkahwin dengan Balqish bagi menutup malu keluarga Mak Shidah.

Berita Balqish dirogol tersebar ke seluruh kampung dengan pantas malah Zila yang sememangnya berdendam terhadap Balqish telah menokok tambah kononnya Balqish perempuan murah yang sanggup menggadai maruah demi wang. Ketika Mak Shidah dan anaknya itu tertekan oleh cemuhan dan fitnah penduduk kampung, seorang rakan lama Balqish, Misya (Eina Azman) telah pulang ke kampung. Kerana tidak sanggup terus melihat keadaan Balqish, Misya cuba mengajak Balqish berhijrah ke Kuala Lumpur. Walaupun sukar untuk melepaskan Balqish pergi, Mak Shidah turut merasakan ia adalah jalan terbaik bagi Balqish memulakan hidup baru.
Tiba di ibu negara, Balqish menumpang di rumah Misya. Misya mula menceritakan pekerjaannya selama ini sebagai GRO. Misya juga cuba untuk mengheret Balqish ke kancah pelacuran kerana dia merasakan rupa paras Balqish mampu memikat ramai lelaki selain ia merupakan jalan paling mudah untuk mendapat wang lumayan di kotaraya yang pesat membangun ini.
Balqish tidak pernah putus asa berusaha mencari pekerjaan yang halal sehinggalah pertemuannya dengan Khatijah (Dynas Mokhtar), pemilik bengkel kereta. Simpati dengan nasib yang menimpa Balqish, Khatijah menawarkan pekerjaan sebagai mekanik walaupun menyedari ia lebih sesuai untuk kaum lelaki. Tawaran Khatijah itu dikongsikan bersama Misya yang menempelaknya kembali kerana merasakan Balqish terlalu naif dan bodoh untuk menerima pekerjaan yang tidak setaraf kelulusannya.
Dalam keadaan terdesak untuk meneruskan hidup, apakah Balqish berjaya membuktikan pekerjaan sebagai mekanik bukanlah penghalang baginya untuk memperoleh rezeki halal? Dalam pada itu, Mak Shidah yang berada di kampung seorang diri terus dicemuh dengan pelbagai tohmahan sehingga ditimpa sakit jantung. Mampukah Mak Shidah bertahan menanti kepulangan Balqish?
Saksikan drama siri terbaru slot Samarinda, Bangkitnya Seorang Perempuan, bermula 13 Mac ini, setiap hari Selasa hingga Khamis jam 10.00 malam di TV3. Jika anda terlepas menyaksikan drama siri ini di kaca televisyen, anda boleh menontonnya di saluran alternatif menerusi www.tonton.com.my. Pengguna laman sosial Twitter juga boleh menggunakan tanda pagar #BSP untuk sebarang perbualan dan komen.




Be My Best Friend Or Not ?

Assalamualaikum , heyy ! Korang suka tak kalau kawan baik kita tu fake ? Sebernanya kita ramai kawan yang talam dua muka ni . Depan kita baik sangat . Dekat belakang kita , Jahatt sangat ! Jom tengok pic kat bawah ni .


Tengok ? Diorang pon pandai tau ! hehe . Kadang-kadang kita buat baik pon tak guna . Nanti belakang Ira , diorang kutuk macam-macam . Tak nak cakap lah siapa sebab malas . Dia baik dengan kita but sebaliknya ?  
Sedangkan tudung Ira pon jadik bahan kutukan dia . Nak posing pon tak boleh ke ? Tau lah kau jeles ! Cuba tanye family Ira , dari kecik Ira memang suka posing . Tak kan nak stop kot kerana dia ? :) So kalau nak jadi best friend Ira kena lah selalu faham perasaan Ira bukan asyik nak kutuk jek . Kita tak suka lah member yang fake ni . Fahamm ? hehe ^_^

Monday 8 April 2013

Something That I Don't Know




Heyy guys ! How are you ? Kita okey jek .. Sorry lah sebab tajuk post kita hari ni "speaking" sebab benda ni secret lah sangat . "Something That I Don't Know" maksudnya Ira tak tahu benda ni akan berlaku kat Ira serta merta . Sebab tu lah Ira sedih korang tak nampak . Tapi hari ni , ade sikit lah Ira nak cerita pasal "crush" Ira . hehe 

Sebernanya tadi kat sekolah beg Ira kena sabotaj . Tahu ape maksud sabotaj tu ? Maksudnya , Ira dikenakan oleh budak sesi pagi yang nakal . Ira tak tau lah ape salah kita sampai diorang letak beg Ira sebelah tangga then kita nampak barang-barang kita ada yang bertaburan . Kesian kan ? :'( Masa tu Ira tak lah sedih sangat , sabar jek . Kalau Ira bagitau cikgu baru padan muka ! Takpe sabar Nad , kau kena tabah . Ni semua ujian & dugaan yang telah diuji oleh Allah s.w.t ..

