Dengar jek pasal kek coklat moist ni mesti cair kan ? Hmm sedap nya ~ Jom try resepi ni ! :)
Bahan-Bahan :
Bahan-Bahan yang Diayak :
- 1 1/1 cawan tepung gandum
- 3/4 cawan serbuk koko
- 1 sudu kecik baking powder
- 1/2 sudu soda bikarbonat
- 3 biji telur bersaiz AA@A pun boleh
- 1 1/2 gula halus
- 3/4 cawan susu pekat
- 1 sudu besar ovalett
- 1 cawan minyak sayur-sayuran (jagung,canola,bunga matahari)
- 1 1/4 cawan air panas mendidih
Cara-Cara :
- Putar gula,telur dan ovalett sehingga pekat dan putih (lebih kurang dlm 15minit- high speed)
- Masukkan susu pekat .
- Masukkan bahan yang diayak sedikit demi sedikt sehingga habis.
- Masukkan minyak putar sehingga sebati.
- Masukkan air panas mendidih.kacau dengan senduk,jangan putar.kacau sebati dan bakar selama1jam suhu 180-170 C @sehingga masak.Cucuk untuk pastikan masak@tidak.Jika melekat di lidi maksudnya masih tidak masak lagi.Guna loyang 7@8inci yer.9inci pun boleh tapi kek rendah la sikit.
Jika sudah masak sejukkan dan boleh diletakkan topping coklat ganache.(lebih kurang 250gram coklat masakan cairkan bersama 1 sudu mentega/shortening, dan 2-3 sudu besar susu cair@air masak dgn menggunakan kaedah double-boiler sehingga cair.Taburkan sedikit coklat urai/coklat cip/badam utk hiasan atas kek.
Double Boiler: Kaedah mencairkan coklat masakan menggunakan air panas yang mendidih.Letakakn periuk yang berisi coklat masakan di atas air yang mendidih tadi.
Kalau korang sejukkan kat dalam peti ais lagi sedap oh ! :)
Selamat Mencuba ^^
Tweet
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum ! Tinggalkan komen korang :)