Saturday 21 December 2013

Hanya Dia Suamiku- Bab 26

“Abang.. Bangun, dah pukul berapa dah ni. Fea janji dengan Nadia pukul 10.30 pagi. Ni dah pukul 9.15 pagi dah.” Ujarku sambil mengejut suamiku untuk bangun dari tidurnya yang terlebih nyenyak itu. “Kejap lah sayang.. Abang penat lah.” Getus Amir menggeliat. “Dah cepat pergi mandi sana. Busyuk masyam lah dia! Fea dah siapkan breakfast untuk abang pagi ni, so nanti kita tak payah sibuk nak makan bagai sebab Fea nak shopping puas-puas dengan Nadia.” Ujarku sambil mengemas tempat tidurku.

Amir terus bangun dan menuju ke bilik air. Usai mandi dia mengenakan t-shirt biru berjenama polo dan jeans berwarna hitam. Dia menyembur sedikir perfume ke seluruh badannya. Kemudian dia turun ke bawah dan menuju ke dapur untuk breakfast bersama isteri tersayang. “Sayang...” Panggil Amir. “Ya bang... Cepatlah makan! Dah pukul berapa dah ni. Abang siap dah nak dekat satu jam. Mengalahkan perempuan!” Selorohku. Pada pagi itu, aku menyediakan omelet dan air fresh oren.


“Sabar lah sayang... Abang baru nak makan ni. Sayang jangan lah kelam-kabut sangat. Shopping mall tu tak lari lah..” Getus Amir. “Fea tahu lah bang.. Tapi Fea takut Nadia tu merajuk nanti sebab kita lambat.” Kataku. “Tak apa. Nadia tengok abang confirm cair.” Desis Amir. Aku mencebikkan mulutku. “Fea cemburu ke?” Soal Amir. “Tak lah, mana ada!” Jawabku. “Habis tu kenapa cebikkan mulut tu? Nak abang kiss ke?” Seloroh Amir. “Saja...”

“Fea!” Laung Nadia. “Eh Nad...” Kataku lalu memeluk sahabatku. “Hai Amir..” Tegur Nadia. “Datang pun korang... Aku tunggu lama tau.” Bebel Nadia.

“Mestilah kitaorang datang. Aku ni ni jenis yang tak suka mungkir janji. So, mana kita nak serbu dulu?” Getusku. “Popular!” Jawab Nadia. Amir hanya menurut sahaja. “Betul ni abang nak ikut mana kitaorang nak pergi?” Soalku. “Yelah. Abang akan ikut Fea dengan Nadia mana-mana je. And hari ni abang belanja..” Seloroh Amir.

“Betul ni awak belanja?” Teka Nadia. “Ya..” Jawab Amir jujur.

Setelah sampai di Popular, aku terus menuju ke bahagian novel. Sementara Nadia, pergi ke bahagian komik. Macam budak-budak je dia tu. Tapi Amir? Mana dia? Desis aku di dalam hati. “I’m here sayang...” Ujar Amir yang muncul tiba-tiba di sebelahku. “Macam mana dia boleh baca isi hati aku ni? Suami aku ni pakai mantera apa eh.. Getusku di dalam hati.

“Fea nak beli novel tu ke? Apa tajuk dia..” Soal Amir. “Cinta Kontrak.” Jawabku sambil khusyuk membaca sinopsis novel itu. “Yang lagi satu sayang pegang tu?” Soal Amir lalu menuding jarinya ke arah novel yang aku pegang itu. “Yang ni? Ni.. Playboy Itu Suami Aku.” Kataku. Dua-dua best bang! Haa abang kata hari ni abang nak belanja Fea kan..”

“Yelah sayang... Mana Nadia?” Soal Amir.

“Nadia ada dekat bahagian komik. Macam budak-budak kan dia tu bang? Dah besar panjang ni pun masih nak baca komik lagi.” Getusku.

“Biarlah dia Fea.. Fea pun sama macam budak-budak. Umur dah nak masuk 20 tahun tapi perangai macam budak kecik!” Kata Amir.

“Hmm sampai hati abang cakap Fea macam budak kecik.. Habis abang tu apa? Dah tua-tua pun nak ngada-ngada lagi.” Kataku sambil memuncungkan mulutku. “Abang ni tua sangat ke sayang? Umur kita beza cuma dua tahun je..” Ujar Amir lalu mencubit pipiku. “Ish apa ni bang main cubit-cubit pipi orang.. Tau lah Fea comel.” Desisku.

“Hey korang! Aku dah pilih mana komik yang aku nak beli. Kau dah pilih ke belum, Fea?” Ujar Nadia mencelah. “Dah.. Ni haa sayang aku ni ngada-ngada pulak.” Balasku. “Dah tu, jom lah kita pergi kaunter pembayaran. Ingat, awak yang belanja eh Amir..” Getus Nadia.

“Lepas ni kita nak pergi mana?” Soal Nadia.

“Ikut suka hati kau lah..” Ujarku.

“Sebernanya aku dah lama tak beli baju. Amir, awak tak kisah kan? Biasalah orang perempuan macam kitaorang ni memang suka shopping.” Kata Nadia kepada Amir. “Eh baik sikit! Yang suka shopping tu kau, bukan aku. Aku tak minat sangat shopping-shopping ni. Membazir duit aje.” Getusku.

Aku dan Amir hanya mengikut saja kerenah Nadia. Banyak betul baju yang dia pilih. Mentang-mentang lah suami aku belanja. Tak apa yang penting Nadia lah kawan baik aku dunia akhirat. “Weh cantik tak baju ni?” Soal Nadia sambil menggayakan baju dress labuh kepadaku. “Cantik sangat.. Memang sesuai dengan kau! Kan bang?” Kataku. “Betul tu Nadia. Saya rasa sesuai sangat dengan awak. Kalau Danial ada sekarang ni, mesti dia pun akan puji awak.” Ujar Amir.

“Kenapa Amir tiba-tiba cakap pasal Danial ni.. Padahal aku dah lama lupakan dia. Aku tak boleh lupa apa yang dia dah buat kat aku hari tu. Aku bertunang dengan dia dah lama tapi senang-senang macam tu je dia putuskan pertunangan tu. Ya Allah apa aku nak jawab ni..” Desis Nadia di dalam hati.

“Nad.. Nad! Termenung jauh nampak.. Tengah fikirkan siapa lah tu. Mesti tengah fikir pasal Danial kan?” Kataku. “Apa kau cakap ni... Aku tak fikirkan dia lah.. Err mana ada! Aku tengah fikir pasal kucing aku dekat rumah tu lah. Kesian dia, dah dua hari tak makan.” Jawab Nadia. “Hmm yelah tu Nad.. tukar topik lah tu!” Getusku.

