Tuesday 17 December 2013

Hanya Dia Suamiku- Bab 24

“Beb, kau apa cerita sekarang?” Soal Sarah kepada Melissa. “Aku macam ni jelah.. Masih mengharapkan cinta dia.” Ujar Melissa. “Tulah kau.. Aku nak kenalkan kau dengan member-member aku, kau tak nak. 
Diaorang lagi handsome tau!” Kata Sarah. “Ni bukan masalah handsome atau tak handsome. “Masalahnya, aku cintakan dia. Aku sanggup buat apa je untuk Amir Farhan.. Tapi apa aku buat, semua tak menjadi. Ni semua disebabkan perempuan tu! Haritu aku nak bunuh dia, tapi dia terselamat sebab polis datang.” Terang Melissa.

“Ohh habis tu macam mana?” Soal Sarah. “Aku sempat lari. Tapi malangnya orang-orang aku semua dah kena tangkap. Aku dah tak tau nak buat apa dah. Nak balik rumah mama aku, takut polis cari aku.” Getus Melissa. “Hmm kalau aku jadik kau kan beb, aku give up. Kalau dia dah tak nak kita, berlambak kat luar sana nak kan kita tau.” Balas Sarah.

“Aku kalau nak kan sesuatu, aku nekad. Fikiran aku sekarang tengah buntu. Aku betul-betul tak tau nak buat apa.” Kata Melissa.

“Haa aku ada idea! Apa kata kau malukan dia... Come on lah beb! Kau kan model cantik, seksi. Takkan kau tak pernah simpan gambar-gambar time korang tengah couple dulu. Then kau hantar gambar-gambar tu kat wartawan. Confirm dia malu punya! Time tu bini dia pun akan tinggalkan dia.” Terang Sarah.


“Kau ni diam-diam tapi otak kau geliga jugak eh... Aku setuju dengan idea kau tapi aku takutlah.” Ujar Melissa.

“Nak takut apanya.. Dulu kau kat London, kau kata kau Hot kan? Semua kau berani buat. Tapi sekarang, kenapa kau nak jadik pengecut pulak.” Getus Sarah.

“Yelah beb.. Dah lah sekarang polis tengah cari aku.” Balas Melissa.

“Kau ni harap  muka je lawa tapi tak ada otak nak fikir. Macam ni, kau bayar lah wartawan mana-mana, suruh lah diaorang sebarkan gambar tu. Terus meletop kau! Time tu nama keluarga Amir akan tercemar.” Cadang Sarah.

“Wow tak sangka aku kau boleh bijak macam ni sekali. Nanti aku try. Biar padan muka dia.” Kata Melissa.
“Hah macam ni lah baru kawan aku..” Ujar Sarah.


“Sayang... Kenapa termenung sorang-sorang tu?” Soal Amir lalu duduk di sebelahku. “Tak adalah bang.. Fea cuma risau je.” Balasku. “Risau pasal apa? Abang kan ada.. Fea ada masalah ke? Cerita lah kat abang.” Ujar Amir. “Fea takut ada orang ganggu rumah tangga kita lagi. Fea tak nak semua tu berlaku.” Kataku.

“Tak sayang... Tak ada siapa lagi yang akan pisahkan kita kecuali ajal. Abang sayangkan Fea. Dan abang janji, abang takkan curang lagi dengan Fea.” Kata Amir.

“Kalau Melissa datang kembali dalam hidup abang macam mana? Fea takut dia rampas abang dari Fea. Sebab masa Fea kena culik hari tu, Fea nampak dia sorang je yang dapat larikan diri. Sebab tulah Fea takut dia ada rancangan lain.” Ujarku. 

“Fea jangan risau... Kalau dia datang kembali dalam hidup abang sekalipun, abang akan tetap setia dengan sayang. Fea jangan takut, abang kan ada. Fea jangan lah macam ni.. Tak comel lah.. Abang nak Fea bagi senyuman yang paling manis untuk abang.” Kata Amir.

Aku terus menghadiahkan senyuman yang paling manis untuk suamiku yang tersayang ini.

“Haa macam tu lah isteri abang..” Ujar Amir.

“Abang.. Fea nak pergi dapur kejap, nak buat maggi.. Lapar lah. Abang nak Fea buatkan untuk abang sekali ke?” Soalku lalu mengatur langkah ke dapur untuk memasak maggi.
“Boleh jugak. Abang pun tengah lapar ni..”

“Abang! Maggi dah siap..” Kataku riang.

Aku dan Amir sama-sama menikmati kelazatan maggi itu. Ceh! Malam-malam macam ni memang sedap makan maggi..

Selepas itu, aku mengajak Amir untuk menonton filem seram. Aku menyediakan air milo panas bersama biskut marie. “Abang.. Jom tengok cerita pocong ni. Fea tengok tak adalah seram sangat.”

“Yeke tak seram? Betul ni Fea tak takut.. Kang nanti tak boleh tidur pulak.” Seloroh Amir. Sedang kami berdua leka tengok cerita tu, tiba-tiba aku menjerit sebab wajah pocong tu terpampang di depan tv. “Kan abang dah cakap tadi.” Kata Amir.

Lama-kelamaan aku tertidur di atas peha suamiku. Amir terus mendukung aku sampai ke bilik dan meletakkan aku di atas katil. “Abang...” Panggilku. “Ya sayang?” Soal Amir. “Thanks sebab sudi teman Fea tengok tv tadi.”

“No problem sayang... Fea jangan tidur dulu!”

“Abang nak apa lagi? Fea penat lah bang..” Omelku.

“Jom kita buat anak?” Soal Amir spontan.

Aku terus membeliakkan mataku. “Apa aku nak jawab ni? Ish menyesal aku tidur sebilik dengan dia! Sabar Fea.. Dia kan suami kau. Tak baik jadi isteri derhaka!” Desis aku di dalam hati.

“Tak nak lah bang.. Fea kan dah cakap tadi, Fea penat. Nanti kita pergi honeymoon kat Paris, kita buat anak kat sana eh bang?” Selorohku.

“Banyak lah awak! Abang tak kira. Jom sayang!” Kata Amir lalu memeluk badanku. Aku lemas di dalam pelukannya. Ish dia ni! Rimas aku dibuatnya..

Akhirnya aku mengalah juga. Biarlah dia. Dia suami aku yang tercinta. Suka hati dia lah nak buat apa pun. Asalkan kami bahagia. 

2 comments:

  1. Citer ni ada plot ''Playboy itu suami aku'' yg part pantai tu . hehe . btw nice citer ni ..

    ReplyDelete
  2. @Fatin Hehe sikit jek kan ? Thanks sebab sudi baca novel kita :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum ! Tinggalkan komen korang :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...