Hai korang ! Tak tidur lagi ? Hah siapa yang blogwalking malam ni jemput lah singgah blog Ira ye ... Malam ni Ira nak cerita pasal semalam . Nak tau tak semalam Ira kan jumpa Farhanah ! Yelah semalam hari Jumaat Ira tak sekolah . Sebab pergi Johor . Ayah ada hal then beraya sekali . Maklum lah raya dah nak habis ^_^ Sebelum tu , Ira nak cerita pasal jiran jiran lama at Pulai Indah . Seriusly diaorang still sporting macam dulu . Then , Ira cakap ngn mak Ira nak singgah rumah Farhanah . Mak Ira kata pergi lah . Apa lagi , Ira tunggu sampai dia balek sekolah . Ira ajak Imal , Ocin temankan . Alhamdulillah dapat jugak jumpa kawan tersayang aku ni .. Mula mula Ira duk luar jek . Lepas tu mak dia suruh masuk . Orang beraya lah kata kan .
Masuk je rumah Farhanah , dia sediakan air gas anggur . Sedap jugak . Lepas tu kitorang cerita macam macam . Sebab dah lama tak jumpa , rindu sangat sangat kat dia . Macam nak peluk peluk jek . Farhanah kata dia tak boleh peluk Ira sebab nanti jangkit . Dia demam :( Kesian dia . Then , Ira ajak dia amik gambar . Ira cakap ngn dia , kita amik banyak banyak pon takpe .. Nanti bila lah aku nak datang sini lagi ~ Hmm sedih ... Gambar kitorang cantik woo ! hehe . Nak tengok ? Meh lah sini :)
Haa kan Ira dah cakap gambar ni cantik :) Cewahh ! Wa sayangg lu sangat sangat ! Kau lah kawan aku dunia akhirat . Aku takkan lupakan kau kawan . Kau lah satu satunya kawan aku yang paling baik . Kau tak macam orang lain sayang ... Kau jangan lupa aku okayy ? Dia ada cakap tau dengan Ira , dia cakap macam gini , kalau aku amik gambar dengan kau buruk ke , aku tak delete . Kalau dengan orang lain , gambar tu buruk ke aku terus padam " Aku tau kau tak sampai hati nak delete gambar aku sebab kau sayangkan aku :) Kita kawan dah macam couple dah . hehe ... Okay lah sampai sini jek ... ^^
Tweet
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum ! Tinggalkan komen korang :)