“Dah lah tu Fea.. Jangan asyik nak kenakan orang je. Jom Nadia, saya bayarkan dress awak tu.. Haa Fea, tak nak beli apa-apa ke?” Soal Amir kepadaku. “Kan Fea dah cakap, Fea tak nak beli apa-apa.. Membazir duit aje. Yang Fea tau, Fea nak makan je lepas ni!” Bebelku.

Setelah lama aku berjalan sana-sini dengan Amir dan Nadia, tiba-tiba perut aku berbunyi. Aduhh... Laparnya! “Sayang... Tadi kata nak nak makan? Abang tengok muka sayang macam pucat je. Abang tau yang sayang ni tak boleh lapar kan..”Kata Amir lalu memeluk pinggangku. “Ish korang ni sweet lah.. Jealous aku tau! Kalau lah aku masih ada... Danial, right?” Ujar Amir mencelah.

“Ya Amir. Kalau lah dia bersama kita hari ni. Mesti lagi seronok kan..” Kata Nadia. “Lepas ni kita singgah makan ya? Nadia.. Awak jangan risau, satu hari nanti Danial akan bersama dengan kita jugak. Awak tunggu je.” Ujar Amir

“Dah lah tu korang.. Aku tengah lapar ni.” Getusku.

Kami berhenti makan di Restoran Singgah Selalu. Aku memilih untuk makan nasi campur dan air sirap limau sahaja. Malas nak fikir makan apa. Cukup untuk makan tengah hari ni. “Nadia, kau nak makan apa?” Soalku. “Aku pun nak makan nasi campur macam kau jugak lah, Fea.. Amir, awak pulak?” Soal Nadia kepada Amir pula. “Nasi campur jugak.” Balas Amir pendek. Dia memandang di skrin telefon. Ada sms masuk.

Kau jgn ingat, kau boleh terlepas kali ni.. Aku akan pastikan kau takkan bahagia lepas ni! Gambar-gambar ni aku akan sebarkan kat wartawan atau masukkan dlm internet.

“Perempuan ni memang tak serik-serik lagi. Tengok lah kau Melissa. Kau tunggu je apa aku buat kat kau nanti.” Getus Amir di dalam hati.

“Hmm Nadia masih duduk dekat rumah lama eh?” Soal Amir kepada Nadia. “Kenapa nak hantar saya balik ke.. Haa yup.” Jawab Nadia. “Memang pun saya nak hantar awak balik. Yelah saya sebernanya kesian kat awak. Kang nanti balik sorang-sorang bahaya.” Ujar Amir. “Ish awak ni. Nanti Sofea cemburu pulak, awak terlebih ambil berat tentang saya.” Kata Nadia. “No. It’s okay. Sofea kawan awak kan, saya pun kawan awak jugak..” Balas Amir.

“Kalau macam tu thanks eh Amir.. Awak banyak tolong saya. Tengok tu, Fea lena je tidur.” Getus Nadia. “No problem. Kan saya dah cakap, awak pun kawan saya jugak. Biasalah perut dia dah kenyang.” 

Selepas menghantar Nadia pulang ke rumahnya, aku dan Amir terus balik ke rumah. Setelah sampai di rumah, Amir mendukung aku sampai ke bilik. “Sayang... Abang pergi mandi dulu tau.” Kata Amir. “Nyenyak betul dia tidur sampai tak sedar aku dukung dia. Selamat malam sayang..” Ucap Amir lalu mencium pipiku.

Aku betul-betul bahagia di sisi nya. Tiada siapa lagi akan memisahkan kami. Aku akan setia dengan Amir Farhan sampai bila-bila. Aku tidak mahu kehilangan dia lagi. Aku membuka mataku perlahan-lahan lalu aku tersenyum sendiri. “Fea sayang abang sangat-sangat..” Desis aku di dalam hati.

Thursday 19 December 2013

Hanya Dia Suamiku- Bab 25

“Sayang... Bangun, dah Subuh dah ni.” Kata Amir sambil menggoyangkan tubuhku. “Kita jemaah sama-sama” Ujar Amir.

“Kejap lah bang..” Aku terus bangun dan menggeliat pergi ke bilik air. Usai mandi wajib, aku terus berwuduk. “Fea, kenapa lama sangat tu..” Laung Amir.

Selepas kami berjemaah Subuh, aku menyalam tangan suamiku. Aku terkesima pada waktu itu. “Fea kenapa ni sayang..” Soal Amir. “Hmm tak ada apalah bang.” Jawabku.
“Fea nanti pergi kerja dengan abang eh?” Getus Amir. “Kenapa pulak? Fea dah biasa bawak kereta sendiri lah bang.. Abang risau eh..”

“Suami mana yang tak risaukan isteri dia sayang... Mestilah abang risaukan sayang. Nanti apa-apa jadi kat sayang. Abang jugak yang susah. Dah nanti naik kereta dengan abang je tau.” Ujar Amir. “Eh apa ni..” Desis Amir. Amir terus membuka handphone nya. Dia terkejut melihat gambar-gambar dia bersama Melissa dulu. Kurang ajar punya perempuan! Aku suruh dia delete. Rupanya dia masih simpan lagi gambar-gambar ni.”

“Abang... Nanti kita breakfast dulu eh. Rasanya Fea tak sempat nak masak pagi-pagi ni.” Ujarku. Amir masih tidak memberi respon. Dia termenung sendirian. “Abang.. Abang!” Laungku. “Hah apa Fea cakap tadi?” Soal Amir. “Fea cakap, kita breakfast dulu. Sebab Fea tak sempat nak masak pagi-pagi buta ni.”
“Ohh abang okay je.” Balas Amir.

Aku mengetuk pintu bilik suamiku. Aku tengok muka dia macam ada masalah aje. Mungkin papa bagi banyak kerja kut. Tu yang kusut sangat. “Masuk..” Ujar Amir.

“Abang... Lepas ni kita kena jumpa klien. Ada projek besar katanya.” Kataku sambil menyelak satu persatu dokumen yang hendak diberikan untuk suaminya itu. “Projek apa?” Soal Amir. “Projek Langkawi.” Balasku. “Hmm pukul berapa meeting tu?” Soal Amir lagi. “Pukul 2.30 petang.”

15 minit berlalu.
Aku hanya mendiamkan diri sahaja semasa meeting itu. Hanya Amir sahaja yang perlu berbincang dengan klien itu.

“Awak perlu tanda tangan dekat sini.” Kata Datuk Nazri kepada Amir. Setelah itu, dia menyuruh aku pula tanda tangan projek itu.

