Saturday 18 May 2013

Novel Ira - Cinta Kau Dan Aku

Assalamualaikum & Selamat petang .

Hari ni Ira nak share dengan korang tentang novel favourite Ira . Nak tau ape tajuknya ?





Cinta Kau Dan Aku  lerr , Novel Hot kat Malaysia ni .. hehe

Korang nampak tak ada "Best Seller" Kat atas tajuk tu ? Of course lah sebab ramai sangat orang yang beli novel ni termasuklah Ira sendiri . Mula-mula Ira nak novel lain .. Tapi mak Ira kate mahal tu yang dia pilihkan novel ni .. Okay , kita tengok gambar kat bawah ni pulak .











Sinopsis :


"Apa jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat, kau tu jantan ke. Nak jadi driver," marah Mak Timah.
"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikan awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" soal Farish Hakimi dengan wajah serius.
"Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang."
Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya ? 


Okay lah yang lain tu korang boleh baca sendiri .. Cerita ni memang best tau ! Siti Rosmizah memang pandai menulis :) Bila baca novel ni kan , Ira rasa macam asyik nak ketawa jek . Yelah kadang-kadang nak nangis jugak bila Farisya ditinggalkan oleh suaminya . Kena fitnah dengan adik ipar sendiri . Kalau korang baca last sekali memang  sweet giler ! ^^

Sumber : Novel Cinta Kau Dan Aku , Internet .








2 comments:

  1. novel ni mmg besh,! Dhia pon suka baca novel ni,.tp dah lama dah Dhia baca tahun 2009 lagi,.huhu tp mmg superb laa!

    ReplyDelete
  2. Lol .. tataw plak ade drama . haha

    ReplyDelete

Assalamualaikum ! Tinggalkan komen korang :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...