“Beb, kau apa cerita sekarang?” Soal
Sarah kepada Melissa. “Aku macam ni jelah.. Masih mengharapkan cinta dia.” Ujar
Melissa. “Tulah kau.. Aku nak kenalkan kau dengan member-member aku, kau tak
nak.
Diaorang lagi handsome tau!” Kata Sarah. “Ni bukan masalah handsome atau
tak handsome. “Masalahnya, aku cintakan dia. Aku sanggup buat apa je untuk Amir
Farhan.. Tapi apa aku buat, semua tak menjadi. Ni semua disebabkan perempuan
tu! Haritu aku nak bunuh dia, tapi dia terselamat sebab polis datang.” Terang
Melissa.
“Ohh habis tu macam mana?” Soal Sarah.
“Aku sempat lari. Tapi malangnya orang-orang aku semua dah kena tangkap. Aku
dah tak tau nak buat apa dah. Nak balik rumah mama aku, takut polis cari aku.”
Getus Melissa. “Hmm kalau aku jadik kau kan beb, aku give up. Kalau dia dah tak
nak kita, berlambak kat luar sana nak kan kita tau.” Balas Sarah.
“Aku kalau nak kan sesuatu, aku nekad.
Fikiran aku sekarang tengah buntu. Aku betul-betul tak tau nak buat apa.” Kata
Melissa.
“Haa aku ada idea! Apa kata kau malukan
dia... Come on lah beb! Kau kan model cantik, seksi. Takkan kau tak pernah
simpan gambar-gambar time korang tengah couple dulu. Then kau hantar
gambar-gambar tu kat wartawan. Confirm dia malu punya! Time tu bini dia pun
akan tinggalkan dia.” Terang Sarah.
“Kau ni diam-diam tapi otak kau geliga
jugak eh... Aku setuju dengan idea kau tapi aku takutlah.” Ujar Melissa.
“Nak takut apanya.. Dulu kau kat London,
kau kata kau Hot kan? Semua kau berani buat. Tapi sekarang, kenapa kau nak
jadik pengecut pulak.” Getus Sarah.
“Yelah beb.. Dah lah sekarang polis
tengah cari aku.” Balas Melissa.
“Kau ni harap muka je lawa tapi tak ada otak nak fikir.
Macam ni, kau bayar lah wartawan mana-mana, suruh lah diaorang sebarkan gambar
tu. Terus meletop kau! Time tu nama keluarga Amir akan tercemar.” Cadang Sarah.
“Wow tak sangka aku kau boleh bijak
macam ni sekali. Nanti aku try. Biar padan muka dia.” Kata Melissa.
“Hah macam ni lah baru kawan aku..” Ujar
Sarah.
“Sayang... Kenapa termenung
sorang-sorang tu?” Soal Amir lalu duduk di sebelahku. “Tak adalah bang.. Fea
cuma risau je.” Balasku. “Risau pasal apa? Abang kan ada.. Fea ada masalah ke?
Cerita lah kat abang.” Ujar Amir. “Fea takut ada orang ganggu rumah tangga kita
lagi. Fea tak nak semua tu berlaku.” Kataku.
“Tak sayang... Tak ada siapa lagi yang
akan pisahkan kita kecuali ajal. Abang sayangkan Fea. Dan abang janji, abang
takkan curang lagi dengan Fea.” Kata Amir.
“Kalau Melissa datang kembali dalam
hidup abang macam mana? Fea takut dia rampas abang dari Fea. Sebab masa Fea
kena culik hari tu, Fea nampak dia sorang je yang dapat larikan diri. Sebab
tulah Fea takut dia ada rancangan lain.” Ujarku.
“Fea jangan risau... Kalau dia datang
kembali dalam hidup abang sekalipun, abang akan tetap setia dengan sayang. Fea
jangan takut, abang kan ada. Fea jangan lah macam ni.. Tak comel lah.. Abang
nak Fea bagi senyuman yang paling manis untuk abang.” Kata Amir.
Aku terus menghadiahkan senyuman yang
paling manis untuk suamiku yang tersayang ini.
“Haa macam tu lah isteri abang..” Ujar
Amir.
“Abang.. Fea nak pergi dapur kejap, nak
buat maggi.. Lapar lah. Abang nak Fea buatkan untuk abang sekali ke?” Soalku
lalu mengatur langkah ke dapur untuk memasak maggi.
“Boleh jugak. Abang pun tengah lapar
ni..”
“Abang! Maggi dah siap..” Kataku riang.
Aku dan Amir sama-sama menikmati
kelazatan maggi itu. Ceh! Malam-malam macam ni memang sedap makan maggi..
Selepas itu, aku mengajak Amir untuk
menonton filem seram. Aku menyediakan air milo panas bersama biskut marie.
“Abang.. Jom tengok cerita pocong ni. Fea tengok tak adalah seram sangat.”
“Yeke tak seram? Betul ni Fea tak
takut.. Kang nanti tak boleh tidur pulak.” Seloroh Amir. Sedang kami berdua
leka tengok cerita tu, tiba-tiba aku menjerit sebab wajah pocong tu terpampang
di depan tv. “Kan abang dah cakap tadi.” Kata Amir.
Lama-kelamaan aku tertidur di atas peha
suamiku. Amir terus mendukung aku sampai ke bilik dan meletakkan aku di atas
katil. “Abang...” Panggilku. “Ya sayang?” Soal Amir. “Thanks sebab sudi teman
Fea tengok tv tadi.”
“No problem sayang... Fea jangan tidur
dulu!”
“Abang nak apa lagi? Fea penat lah
bang..” Omelku.
“Jom kita buat anak?” Soal Amir spontan.
Aku terus membeliakkan mataku. “Apa aku
nak jawab ni? Ish menyesal aku tidur sebilik dengan dia! Sabar Fea.. Dia kan
suami kau. Tak baik jadi isteri derhaka!” Desis aku di dalam hati.
“Tak nak lah bang.. Fea kan dah cakap
tadi, Fea penat. Nanti kita pergi honeymoon kat Paris, kita buat anak kat sana
eh bang?” Selorohku.
“Banyak lah awak! Abang tak kira. Jom
sayang!” Kata Amir lalu memeluk badanku. Aku lemas di dalam pelukannya. Ish dia
ni! Rimas aku dibuatnya..
Akhirnya aku mengalah juga. Biarlah dia.
Dia suami aku yang tercinta. Suka hati dia lah nak buat apa pun. Asalkan kami
bahagia.
Tweet
Citer ni ada plot ''Playboy itu suami aku'' yg part pantai tu . hehe . btw nice citer ni ..
ReplyDelete@Fatin Hehe sikit jek kan ? Thanks sebab sudi baca novel kita :)
ReplyDelete