“Cantik setiusaha awak, Encik Amir. Bertuah siapa dapat dia.” Ujar Datuk Nazri. “Dia memang cantik. Kan sayang?” Getus Amir. Datuk Nazri mula mengerutkan wajahnya. Aku seperti biasa, buat-buat tak tahu saja. Malas nak melayan. “Maaf kalau saya menyibuk, setiusaha awak yang cantik ni girlfriend awak atau...”

“She is my wife, Datuk.. Sebernanya kan Datuk, saya memang tak suka bincang hal lain waktu saya bekerja. So, boleh kita teruskan?” Ujar Amir. “Aku betul-betul respect dengan suami aku ni, bagus jugak kalau dia macam tu. Berdisiplin aku tengok. Syabas sayang..” Puji aku di dalam hati.


“Abang... Nanti esok Fea nak pergi shopping dengan Nadia boleh?” Ujarku. “Yeke dengan Nadia?” Soal Amir. “Kenapa hari ni dia layan aku lain macam aje?” Desis aku di dalam hati. “Yelah bang dengan Nadia lah. Nadia lah satu-satunya kawan baik Fea..” Kataku. “Kalau abang nak ikut Fea boleh tak?” Getus Amir.

“Esok kan abang ada meeting..” Selorohku. “Esok hari Sabtu lah sayang...” Kata Amir lalu mencuit hidungku. “Ha’ah ya tak ya jugak eh bang.. Fea lupa pulak yang esok hari Sabtu.” Balasku. “So, boleh tak abang ikut sayang esok?”

“Hmm tak boleh! Tanya Nadia dulu..” Getusku seakan merajuk. “Alah sayang ni... Kalau tak boleh, abang nak manja-manja dengan sayang malam ni boleh?” Seloroh Amir. Aku tersedak bila dia cakap macam tu. Semalam baru aku bagi, takkan malam ni pun.. aku terus berlari naik ke atas dan meluru masuk ke bilik. Aku mengunci pintu. Lega rasanya.

“Fea bukak pintu ni.. Fea..” Panggil Amir sambil mengetuk pintu bilik. “Tak nak!” Jeritku. “Kalau Fea tak nak abang manja-manja dengan Fea malam ni, Fea bagi lah abang ikut Fea esok. Please sayang..” Kata Amir. “Ya, abang boleh ikut..” Kataku lalu membuka pintu bilik. “Haa macam tulah..”

Aku tengok dia tidur nyenyak aje. Sementara aku pulak, tak boleh nak pejamkan mata. Malam tu aku sms Nadia.

Salam, Nad ko dh tido ke?

Aku harap dia pun belum tidur lagi sebab time-time macam ni, dia sibuk tengok cerita korea.

Wasalam, Eh Fea! Jdi x esok? Dia bgi x kita kluar sok...
Dia bgi.. Tpi msalahnye, dia nk ikut skali! Mcm mne ni beb?
Lgi bgus kalo dia ikut skali. So sweet..
Hmm yelah...
Citer korea ni dh abis, aq nk tido dulu.. Bye, see u tomorrow!


Akhirnya, aku pun terlena dibuai mimpi. Aku tersedar yang suamiku memeluk pinggangku. Aku hanya membiarkan sahaja. 

Tuesday 17 December 2013

Hanya Dia Suamiku- Bab 24

“Beb, kau apa cerita sekarang?” Soal Sarah kepada Melissa. “Aku macam ni jelah.. Masih mengharapkan cinta dia.” Ujar Melissa. “Tulah kau.. Aku nak kenalkan kau dengan member-member aku, kau tak nak. 
Diaorang lagi handsome tau!” Kata Sarah. “Ni bukan masalah handsome atau tak handsome. “Masalahnya, aku cintakan dia. Aku sanggup buat apa je untuk Amir Farhan.. Tapi apa aku buat, semua tak menjadi. Ni semua disebabkan perempuan tu! Haritu aku nak bunuh dia, tapi dia terselamat sebab polis datang.” Terang Melissa.

“Ohh habis tu macam mana?” Soal Sarah. “Aku sempat lari. Tapi malangnya orang-orang aku semua dah kena tangkap. Aku dah tak tau nak buat apa dah. Nak balik rumah mama aku, takut polis cari aku.” Getus Melissa. “Hmm kalau aku jadik kau kan beb, aku give up. Kalau dia dah tak nak kita, berlambak kat luar sana nak kan kita tau.” Balas Sarah.

“Aku kalau nak kan sesuatu, aku nekad. Fikiran aku sekarang tengah buntu. Aku betul-betul tak tau nak buat apa.” Kata Melissa.

“Haa aku ada idea! Apa kata kau malukan dia... Come on lah beb! Kau kan model cantik, seksi. Takkan kau tak pernah simpan gambar-gambar time korang tengah couple dulu. Then kau hantar gambar-gambar tu kat wartawan. Confirm dia malu punya! Time tu bini dia pun akan tinggalkan dia.” Terang Sarah.


“Kau ni diam-diam tapi otak kau geliga jugak eh... Aku setuju dengan idea kau tapi aku takutlah.” Ujar Melissa.

“Nak takut apanya.. Dulu kau kat London, kau kata kau Hot kan? Semua kau berani buat. Tapi sekarang, kenapa kau nak jadik pengecut pulak.” Getus Sarah.

“Yelah beb.. Dah lah sekarang polis tengah cari aku.” Balas Melissa.

“Kau ni harap  muka je lawa tapi tak ada otak nak fikir. Macam ni, kau bayar lah wartawan mana-mana, suruh lah diaorang sebarkan gambar tu. Terus meletop kau! Time tu nama keluarga Amir akan tercemar.” Cadang Sarah.

“Wow tak sangka aku kau boleh bijak macam ni sekali. Nanti aku try. Biar padan muka dia.” Kata Melissa.
“Hah macam ni lah baru kawan aku..” Ujar Sarah.


“Sayang... Kenapa termenung sorang-sorang tu?” Soal Amir lalu duduk di sebelahku. “Tak adalah bang.. Fea cuma risau je.” Balasku. “Risau pasal apa? Abang kan ada.. Fea ada masalah ke? Cerita lah kat abang.” Ujar Amir. “Fea takut ada orang ganggu rumah tangga kita lagi. Fea tak nak semua tu berlaku.” Kataku.

“Tak sayang... Tak ada siapa lagi yang akan pisahkan kita kecuali ajal. Abang sayangkan Fea. Dan abang janji, abang takkan curang lagi dengan Fea.” Kata Amir.

