Wednesday, 10 July 2013

First Time

Assalamualaikum !

Hai korang , macam mana puasa ? Okay ? Alhamdulillah hari pertama Ira puasa ni ok je .. Sebernanya Ira excited gila nak cerita kat korang ni ! Nak tau pasal apa ? Hmm pasal ...

Ada sorang budak ni pandai tau ambik hati Ira ! Setahu Ira , tak pernah ada lelaki yang nak jaga hati kita ni . Tau nak sakitkan hati jek kan ? Memang lah dia ni kadang-kadang baik sebab tengok lah mood dia . Sometime menyakitkan hati jugak ! Sebab dia suka sangat buli aku . Ira tak tau lah dia ni single ke tak sebab Ira check kat fb dia , dia kate dah putus . Okay faham .. Sekarang kawan Ira cakap dia single ? Betul ke ? Hmm tak tau lah yang penting perkara yang Ira nak cerita hari ni memang best . hehehe .. Okay secara jujurnya first time Ira rapat dengan lelaki . Maksudnya Ira rapat dengan budak lelaki ni lahh .. Yelah semalam punya semalam , senang cerita hari Isnin , kawan Ira nama dia Atiqah . Dia ajak Ira pergi taman . Then kitaorang pergi lah . Lepastu Ira cakap lah "Wey Atiqah , diaorang takdelah"  Then dia kate bagus .

Ira pelik , Tiqah kate bagus kan ? Tiba-tiba dia cakap dengan Ira , alah bosan lahh diaorang takde .. Nak tau tak siapa "diaorang" tu ? Geng budak lelaki tu lah yang Ira maksudkan dengan perenggan pertama tadi , hehe . Nak tau siapa nama dia ? Secret !!! Mana boleh bagi tau sebab nanti kalau dia jumpa blog Ira ni .. Mampus aku ! Then Atiqah cakap , wey jom lah jalan-jalan . Ira dah tau maksud dia apa . Nak cari geng budak lelaki tulah ! Yelah boringg takde diaorang yang suka mengacau . Dia yang cakap .. But memang betul pon . Lepas jalan sekejap , kitaorang nampak pulak geng budak lelaki tu lepak dekat depan rumah salah satu member dari geng tu . Nak sebut ke name dia ? Tak perlu kot .

Bila nampak , Atiqah punya suka ! Then tetiba Ira dengar Syairel panggil kitaorang "Woi" . Okay sebernanya tu lah nama dia Syairel .. Eh korang jangan bagitau sesiapa tau pasal ni ! Malu kita :) Bukannya kita suka dia pon . Just friend .. Nanti makwe dia marah pulak ! Mase dia panggil tu Ira tengah sibuk dengan phone . Maklumlah dah jadik orang jauh .. Rindu dekat Neni :( Nenek kesayangan kita . Tengah sibuk call Neni , Fareez pulak panggil . So sekarang ni dua-dua panggil Ira lah . Atiqah macam mana pulak ? Sorry , Ira ajak dia sekali untuk teman Ira . Takut pape jadik kan ..

Then , Ira pergi sana dekat diaorang . Geng diaorang ni memang pengacau ! hehe .. Yang Syairel pulak sibuk panggil kita duduk sebelah dia . Pastu Ira duduk lah . Dah duduk , dia main2 pulak dengan kita . Suruh bangun , duduk . Fikir kita ni ape ? Kuli batak dia ? Hmm tu yang Ira buat-buat merajuk . Ira cakap macam ni , dah lah malas aku nak layan kau . Then dia cakap , Nadhira .. Okay2 ! Sebernanya Ira dengan Atiqah dah sedia bawah kayu nak belasah Syairel . Tapi niat Ira tak menjadi sebab time tu mood dia baik pulak . Sebab apa kitaorang bawak kayu ? Sebab ada satu hari ni , Syairel buli kitaorang dengan rotan kitaorang . Sakit tau tak !

