Azan Subuh berkumandang. Sofea terus
bangun dan mengambil wuduk. Dia menunaikan solat Subuh dua rakaat. Selepas itu,
dia menadah tangan dan terus berdoa.
“Ya Allah, kuatkanlah iman hambamu ini..
Jika Muhammad Amir Farhan ialah jodohku, aku terima seadanya. Tetapi aku mohon
padamu supaya jangan lah pisahkan dia dariku.” Ucap Sofea lalu melipat
telekungnya. Alah selalunya Nadia ada. Takut jugak aku duduk sorang-sorang
dalam rumah ni. Apa lah dia ni. Pergi balik awal-awal rumah family dia buat
apa. Cuti semester yang pertama lambat lagi. Minggu depan jek kut..” Omelku.
“Eh siapa pulak call aku pagi-pagi buta
ni?” Kataku.
Hello.. Siapa ni?
Ni aku lah Amir Farhan. Kan kau dah save
nombor telefon aku, takkan tak ingat kut?
Ohh... Sorry lah aku terdelete nombor
kau. Kau nak apa call aku pagi-pagi buta ni..
Saja. Aku rindu kau lah!
Eleh rindu konon.. Baik tak payah call.
Cepat lah kau nak apa?
Kau dah lupa eh? Hari ni kan aku nak
bawak kau jumpa family kau. Kau ni asyik lupa aje. Banyak makan semut lah ni.
Haah! Sorry lah. Sedap jek mulut kau
kata aku banyak makan semut. Semut mana boleh makan. Sengal!
Yelah yelah. Dah pergi siap cepat, nanti
kejap lagi aku datang ambik kau.
Okay Encik Buaya Darat!
Apa kau panggil aku tadi? Aku tak dengar
lah..
Tak ada apa lah.
Aku terus mematikan talian. Takut kang
lebih-lebih nanti dia fire aku pulak. Tapi kesian jugak kat dia. Habis kredit
dia call aku lama-lama.
“Woi rumah kau kat mana?” Soal Amir.
“Johor Bahru” Balasku. “Mak aih.. Jauhnya!”
“Padan muka kau Amir! Nak sangat jumpa
family aku kan..” Getus Sofea di dalam hati. Lama-kelamaan Sofea terus tertidur
dan dia tidak perasan yang kepalanya sudah terlentok di bahu Amir. “Comel muka
dia” Puji Amir di dalam hati.
Tepat pukul 2 petang, kereta BMW milik
Amir sudah masuk ke rumah Banglo lima tingkat. “Ni ke rumah minah ni? Besarnya!
Rumah dia mengalahkan rumah aku.” Getus Amir di dalam hati. Amir menarik rambut
tocang Sofea. Sofea terus terjaga dari tidurnya. “Eh kita kat mana ni? Dah
sampai ke?” Soal Sofea.
“Kita dah lama sampai...” Balas Amir.
“Assalamualaikum... Mami!” Ucap Sofea.
“Waalaikumusalam... Eh Fea! Kenapa datang tak bagitau mami ni..” Kata Puan
Marissa kepada anak perempuannya. Dia terkejut melihat anak perempuannya datang
secara tiba-tiba.
“Tak adalah mami. Fea sebernanya rindu
sangat nak jumpa mami.. Mami, mana daddy?” Soal Sofea lalu memeluk mami nya.
“Daddy macam biasa lah sibuk kat office aje. Ni siapa pulak ?” Soal Puan
Marissa lalu menunjukkan jarinya kepada Amir.
“Eh lupa pulak Fea nak kenalkan mamat
ni. Mami, ni Amir Farhan. Kawan Fea. Adoi! Sakit kaki aku kau pijak.. Opps
salah pulak, bakal menantu mami.” Kata Sofea.
Euw! Kalau ikutkan hatiku, geli aku nak sebut perkataan tu. Sabar
Sofea..” Getus Sofea di dalam hati.
“Ohh Amir Farhan.. Handsome jugak bakal
menantu mami ni. Eh Fea.. Fea masih belajar kat Universiti Sains Malaysia tukan?”
Kata Puan Marissa. “Yup..” Balas Sofea pendek.
