Wednesday 13 November 2013

Resepi Puding Kastard Berkuah

Assalamualaikum..

Ira rasa malam ni Ira nak overnight lah . Malas nak tidur . So malam ni Ira nak share dengan korang Resepi Puding Kastard Berkuah .


Bahan-Bahan :

Puding Kastard Berkuah 

10 gm serbuk agar-agar 7g=1 packet 
4 cawan air 900ml
1 tin susu cair 170ml=1 tin 
1 1/2 cwn gula halus 120g
1 cwn tepung kastard di bancuh dgn 1 cawan air 1/2 cwn+1/2cwn
beberapa biji ceri merah utk hiasan

1 sudu kecil perasa vanila

Masak agar2 dan gula bersama air hingga didih dan gula larut.
Tuangkan susu cair
Tuangkan esen vanila
bancuhkan tepung kastard dan air
Kemudian tapis dan tuangkan kedalam adunan puding tadi.
Kacau adunan sehingga hampir pekat.
Apabila telah masak tuangkan ke dalam acuan kecil.
Biarkan sejuk.

 Untuk larutkan agar2 tu, ita masukkan agar2 dulu dalam periuk kemudian baru masukkan air. Pas tu kacau rata supaya tidak berbentil. Kemudian baru letak atas dapur.

Untuk versi ketupat ni ita gunakan acuan tuk buat coklat bentuk ketupat. Ambil sedikit puding dan warnakan dgn hijau. Pastu masukkan dlm piping bag. Titikkan pada petak2 ketupat berselang seli. Tunggu sejuk baru tuangkan kastad yg berwarna kuning. hati2 kerana puding ni panas.

Kuah Kastard 

1 tin susu cair -2 tin yg 170ml
2 gelas air 4-5 cwn
5 sudu besar gula pasir 1/4cwn + 4 sudu besar susu pekat
secubit garam
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu teh esen vanila
fruit coktail - untuk hiasan

Masak susu, air dan gula dgn api yg perlahan sampai didih. Bancuh tepung kastard dengan sedikit air dan tuangkan dalam adunan kuah. Tambahkan secubit garam dan esen vanila
Biarkan kuah mendidih.
Biarkan sejuk masukkan dlm peti ais supaya sedap di makan bila sejuk.
Untuk menghidang masukkan kuah dlm mangkuk besar. Letakkan ais dan fruit coktail dan letakkan puding kegemaran tadi dan siap utk di hidangkan.

Amacam guys ? Senang kan :) So Selamat Mencuba ^^ Mak Ira dah pernah buat dah . hehe .

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum ! Tinggalkan komen korang :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...