“Kalau Melissa datang kembali dalam hidup abang macam mana? Fea takut dia rampas abang dari Fea. Sebab masa Fea kena culik hari tu, Fea nampak dia sorang je yang dapat larikan diri. Sebab tulah Fea takut dia ada rancangan lain.” Ujarku. 

“Fea jangan risau... Kalau dia datang kembali dalam hidup abang sekalipun, abang akan tetap setia dengan sayang. Fea jangan takut, abang kan ada. Fea jangan lah macam ni.. Tak comel lah.. Abang nak Fea bagi senyuman yang paling manis untuk abang.” Kata Amir.

Aku terus menghadiahkan senyuman yang paling manis untuk suamiku yang tersayang ini.

“Haa macam tu lah isteri abang..” Ujar Amir.

“Abang.. Fea nak pergi dapur kejap, nak buat maggi.. Lapar lah. Abang nak Fea buatkan untuk abang sekali ke?” Soalku lalu mengatur langkah ke dapur untuk memasak maggi.
“Boleh jugak. Abang pun tengah lapar ni..”

“Abang! Maggi dah siap..” Kataku riang.

Aku dan Amir sama-sama menikmati kelazatan maggi itu. Ceh! Malam-malam macam ni memang sedap makan maggi..

Selepas itu, aku mengajak Amir untuk menonton filem seram. Aku menyediakan air milo panas bersama biskut marie. “Abang.. Jom tengok cerita pocong ni. Fea tengok tak adalah seram sangat.”

“Yeke tak seram? Betul ni Fea tak takut.. Kang nanti tak boleh tidur pulak.” Seloroh Amir. Sedang kami berdua leka tengok cerita tu, tiba-tiba aku menjerit sebab wajah pocong tu terpampang di depan tv. “Kan abang dah cakap tadi.” Kata Amir.

Lama-kelamaan aku tertidur di atas peha suamiku. Amir terus mendukung aku sampai ke bilik dan meletakkan aku di atas katil. “Abang...” Panggilku. “Ya sayang?” Soal Amir. “Thanks sebab sudi teman Fea tengok tv tadi.”

“No problem sayang... Fea jangan tidur dulu!”

“Abang nak apa lagi? Fea penat lah bang..” Omelku.

“Jom kita buat anak?” Soal Amir spontan.

Aku terus membeliakkan mataku. “Apa aku nak jawab ni? Ish menyesal aku tidur sebilik dengan dia! Sabar Fea.. Dia kan suami kau. Tak baik jadi isteri derhaka!” Desis aku di dalam hati.

“Tak nak lah bang.. Fea kan dah cakap tadi, Fea penat. Nanti kita pergi honeymoon kat Paris, kita buat anak kat sana eh bang?” Selorohku.

“Banyak lah awak! Abang tak kira. Jom sayang!” Kata Amir lalu memeluk badanku. Aku lemas di dalam pelukannya. Ish dia ni! Rimas aku dibuatnya..

Akhirnya aku mengalah juga. Biarlah dia. Dia suami aku yang tercinta. Suka hati dia lah nak buat apa pun. Asalkan kami bahagia. 

Monday 16 December 2013

Welcome 2014 !

Assalamualaikum guys...

My Photo


Welcome 2014 !

Ira harap tahun depan lebih baik dari tahun ni. Insyaallah tahun depan Ira dah nekad nak berubah ke arah kebaikan. Bukan apa. Ira cuma nak banggakan family Ira je. Ira dah tanam azam nak belajar bersungguh-sungguh. Sebab form 4 nanti Ira nak masuk Kolej Vokasional. Mak Ira bagi Ira kerja part time tahun depan. Tapi masa cuti akhir tahun lah ! Hmm tapi Ira tak nak.. Ira nak kerja awal tahun depan jugak sebab nak merasa jugak pegang duit sendiri. Nak beli buku rujukan , novel ke pakai duit sendiri. Lagipun dekat. Kalau boleh nak kerja dekat cool blog, Nilai. Dekat Giant tu, macam2 ada. Maksud Ira dekat luar Giant lah. 

So, Ira harap novel Ira akan diterbitkan. Kalau ada masa, Insyaallah akhir tahun ni siap ! Tapi nampaknya masa tak mengizinkan lah. Tengok lah dulu macam mana kan. Kalau korang free, singgah lah baca novel Ira tu :) Nak tau apa tajuk dia ? Klik http://sweetnadhiraa.blogspot.com/p/novel.html . Siapa yang bosan2 tu, baca lah. Jangan malu2. Kalau boleh komen lah pendapat korang. Nak tau jugak ! Sorry lah belum siap lagi novel tu. Insyaallah Ira nak buat sampai Bab 50 je. Penat wo ! hehe . Perah otak memanjang. Ira sentiasa fikir jalan cerita dia. 

Okay lah sampai sini je Gadis Kecil ni Berceloteh ! Nanti ada masa Ira celoteh panjang2.. hehe ^_^



Hanya Dia Suamiku- Bab 23

Tiga bulan kemudian...

“Morning Sofea...” Tegur Shahrul. “Morning Shahrul.. Dah lama rasanya saya tak jumpa awak kan.” Balasku. Aku terus mengatur langkah ke pantry untuk membuat kopi. “Eh nak pergi mana tu? Saya belum habis cakap lagi.” Getus Shahrul.

“Saya nak ke pantry kejap, nak buat kopi untuk Encik Amir.” Pagi-pagi ni sedap minum kopi kan Shahrul..” Kataku.

“Ha’ah betul cakap awak. Hmm kenapa tak buatkan untuk saya sekali? Saya teringin nak rasa kopi awak. Katanya sedap.” Ujar Shahrul.

“Eh tak adalah! Saya buat 3 in 1 jelah.. Kalau awak nak nanti saya buatkan.” Balasku.
“Kak... Nampak Sofea tak?” Soal Amir.

“Rasanya tadi dia ada kat pantry..” Kata Kak Amira.

“Hah buat apa tu...” Kata Amir mencelah perbualan Sofea dan Shahrul.

“Eh abang... Sorry saya tak perasan awak tadi. Saya tengah buat kopi lah.” Balasku.


“Ha’ah bos, Sofea tengah buat kopi untuk bos lah. Dia cakap nanti dia nak buatkan untuk saya sekali.” Ujar Shahrul.

“Dah awak pergi sambung buat kerja awak sana.” Kata Amir kepada Shahrul.

“Sayang... Malam ni abang nak bawak sayang pergi ke suatu tempat yang paling sayang suka.” Kata Amir lalu mencubit pipiku.

“Yelah abang. Nah kopi untuk Encik Amir yang tersayang ni.” Ujarku lalu menghulurkan kopi kepada Amir.
“Sayangku Sofea... Letak kopi atas meja abang.” Kata Amir lalu memegang tanganku. Dia merenung lama wajahku. Aku tersenyum sendiri. Aku terus menarik tanganku dan pergi ke meja Encik Amir.