“Habis tu kenapa dah nak kahwin dah?
Cepat sangat.. Umur Fea baru sembilan belas tahun kan?” Soal Puan Marissa lagi.
“Tak adalah aunty.. Sebernanya saya dah
plan dengan Fea awal-awal lagi. Saya dah bincang dengan family saya tentang perkahwinan
kami. Tu yang kami berdua mintak restu aunty ni.. Kalau boleh bulan depan.”
Terang Amir mencelah.
“Mami jangan percaya cakap dia!” Kataku.
Amir terus menekup mulutku. “Kenapa dengan kamu berdua ni?” soal mamiku. “Eh
tak ada apa lah mami.. Opps aunty.” Kata Amir.
“Kalau itu keputusan kamu berdua, aunty
tak kisah. Lagipun aunty memang nak kahwinkan si Fea ni cepat-cepat. Nanti
aunty bincang dengan daddy Fea ni.” Kata Puan Marissa.
“Mak Jah.. Tolong hidangkan air dan
keropok lekor untuk mereka berdua ni. Sebelum tu mami nak tanya Fea ni.. Malam
ni, Fea nak tidur sini ke?” Soal Puan Marissa. “Ye kot.. Mesti lah nak tidur
sini! Fea rindu sangat-sangat nak tidur dengan mami.” Kataku. “Hish Fea jangan
nak mengada lah! Habis bakal menantu mami, Amir ni macam mana?” Soal Puan
Marissa lagi.
“Pandai-pandai lah dia.. Alah Amir tidur
dekat bilik tetamu lah. Takkan mami dah lupa kot? Amir kan dah kira tetamu
mami. Mesti lah dia kena tidur dekat bilik tetamu.” Balasku.
Aku terus ke dapur dan memeluk belakang
Mak Jah. Aku sudah menganggap Mak Jah sebagai mak kandungku kerana dia bekerja
di sini dari aku kecil lagi. “Mak!” Panggilku. “Ye sayang oi..” Balas Mak Jah.
“Fea rindu lah dekat mak.. Dah lama Fea tak balik rumah makan masakan mak kan?
Haa cuti semester dah nak dekat. Boleh lah Fea tidur sini hari-hari.” Kataku
sambil membuat muka ‘puppy face’.
“Yelah Fea.. Tidur lah sini puas-puas.
Lagipun Fea kan dah nak jadik isteri orang..” Seloroh Mak Jah. “Alah mak ni..
Ke situ pulak. Hmm mak tengah buat apa tu? Nak tolong!” Jeritku. “Tengah buat
air fresh oren dengan goreng keropok lekor..” Balas Mak Jah. “Apa keropok
lekor? My favourite food!” Kataku lalu menjamah sedikit keropok lekor yang
sudah digoreng.
“Hmm aunty.. Amir nak tanya something
boleh tak?” Soal Amir. “Tanya lah. Anything
you can ask me.” Balas Puan Marissa.
“Fea ada berapa orang adik-beradik?
Betul ke kawan baik dia, Nadia cakap yang Fea ni ego dia tinggi?” Soal Amir
satu persatu kepada Puan Marissa.
“Fea ada tiga orang adik-beradik
termasuk dia. Fea anak bongsu. Yang sulung abang dia dan yang kedua kakak dia.
Tak silap aunty ye kot.. Sebab dulu time di tingkatan lima, dia pernah bergaduh
dengan seorang lelaki sampai masuk disiplin. Katanya lelaki ni selalu kacau
dia. Si Fea ni tak mahu mengalah dan disebabkan egonya terlalu tinggi, budak
lelaki yang sebaya dengan Fea ni habis dipukul nya.” Terang Puan Marissa.
“Tak sangka bakal isteri aku ni garang
bebenor.” Getus Amir di dalam hati. “Habis tu aunty pernah tengok budak lelaki
tu kena macam mana? Teruk sangat ke?” Kata Amir. “Teruk jugak lah. Aunty tengok
sampai lebam matanya kena tumbuk.” Balas Puan Marissa. “Wah habis lah aku
nanti.” Kata Amir di dalam hati.
Tweet
Habislah kau Amir. Kah..kah..kah..
ReplyDelete