“Sayang... Fea ingat abang tak?” Soal
Amir kepadaku. Aku memandang sekeliling. Di dalam fikiranku hanya ada
keluargaku, Nadia dan kawan-kawanku yang lain. Tapi kenapa aku tak ingat
langsung pasal suami aku. “Sorry.. Saya tak ingat apa-apa pun tentang awak.”
Balasku. “Fea kenapa ni.. Mami tak sangka Fea boleh ingat family kita, Nadia
dan kawan-kawan yang lain je. Tapi kenapa Fea tak ingat langsung pasal suami
Fea?” Ujar Puan Marissa.
“Mami.. Jangan paksa Fea untuk ingat
dia. Otak Fea tengah serabut sekarang ni.” Ujarku lalu bergegas ke bilikku.
Baru sahaja Amir mahu mengikut aku, Nadia terus menghalangnya. “Awak.. Saya
rasa dia perlukan saya dalam masalah ni.” Kata Nadia. “Tapi saya ni kan suami
dia..” Getus Amir. “Ini bukan masa yang sesuai” Ujar Nadia.
“Weh kenapa dengan kau ni Sofea..” Soal
Nadia. “Kau boleh lagi tanya aku kenapa eh. Kau dah tau aku hilang ingatan,
lagi kau tanya soalan bodoh macam tu. Sumpah, demi Allah aku tak ingat apa-apa
pun pasal lelaki tu.” Balasku. “Sorry buat kau marah. Aku tau ingatan kau belum
pulih sepenuhnya. Kalau aku kau boleh ingat kenapa dia kau tak boleh ingat.
Habis tu dalam ingatan kau macam mana?” Soal Nadia.
“Apa yang ada dalam kepala otak aku
sekarang, aku masih single dan still belajar dekat Universiti Sains Malaysia
tu.” Balasku. “Ya Allah Fea.. Kau dah lama habis belajar dekat kolej tu. Dah dapat
Ijazah dah pun. Ni semua berlaku sebelum kau accident. “Boleh aunty masuk?”
Soal Puan Marissa mencelah.
“Boleh aunty.. Masuk lah.” Ujar Nadia.
“Fea.. Nah ni album perkahwinan Fea. Mana tau selepas Fea tengok album ni
ingatan Fea boleh ingat siapa Amir.” Kata Puan Marissa.
“Nad, mami.. Boleh tinggalkan Fea
sorang-sorang tak. Fea nak tenangkan fikiran kejap.” Ujarku. Aku membuka helain
demi helaian album perkahwinan tu. “Betul ke ni aku dah kahwin dengan mamat ni.
Macam tak percaya je. Handsome tapi nampak macam poyo je. Macam mana lah dia
boleh kahwin dengan aku. Aku dah lah tak cantik! Pelik, dia boleh terpikat
dengan aku.” Getusku.
“Siapa cakap isteri abang ni tak
cantik?” Ujar Amir tiba-tiba muncul di dalam bilikku. “Kau lagi.. Kenapa kau
selalu menyibuk hah? Aku kan tak cantik, selekeh. Macam mana kau boleh terpikat
dengan aku.” Balasku. “Abang kahwin dengan sayang bukan kerana paras rupa tapi
abang tahu sayang tak macam perempuan lain. Tapi abang jujur, sayang memang
cantik.” Kata Amir.
“Fea.. Sebernanya esok abang nak bawak
balik Fea. Fea nak tak?” Soal Amir lalu duduk di sebelah isterinya. Dia
merenung lama wajah gadis yang amat dicintainya itu. “Hello... Aku nak ikut kau
balik? Memang tak lah! Aku tak biasa lah duduk dengan orang yang aku tak
kenal.” Kataku. “Tapi, Fea kena ikut jugak. Kita kan suami isteri yang sah.”
Getus Amir.
“Hmm okay. Tapi boleh tak jangan pandang
aku macam tu?” Jawabku. “Boleh je sayang.. Betul ni Fea nak ikut abang balik?
Tadi kata tak nak.”
“Betul
lah cik abang oi. Tadi lain. Sekarang aku nak ikut kau banyak cerita pulak..” Getusku.
Setelah Amir keluar dari bilikku, mami pula yang masuk.
“Fea...” Panggil Puan Marissa. “Ya
mami?” Balasku. “Mami harap sangat Fea sembuh sepenuhnya. Mami rindu anak mami
yang dulu. Mami harap lepas ni Fea tinggal dengan Amir semula, Fea dapat ingat
semuanya. Mami akan sentiasa doakan kebahagiaan kamu berdua.” Terang Puan
Marissa. “Ya. Fea pun harap macam tu jugak. Tapi bagi Fea masa untuk ingat
semuanya okay?” Kataku. “Baguslah kalau macam tu. Macam ni lah baru anak
mami..” Aku terus memeluk mamiku. Air mataku deras mengalir. “Fea sayang mami
sangat-sangat!” Kataku di dalam hati.
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum ! Tinggalkan komen korang :)