“Fea, jom keluar lunch dengan akak.” Kata Kak Amira kepadaku yang leka menyiapkan tugasan pejabat.
“Kejap eh kak... Lagi sikit je ni nak siap.” Balasku.

“Alah kerja tu boleh sambung kejap lagi. Nanti perut lapar, siapa yang susah? Akak jugak..” Omel Kak Amira. “Yelah kak, jom..” Jawabku pendek.

“Fea nak makan apa?” Soal Kak Amira. “Fea nak nasi goreng paprik.” Kataku. “Kalau macam tu akak pun nak nasi goreng paprik lah.” Kata Kak Amira. “Dik, nasi goreng paprik dua.” Kata Kak Amira kepada pelayan restoran itu.

“Kesian Encik Amir nanti..” Getus Kak Amira. “Kenapa pulak kak?” Soalku. “Yelah akak keluar lunch dengan setiusaha dia a.k.a isteri dia yang cantik ni..” Ujar Kak Amira. “Dah tu kenapa kak?” Soalku. “Eh buat-buat tak faham pulak dia. Nanti suami Fea cemburu lah keluar lunch dengan akak ni..” Balas Kak Amira.

“Eh tak ada maknanya nak cemburu. Bukannya Fea keluar dengan lelaki. Dengan akak je kot. Fea rasa Encik Amir pun busy sekarang ni sebab papa bagi banyak kerja kat dia.” Ujarku. “Lah patutlah..” Balas Kak Amira.

Selepas keluar lunch dengan Kak Amira, aku terus menyambung kerja aku semula. Aku tengok suami aku nampak macam busy sangat. Tak nak lah kacau dia. Kesian pulak. Ops! Aku lupa nak cerita tentang Melissa yang gedik campur kejam tu, dia dah lama kena pecat. Padan muka! Aku pun tak tau apa cerita dia sekarang.

“Hai...” Tegur Amir.

“Eh, Hai...” Jawabku.

“Busy nampak?” Soal Amir.

“Tak adalah busy sangat macam awak..” Kataku sambil fokus kepada skrin komputer. Banyak pulak kerja hari ni.

“Jangan lupa pulak perjanjian kita malam ni sayang...” Ujar Amir.

“Fea ingat lah sayang.” Kataku.

“Tak keluar lunch ke?” Soal Amir. “Dah pukul berapa dah ni, nak lunch lagi. Fea dah kenyang dah sebab lunch dengan Kak Amira tadi. Abang tak keluar lunch ke?” Soalku. 

“Hmm abang belum lunch lagi lah sayang.. Jom lunch? Tak apa nanti Fea tak payah makan, biar abang makan sorang.” Kata Amir.

“Haish terpaksa lah kena lunch dua kali.” Desis aku di dalam hati.

Amir memandang wajah aku sambil tersenyum. “Wah handsomenya suami aku ni! Kalau hari-hari dia senyum, boleh cair aku..” Getusku di dalam hati.

“Wajahmu yang cantik sentiasa bermain di dalam fikiranku. Bertuah aku dapat kau Sofea Elyna..” Desis Amir di dalam hati.

Aku membalas senyumannya. “Abang tak nak makan ke?” Soalku memecah kesunyian dari tadi. “Tengok muka sayang dah buat abang kenyang.” Balas Amir. “Ish ada-ada jelah abang ni. Makan lah. Nanti kang perut sakit, Fea jugak yang susah nanti.” Kataku. “Kalau macam tu Fea suapkan abang boleh?” Getus Amir. “Boleh aje. Meh sini Fea suapkan. Cepat nganga..” Kataku lalu menyuapkan nasi goreng itu ke dalam mulut suamiku.

“Macam ni lah isteri abang.. Fea sayang abang tak?” Soal Amir. “Mestilah sayang! Fea akan setia dengan abang sampai hujung nyawa Fea.” Ujarku. “Betul ni?” Balas Amir. “Yelah sayang! Abang ni macam tak percaya je..” Omelku seakan merajuk. “Abang suka tengok Fea merajuk.. Nampak comel sangat..” Kata Amir.

“Kalau macam tu, Fea nak merajuk hari-hari lah dengan abang.” Omelku. “Eh mengada pulak dia.. Dah jom sayang, kita balik office. Banyak lagi kerja abang belum siap.” Ujar Amir.

“Wah pantai! Fea suka sangat.. Macam mana abang tau yang Fea sukakan pantai?” Soalku. Fea kan isteri abang.. Mestilah abang tau semua tempat favourite sayang. Abang sengaja bawak Fea datang sini sebab abang nak luahkan segala-galanya kat Fea.” Ujar Amir.

“Ohh.. Serius, Fea memang suka sangat pantai.. Thanks awak! Fea sayang abang..” Kataku lalu memeluk suamiku.

“Sebernanya abang nak bagitau Fea tentang seseorang..” Kata Amir. “Apa maksud abang ‘seseorang’ tu?” Soalku.

“Sebernanya dulu abang pernah cintakan seseorang masa abang dekat London dulu. Nama dia Ariana... Abang mahu memperisterikan dia secara sah tapi dia curang. Dia curang dengan abang Fea! Masa abang datang rumah dia, dia dengan orang lain. Hanya Allah swt je tau betapa sakitnya hati abang ni. Sejak tu, abang tinggalkan dia. Abang jadi playboy semata-mata nak balas dendam.” Terang Amir.

Aku terharu mendengar cerita suami aku ni. Aku sudah tidak terkata apa. Aku hanya mendiamkan diri sahaja. “Lepas tu apa jadik kat Ariana lepas abang tinggalkan dia?” Soalku.

“Itu abang tak tau. Sejak abang jumpa sayang, abang terus jatuh cinta dengan sayang.. Hati abang kata hanya sayang aje boleh bahagiakan abang. Abang akan setia dengan sayang sampai hujung nyawa abang.” Kata Amir.

“Hmm habis tu kenapa abang tak jatuh cinta kat perempuan-perempuan yang abang pernah couple tu?” Soalku.

“Tak sayang.. Abang sebernanya bukan suka pun dengan perempuan tu semua. Semuanya sama.” Ujar Amir.

“Abang ni tak baik tau mempermainkan perasaan perempuan. Habis Fea?”

“Fea lain.. Kan abang pernah cakap, abang cintakan Fea sebab Fea berbeza dengan yang lain. Abang tau Fea ikhlas dengan abang. Fea jujur. Sebab tu abang tak nak Fea curang. Abang tak nak Fea jadik macam Ariana.” Kata Amir.

