Hai korang ... Sebernanya Ira dah tak sabar nak puasa tahun ni ! Tarikh puasa tahun ni ialah : 10 Julai 2013 . Hmm lagi 2 hari jek ni .. hehe . Korang macam mana ? Dah sedia nak puasa ? Ada kawan Ira cakap kenapa tak raya dulu baru puasa ? Aduhai ... Mana boleh kalau macam tu !! Mestilah kita kena puasa dulu kan ? Yelah dulu masa Ira sekolah rendah , cikgu cakap kita puasa sebab dalam setahun kita hari-hari makan . Betul tak ? Sebab tu umat Islam diwajibkan berpuasa kecuali wanita yang dalam keadaan haid , kanak-kanak bawah umur , warga tua yang uzur . Faham tak ? Cehh hari ni Ira jadi Ustazah pulak sebab bagi ceramah free dekat korang . Dapat pahala percuma !! Hehehe . Lagi satu , Ira nak ingatkan amalan berpuasa ni dapat menahan perut kita ketika lapar . Alah puasa bukan tak makan terus ! Makan jugak kan ? Bangun pagi pukul 4 setengah atau pukul 5 bersahur . Makan sikit jek tau ! Lepas tu kita buka puasa . Barulah solat maghrib . Haa lepas buka tu , suka hati korang lah nak makan apa pon .. Makan banyak-banyak pon takpe ! Hihi ^_^
Okay lah kita ni tau mengajar orang je . Ira sendiri tak tau boleh puasa penuh ke tak tahun ni sebab hujung bulan Ira ... Ehem Ehem :) Faham faham je lah orang perempuan kan ...
Selamat Berpuasa !!!
Tweet
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum ! Tinggalkan komen korang :)