Yang paling kelakar sekali , bila Fareez ambik batu nak baling dekat Tiqah . Ape lagi pecut lh dia lari dengan adik dia effa , ocin adik kita jugak . Then tinggal lah kita dengan Syairel . Pergh time tu menggigil sebab takut lah . Bukan kita sorang but ade lan dengan Emi sekali . Sebernanya Ira memang malas gila nak duduk situ . Tapi layan jelah sebab takut dia buli kita lagi . Then , kita tengah menggigil pegang kayu ni . Lepas tu dia cakap , wey letak kayu tu . Aku tak suka lah awek aku main kayu . Mula2 Ira diam , pastu dengar perkataan awek , terus Ira jauh2 dengan dia and cakap aku bukan awek kau lah !! Pastu Ira bangun ejek dia apa tah . Dia boleh ketawa lagi eh dengan geng dia . Wey dengar suara dia . Dia boleh cakap macam tu ? Ish sakit jek hati ni . Sabar jelah ..

Lepas Ira bangun , Ira diam jek kat situ . Seriusly suara si Syairel ni lembut jek . Bak kata Atiqah , dia ni nak pikat hati perempuan . Nasib baik Ira tak terpikat . Sikit2 tu ade lah . Naluri perempuan kan .. Then , Ira duduk balik . Dia suruh rapat2 tau . Ira tak nak . Pastu dia cakap Wey tak leh rapat lagi ke ? Ira cakaplah tak nak ! Then dia boleh lagi tarik rambut Ira . Mase tu Ira pakai tudung . Dia tu memang ! Tau je orang ikat rambut kat mane . Dia tarik lepastu Ira tepis tangan dia . Ade ke patut dia suruh kita duduk rapat2 dengan dia . Of course lah tak nak kan , bukan muhrim . Lagi satu , malu sebab ada kawan dia kat situ then ada sorang mak cik . Ira bangun balek sebab dah terlalu geram sangat ! Ira ade cakap , aku menyampah tengok muka kau . Tapi slow jelah . Entah dia dengar ke tak .

Lepas tu boleh lagi ... Part ni memang Ira tak percaya yang dia boleh buat macam tu . Dia panggil Ira sayang ! Mula2 dia panggil macam ni , wey sini lah ... Ira tak nak dengar . Then , dia tetiba dia panggil sayang , sini lah .. Eh sayang ! Pastu Ira senyum jelah . Fake smile sebab malu ! Pastu si lan menyampuk, dia cakap macam ni :  panggil dia anje . Then si Syairel tu panggil Ira anje duduk lah sini .. Gila lah ! Mase Ira duduk sebelah Syairel , boleh lagi si lan cakap macam ni sebernanya dia suka tu .. Tak suka pon ! Malu ade lah !! Lepastu Ira tak dengar . Dia beralih tempat sebelah lan . Ira dah geram ,  Ira tumbuk belakang dia puas2 . Geram yang amat ! But dia tak marah pulak , pelik ? Dia cuma  balas dengan tarik rambut Ira . Tetiba Ira dengar si Syairel jerit , wey bapak lan ! Dia terus pecut lari .. Ira pon lari sebab nak balik . Dalam perjalanan nak balek tu terserempak dengan si fareez . Ira cakap dengan dia . "Asal ko kejar diaorang ?" Tengok diaorang dah tinggalkan aku . " Dia diam je , pastu  nak tumbuk Ira . Ira terus tepis tangan dia and lari jumpa lah Atiqah , Effa , Ocin . Nasib baik Tiqah panggil Ira . Kalau tak tak jumpa lah diaorang . hehe .

Okay sampai sini jek nak share . Sebab rasanya dah panjang sangat Ira cerita ni . Kalau boringg dengan cerita Ira , takpe . First time wey ! hehehe

Bye Bye :)
Selamat Berpuasa !




1 comment:

  1. selamat berpuasa ira ^^ jom sggh blog akk. ade mexi dress murh2 dijual ;)

    ReplyDelete

Assalamualaikum ! Tinggalkan komen korang :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...