“Ye abang.. Fea takkan curang. Fea sayangkan abang macam Fea sayangkan keluarga Fea... Fea harap abang takkan ulang kesalalahan abang. Fea harap tak ada orang akan ganggu hubungan kita lagi.” Ujarku lalu air mataku deras mengalir.

“I love you sayang!” Laung Amir lalu memelukku.
“I love you too!” Balasku.

Ya. Aku sungguh mencintai Muhammad Amir Farhan. Hanya dia suamiku, tiada yang lain. Hanya dia sisiku. Ya Allah, kekalkan lah hubungan kami, Amin...




Hanya Dia Suamiku- Bab 22

“Ada apa Puan Aina datang ke rumah saya ni..” Soal Datin Aisyah. “Macam ni Datin.. Saya merayu sangat kat Datin supaya terima anak saya, Melissa sebagai menantu Datin.” Ujar Puan Aina.

“Apa awak cakap? Awak kan dah tau anak saya sudah berkahwin dengan pilihannya, Sofea Elyna. Tapi kenapa awak degil jugak? Dengar sini Puan Aina, saya takkan terima anak awak Melissa tu sebagai menantu saya sebab awak sendiri tau yang dia tu terlalu bebas dengan cara hidupnya.” Balas Datin Aisyah.

“Tapi Datin... Kalau saya tak kahwin kan Melissa dengan Amir nanti dia ugut nak bunuh diri. Saya takut Datin. Saya tak nak kehilangan anak saya.” Kata Puan Aina merayu-rayu kepada Datin Aisyah.

“Saya pun tak nak kehilangan menantu saya. Menantu saya dah cukup baik dan sempurna untuk Amir. Saya bimbang Sofea tak dapat terima hakikat yang dia akan bermadu. Macam ni lah Puan Aina.. Sebagai ibu, kita kena fikir dahulu sebelum membuat keputusan. Melissa boleh cari ramai lagi lelaki dekat dunia ni. Maafkan saya kerana tak dapat memenuhi kemahuan anak awak itu.” Ujar Datin Aisyah.


“Kalau macam tu, tak apalah Datin.. Terima kasih kerana sudi jumpa saya hari ni.” Kata Puan Aina. 

“Amir.. Sebelum aku terlambat, aku nak mintak maaf kat kau.” Kata Danial.

“Kau ni dah kenapa weh? Kau tak ada buat salah kat aku pun. Buat apa nak mintak maaf.” Ujar Amir.
“Hmm.. Sebernanya Sofea kena culik disebabkan aku. Sebelum kau pergi honeymoon tu, aku ada bagitau Melissa semua aktiviti kau. Dia paksa aku weh. Aku rasa memang Melissa yang culik isteri kau. Aku dapat rasakan dia berkomplot dengan seseorang yang kita sendiri tak tahu siapa. Tapi sumpah weh, lepas aku bagitau semua aktiviti kau, aku dah tak masuk campur pasal semua ni.. Lagi sekali aku nak mintak maaf kat kau Amir.” Terang Danial.

“Betul ke apa yang kau cakap ni hah! Sanggup kau tikam aku dari belakang eh? Sampai hati kau Danial! Aku tak sangka yang kau akan buat semua ni. Tapi tak apalah. Walau apa pun, kau tetap kawan aku. Aku memang dah agak. Ni semua kerja Melissa. Tak guna punya perempuan!” Getus Amir.

“Hmm lebih baik kita report polis sekarang. Sebab Sofea dah kena culik dua hari..” Ujar Danial.
“Nanti dulu, Danial.. Aku dah sediakan duit tebusan tu. Aku nekad nak selamatkan isteri aku. Aku sayangkan dia. Aku tak sanggup kehilangan dia!” Balas Amir. Eh kejap! Ada orang sms aku ni..” Desis Amir.

Muhammad Amir Farhan.. Mne duit tu? Dh 2 ari aq tunggu.

“Aku rasa Melissa yang hantar sms ni. Dia ni licik! Dia guna nombor Sofea supaya orang tak kenal dia.” Ujar Danial.

Aq akn bgi duit tebusan tu. Tpi kau bgitau aq kt mne aq perlu jumpa kau!
Dkt hutan blkg Petronas, tepi sungai.
Ok.. Tpi kau kene janji ngn aq, kau kene bwk isteri aq sekali!
No problem! Hmm ingat, jgn bwk sesiapa. Klau kau libatkan polis, siap kau!

“Weh aku gerak dulu...” Ujar Amir.

“Habis aku macam mana?” Soal Danial.

“Pandai-pandai kau lah.. Sebernanya aku nak bawak kau sekali. Tapi dia cakap kalau aku bawak sesiapa nanti dia sakitkan Sofea.” Balas Amir.

“Tak apa lah kalau macam tu..” Ujar Danial.


Amir ternampak kelibat seorang perempuan seksi dan seorang lelaki. “Kejap, lelaki yang berada di sebelah Melissa tu, macam aku pernah nampak. Tapi kat mana eh?” Getus Amir.

“Sayang.. Hero kita dah datang.” Kata Melissa sambil menepuk tangannya. “Mat, kau bawak keluar perempuan tu..” Ujar Adam.

“Eh Melissa! Mana isteri aku? Kau dah janji kan nak bawak dia.” Ujar Amir.

“Kau jangan risau.. Dia ada. Mana duit tu?” Soal Melissa.

“Nah ambik ni! Mana isteri aku?” Kata Amir lalu menyerahkan duit tebusan itu kepada Melissa.

“Abang! Tolong Fea abang!” Jeritku memanggil suamiku.

“Fea!” Laung Amir.

“Tunggu dulu bro.. Aku rasa kau tak layak untuk dia! So, tak guna dia hidup kat dunia ni lagi.” Kata Adam lalu memacu pistol ke arahku.

“Tidak! Nur Sofea Elyna!” Laung Amir lagi.

Adam hampir-hampir menembakku. Namun gagal. Polis segera menembak Adam. Aku terus pergi ke arah suamiku dan memeluknya. “Abang.. Fea sayang abang!” Getusku. “Selagi abang ada, sayang jangan risau. Abang takkan benarkan sesiapa sakitkan sayang lagi...” Ujar Amir. Aku menangis teresak-esak pada masa itu.

“Aku pelik. Siapa yang report polis?” Desis Amir di dalam hati.

Melissa berjaya melarikan diri. Dia tergamam. Orang upahannya telah ditangkap polis. Begitu juga dengan Adam.

“Nasib baik korang selamat.” Kata Danial mencelah.