Kejadian tu buat Ira sedar siapa diri Ira . Okey fine , Allah telah uji kesabaran Ira . hehe .. Then Ira nak cerita pulak pasal crush . Dia ni buat sesuatu yang Ira suka tau maknanya kita tak tau pun yang dia ni baik :) Nak tau tak ? Dia sanggup tau tunggu Ira balik walaupun Ira lambat mase tu . Biaselah time ngaji memang macam tu .. ^_^ Tapi kita selalu tertanya-tanya kenapa dia sanggup buat macam tu ? Tak kan dia suka aku kut ? hahaha pelik lah ! Dah lah mata tu memang nak kena cungkil dengan Ira , tak habis-habis pandang kita . Eleh kau kan suka perempuan yang cantik jek , maybe ? hehe padahal tak tau dia suka siapa sebernanya ! 

Harap-harap lah Ira suka dia then dia dapat terima . Bukan terima couple eh .. Setakat boleh terima yang Ira suka kat dia . Ira dah pesan kat member Ira (Hidayah) , kalau Ira dah pindah nanti awak tolong cakap kat dia eh yang kita suka dia ^^ hehe Nak tau name dia , maybe coming soon ! Ira taip panjang2 post ni nanti korang baca boring pulak . Sebab tu coming soon .. :)

Saturday 6 April 2013

Tuto : Auto Open New Tab

Assalamualaikum , Heyy guys ! Sihat ? Hmm dah lame jugak Ira tak post dalam blog ni . Kali ni Ira nak buatkan tuto "auto open new tab" . Nanti kalau korang tekan link kat dalam blog tu mesti dia pergi ke new tab . Cara dia senang jek .

  1. Dashboard > Layout > Add A Gadget > Html/JavaScript 
  2. Copy code bawah ni then paste kan kat dalam ruangan Html/JavaScript tu .
<!-- code for turning all non-blog links to new page links -->
<script type="text/javascript" language="javascript">
var arr = document.getElementsByTagName("a"); //get all links in the page
for(var i = 0; i < arr.length; i++)
{
if(arr[i].href.indexOf("Your URL") < 0 //not links that are 'inside' blog
&& arr[i].href.indexOf("javascript:") < 0) //not javascript links
arr[i].target = "_blank";
}
</script>
 Save .

# Pastikan korang copyy semua code ni tau ! Kalau tak , nanti tak jadi .

Selamat Mencuba ! ^_^

Monday 1 April 2013

My Lovely Sister




Nampak tak dua pic comel tu ? Comey kan dia ! Nak tau siapa dia dalam tempat Ira ? Dia lah adik angkat Ira yang paling Ira sayang . Nama dia Nurul Azierah bt. Azhar . Sweet thirteen for this year . Birthday dia 8 June 2000 . Rasa-rasanya dia taken kot .. Bila dia ada masalah jek mesti cerita kat Ira . Maklumlah kakak tersayang ! Hehe .. Kalau Ira pindah pon , Ira akan tetap ingat dia walaupun berjauhan . Okay lah ni jek yang Ira dapat kongsi pasal adik angkat Ira ;) Sayangg adik ketat2 !!! :) 

Tuto : Kotak Kod Untuk Banner


Heyy !! Sudah lama Ira tak buat tuto .. Rindu lah , hehe ^^ . Pagi ni Ira nak buatkan tuto "kotak kod untuk banner" . Siapa yang tak tau nak amik kat mane , boleh amik kat sini ^_^

  1. Log in > Dashboard > Design > Add A Gadget  > Html/JavaScript
  2. Copy code kat bawah ni  , and paste di ruangan html/Javascript tadi okay .
<center><img style="width: 167px; height: 157px;" src="URL BANNER KORANG" /><center>*Copy And Paste it into your blog ok?:)</center>
<textarea cols="13" rows="3" style="text-align: center;"><a href="LINK URL BLOG KORANG/"><img src="URL BANNER KORANG" /></a></textarea></center>


  • Warna Oren : Boleh ubah saiz yang korang suka 
  •  Warna Merah : Url Banner Korang
  • Warna Coklat : Suka hati korang nak letak ayat apa pon 
  • Warna Biru : Url Blog korang .
# Da siap . Save and lihat hasilnya :) hehe ^_^

Selamat Mencuba !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...