“Ohh rupanya kau lah yang report polis? Bagus Danial.. Kalau tak aku akan hilang isteri yang paling aku cintai ni.” Balas Amir lalu mencium dahi aku.

“Mestilah. Dah tanggungjawab aku. Korang kan kawan aku jugak.” Jawab Danial.
“Tapi.. Melissa dapat larikan diri.” Kataku.

“Biarlah dia.” Getus Amir.

“Nanti kalau dia ada rancangan lain macam mana?” Soalku.

“Tau lah abang nak kerjakan dia nanti.” Balas Amir.

“Weh, aku rasa baik kita bawak Sofea ke hospital.. Aku tengok Sofea macam kena pukul je. Tengok muka dia macam tak bermaya kan.” Kata Danial.

“Hmm sayang cakap betul-betul, Melissa ada pukul sayang tak?” Soal Amir.

“Ye bang.. Dia seksa Fea. Fea dah dua hari tak makan. Fea dah tak sanggup lagi.” Kataku lalu pengsan.

“Fea!” Jerit Amir lalu mendukungku.

Amir dan Danial terus membawa Sofea ke hospital. “Walau apa pun yang terjadi aku akan tetap setia bersamamu sayang..” Desis Amir di dalam hati.

N3 Beauty Care by Azuerra

Assalamualaikum guys..

Now, Ira nak promote tentang salah satu produk kecantikkan yang tengah popular sekarang ni. Produk ni diurus oleh Mak lang Ira a.k.a Azuerra. Dia just advisor aje. Nama produk ni, N3 Beauty Care. Mesti korang pernah dengar kan? Hehe :)

Photo: Tak pandai nak susun,tapi okay la ni!! #N3BeautyCare #SkinCare #palingberkesan #jerawat #jeragat

Azura Mohd Noor

Haa ni Mak lang Ira.. Cantik kan dia? Dia juga pengguna N3 Beauty Care. Dah setahun dah dia guna produk ni. So, sesiapa yang berminat sila whatsapp 016-7798384 (Azuerra) . 

Ataupun pergi kat blog dia terus : http://azuerran3.blogspot.com/

Okay bye ! 

Hanya Dia Suamiku- Bab 21

Aku memandang wajah tiga orang penculik itu. Tiga-tiga sedang nyenyak tidur. Aku cuba cari jalan keluar. Tapi.. Macam mana dengan keadaan aku yang terikat ini? Aku cuba membuka tali ikatan. “Yes terbuka jugak!” Selepas itu, aku cuba membuka ikatan di badanku pula. Alhamdulillah akhirnya aku bebas. Aku jalan perlahan-lahan dan terus menuju ke tingkap yang berdekatan.

“Tapi tingkap ni kecik sangat. Macam mana aku nak bukak eh? Hah ada pun!” Aku mengambil kerusi yang aku duduk tadi dan terus memecahkan tingkap tersebut.

“Bunyi apa tu.. Ohh kau nak lari eh! Guys perempuan ni nak lari..” Kata salah seorang penculik itu kepada dua orang kawannya. Dia terus menarik tanganku dan mengikat semula seluruh badanku. “Kali ni kau takkan terlepas. Weh Mat, kau pergi panggil Cik Melissa sekarang!” Ujar penculik itu.

“Mana kau nak lari hah perempuan!” Getus Melissa lalu menumbuk pipiku. “Sakitlah!” Kataku. “Mat, bukak ikatan ni sekarang! Aku nak bagi pengajaran sikit kat perempuan ni.” Ujar Melissa.
“Adam? Kau pun sama?” Soalku.

“Yup. Aku nak balas dendam kat kau. Kalau kau nak tau, sebernanya hari tu aku yang langgar kau sampai kau hilang ingatan tu..” Balas Adam. Bibirnya hampir-hampir mahu mencium aku. “Adam, please... Ingat rancangan kita!” Ujar Melissa mencelah. Melissa terus menarik tanganku hingga ke suatu tempat. 


“Tak guna kau Adam! Argh sakitlah! Kau nak bawak aku pergi mana hah?” Soalku. “Pantai.” Kata Melissa lalu menolak aku ke seberang laut. Aku lemas seketika. Kemudian, Melissa menarik rambutku dan mencekik aku sepuas hatinya.

“Sayang.. Dah lah tu. Kesian pulak I tengok dia.” Kata Adam.

“Kesian? Biar padan dengan muka dia!” Balas Melissa.

“Tolong!!!” Aku menjerit sekuat hati aku. Air mataku terus mengalir.

“Tak guna kau mintak tolong.. Aku akan seksa kau sampai aku puas!” Getus Melissa.

Lama-kelamaan aku tidak sedarkan diri. “Biy, tolong angkat dia. Kurung perempuan ni kat tempat tadi.”  Ujar Melissa.

Aku membuka mataku perlahan-lahan. “Ya Allah ujian apa yang sedang engkau berikan kepadaku ini.. Cekalkan lah hatiku ini.” Ucapku di dalam hati. “Laparnya.. Dah dua hari aku tak makan.” Desis aku di dalam hati.

“Abang tolong Fea... Fea rindu abang sangat-sangat! Fea dah tak sanggup hidup dalam keadaan macam ni.” Getusku lalu air mataku deras mengalir.


Amir cuba menelefon sahabatnya, Danial. Nasib baik dia jawab panggilan aku.


Bro, tolong aku! Aku nak kau balik sini, hari ni jugak! Bini aku kena culik weh..
Apehal ni weh? Bini kau kena culik?
Tak payah banyak tanya lah.. Aku busy sekarang ni. Aku tengah carik bini aku, tapi semua tempat tak jumpa. Please lah weh.. Aku betul-betul harapkan kau!
Okay okay! Petang ni aku bertolak. Kau sabar dulu. Nanti esok kita carik dia sama-sama okay? By the way, kau tak report polis ke?
Okay thanks bro! Penculik tu tak bagi aku report polis. Dia nak duit tebusan.

Amir terus mematikan talian. Dia menghembus nafas lega kerana Danial sudi membantunya. 

Saturday 14 December 2013

Hanya Dia Suamiku- Bab 20

“Aku rasa macam tak sedap hati lah.. Van putih tu asyik ikut aku aje.” Desis Sofea di dalam hati. Aku pantas menekan minyak dan memandu keretaku dengan laju untuk pulang ke rumah.

Setelah tiba di rumah, aku menelefon suamiku. Jam sudah menunjukkan pukul 4.30 petang. Lagi beberapa minit sahaja. Amir kata nanti naik flight pukul 5.30. Ni batang hidung dia pun aku tak nampak. Sabar jelah! Nasib baik dia jawab panggilan aku.

Awak kat mana? Ni lagi berapa minit jek. Batang hidung awak pun saya tak nampak. Cepat sikit tau.. Saya dah tak sabar ni!
Saya on the way nak balik rumah lah ni.. Fea tunggu je sampai abang balik. Jangan pergi mana-mana tau.
Yelah awak. Saya dah lama sampai rumah ni. Tak sabar nak naik flight ni! Awak!!!

Tiba-tiba talian terputus. Amir hairan. Kenapa isteri aku tiba-tiba menjerit? Mesti ada apa-apa yang tak kena ni. Tadi aku dengar suara dia macam happy, excited sangat. Sekarang ni macam orang kena... Sofea!!! Laung Amir.


Amir semakin risau tentang isterinya itu. Apakah yang berlaku kepada isterinya? Padahal hari ini, hari yang paling istimewa bagi mereka berdua. Amir terus menekan minyak dan memandu dengan had kelajuan yang paling laju. 

“Shahrul? Kau buat apa datang rumah aku ni! Sofea mana? Mesti kau ada buat apa-apa kat dia kan..” Kata Amir lalu menarik kolar baju Shahrul.

“Mana ada bos! Saya datang sini sebab nak selamatkan Sofea.” Balas Shahrul.

“Kau siapa nak selamatkan dia? Kau bagitau aku apa yang berlaku sebernanya pada bini aku.” Ujar Amir.
“Se.. Se.. Sebernanya tadi Sofea ada sms saya. Dia mintak tolong selamatkan dia. Dia kena culik. Dia tak sempat nak cakap kat bos sebab penculik tu dah cekup mulut dia.” Terang Shahrul.

“Apa! Bini aku kena culik? Ya Allah! Tapi aku pelik, macam mana dia boleh sms kau, bukan aku?” Soal Amir.

“Tak sebelum dia call bos, dia sms saya dulu. Dia kata dia tak sedap hati sebab ada van putih ikut dia dari belakang masa dia nak balik lepas jumpa kawan dia. Then yang lain tu saya tak berapa pasti sangat.” Kata Shahrul.

“Tapi kenapa dia tak cerita kat aku pun pasal semua ni..” Desis Amir di dalam hati. “Dah jom kita carik Sofea dulu. Kalau tak jumpa jugak, aku terpaksa report polis.” Ujar Amir kepada Shahrul. “Tapi bos.. Sofea kan kena culik? So lebih baik kita terus report polis.” Kata Shahrul. “Kau nak ke tak nak tolong aku ni? Kalau tak nak, kau boleh balik. Tak payah busybody!” Balas Amir.

“Yelah bos. Saya nak.. Saya kan kawan Sofea jugak.” Jawab Shahrul.

“Aku kat mana ni.. Ya Allah! Badan aku, mata aku...” Jeritku.

“Kau boleh diam tak! Nak aku ikat mulut kau jugak ke? Kira untung aku just ikat badan kau, tangan kau dan tutup mata kau dengan kain. Kalau kau nak aku tutup mulut kau, boleh jugak. No problem!” Kata penculik itu.

“Eh kau siapa hah! Aku tak kenal kau.. Lepaskan aku lah bodoh!” Kataku.

“Kau tak payah nak marah-marah aku. Sebab aku bukan nak pun culik kau. Sebernanya mula-mula aku rasa bersalah nak culik kau sebab kau ni lawa. Muka cantik. Tapi nak tak nak, aku ni diupah orang. So, kenalah jalankan tugas aku!” Balas penculik itu lagi.

“Weh lepaskan aku lah! Siapa yang upah kau? Aku merayu kat kau.. Bagitau lah aku!” Kataku.

“Aku... Mesti kau kenal siapa aku kan.” Kata Melissa lalu membuka kain yang menutupi mataku.

“Melissa? Eh perempuan! Lepaskan aku lah.. Tak guna kau culik aku. Baik kau bunuh je aku. Sebernanya kau nak apa lagi dari aku?” Kataku lalu menggoyangkan badanku.

“Aku nak apa dari kau? Eh betina! Sebernanya kau kan yang suruh Amir cancel wedding kitaorang. Disebabkan kau, aku dengan Amir tak jadik kahwin. Aku kalau nak kan sesuatu, aku nekad.” Ujar Melissa lalu menunjal kepalaku.

“Untuk pengetahuan kau Melissa, Amir sendiri yang cancel wedding tu! Aku tak suruh pun... Lepaskan aku lah weh!” Jeritku.

Melissa terus menarik rambutku. “Sofea, Sofea... Aku takkan lepaskan kau selagi aku tak dapat duit tebusan. Dan lepas aku dapat duit tu, kau jangan risau. Time tu aku akan bunuh kau depan mata dia!” Getus Melissa.

“Aku tak nak mati senang-senang macam tu jek lah!” Kataku.

Melissa tersenyum sinis. “Bak sini handphone kau..” Kata Melissa lalu merampas handphone aku. Melissa terus menghantar sms kepada Amir.

To : My husband
Aq nk duit tebusan sebanyak sejuta! Kau jgn risau, Sofea selamat di tangan aq. Klau kau nk dia, kau kena bgi duit tu dulu. Tpi ingat, jgn libatkan polis dlm hal ni. Klau x, aq akn bunuh bini kau!

“Kau cakap apa hah dengan laki aku!” Getusku.

“Adalah rahsia..” Jawab Melissa.

“Siapa pulak ni sms aku ni.. Tak pasal-pasal tadi aku kena cancel kan honeymoon tu.” Getus Amir. Esok aku akan carik bini aku sampai dapat!

From : My wife
Aq nk duit tebusan sebanyak sejuta! Kau jgn risau, Sofea selamat di tangan aq. Klau kau nk dia, kau kena bgi duit tu dulu. Tpi ingat, jgn libatkan polis dlm hal ni. Klau x, aq akn bunuh bini kau!

“Eh ni bukan dia ni.. Aku kena buat sesuatu. Tapi dia kata jangan libatkan polis? Peduli apa aku. Tapi siapa yang buat semua ni?” Getus Amir. Takkan Melissa? Tak mungkin. Amir terus membalas sms itu.

To : My wife
Ok. Tpi kau kena bagitau aq, mane bini aq?

Hmm cepatnya dia balas.

Opps! Aq x leh bgitau kau dulu. Lps kau bgi duit tu nnti, aq akn srhkan bini kau.

Pada malam itu, Amir tidak dapat tidur dengan nyenyak. Dia asyik memikirkan keadaan isterinya. Adakah Sofea selamat di sana? Dia memandang wajah isterinya di dalam gambar perkahwinannya itu. Manis senyumannya. Hanya Allah swt saja tau betapa rindunya dia pada Sofea Elyna. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...